Pernah
jugak aku hantar emel kat Izzah. Tapi langsung tak berbalas. Facebook pun aku
tak sure ada ke tak. Lepas 2 bulan aku dah geram apsal la minah ni poyo sangat.
Aku tanye kabar aje pun. Ke dia memang tak suka kat aku? Akhirnya suatu hari
dia balas, itu pun lepas 4 kali aku hantar emel! Yang last tu memang tulisan
aku emo gile. Tensen. Tapi tulisan dia tu membuatkan aku
sedar diri dan rasa bersalah sangat.
Nak tahu dia tulis apa? Ni aku dedahkan;
Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.
Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini
Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sembarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui
Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti
Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri
Tak perlulah bertanya setiap hari
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri
Wassalamualaikum.
Teettt!!! Malu giler rasa.. Hohoho. Tapi aku faham apa yang dia maksudkan. Dan aku lega dengan pendiriannya. Alhamdulillah. Lepas tu aku dah tak balas lagi. Sebab memang takde keperluan yang penting pun. Lepas hari tu, aku dengan kehidupan aku, dia dengan kehidupan dia. Cuma kekadang contact la ayah dia tanya kabor..
Namun, kita hanya merancang tapi semuanya ditangan Allah. Sebulan sebelum Izzah bakal menamatkan pengajiannya, aku mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan jalan raya! Pakcik Hashim yang hubungi aku. Tapi masa tu belum tahu sejauh mana keadaan Izzah. Kemudian banyak kali aku call pakcik Hashim semula tapi tak dapat. Jadi aku terus balik ke kampung berjumpa family mereka.
Alangkah menangis hati aku bila mereka mengesahkan Izzah telah meninggal dunia akibat kemalangan itu. Ya Allah, waktu itu aku rasa lemah sangat. Tapi apalah sangat kesedihan aku jika nak dibandingkan dengan pakcik Hashim sekeluarga. Sebelum ini aku sangat meyakini bahawa jodoh itu memang milik kami berdua. Kami akan tetap disatukan, tiada apa yang akan menghalang. Tak pernah terlepas untuk aku berdoa selepas solat agar kami dipelihara dan akan selamat diijab-kabulkan. Namun rupanya bukan itu jalan yang Allah sediakan buat kami.
Aku redha, tapi bukan sekejap waktu aku perlu untuk menerima semua ini seikhlasnya. aku selalu terbayangkan Izzah yang sangat terjaga agamanya, pakaiannya, tutur katanya, patuhnya dia kepada ibubapa, cantik - siapalah yang mampu mengganti..
Bersambung…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan