“YA ALLAH…” Mendengar
kata-kata itu tubuhnya seakan mahu hancur, jantungnya nyaris berhenti, bibirnya
bergetar.Dia merasakan langit seolah runtuh menimpa kepalanya. fikirannya
gelap. Satu-satunya permata yang memberinya kekuatan untuk meneruskan hidup
juga diragut kilauan cahaya-Nya. Dia merasakan Ilahi kejam ke atasnya. menimpakan
dugaan yang tidak mampu dia tempuh. Air matanya tumpah lagi. Tombak tajam dan
berkarat seolah menancap dadanya. sesaat lamanya dia terpaku.seolah-seolah bumi
mencengkam erat kakinya.
“Aa…apakah ini tidak mungkin tersilap?Tanya Iman
dengan suara tersekat-sekat.
“Tidak mungkin,saya dah ulang ujian sebanyak 3
kali untuk kepastian.Bersabarlah... Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang
sabar.”
Semua harapannya menyembah bumi. Dia merasakan
dunianya telah kiamat. Perjuangannya sia-sia dan hidupnya sia-sia. Doktor itu
lantas mendakap Iman erat. Menenangkannya selayak seorang ibu mendakap anak
kesayangannya.
Sudah terlalu banyak air matanya tumpah,sudah
terlalu parah keyakinannya terpenjara.kenangan pahit,siapa yang dapat lupakan...?
Siapa mampu...??
“Mama..”
“Ya sayang..Kenapa..”
“Mama…Ira sakit perut.Ira
sakit maaa.Tolonglah Ira mamaaa..”
Wajah ira menahan
sakit,meragut jantung keibuannya.Tulang-temulangnya seolah ditembusi oleh paku
berkarat. Pedih...!
“Dia demamkah doktor..”Iman bersuara setelah
mendapat sedikit kekuatan.
“Yaa..suhunya hampir 120 darjah calcius. Demam ni mungkin reaksi daripada suntikan yang kita beri tempoh hari.” Wajah comel Insyirah sudah pudar. Pipinya tidak gebu lagi. Rambut yang lebat sudah berguguran.Matanya sedikit bengkak, mungkin kerana terlalu banyak menangis menahan sakit. Kesan lecetan ungu kemerahan menjalari wajahnya. Cengkung,kudis,mata yang bengkak,kepala hampir botak,hatinya punah.Selawat ke atas Nabi saw dia hayati dan dia baca berulang kali.Doa Nabi Yunus as dia resapi maknanya dan dia baca berulang-brulang dengan air mata menitis.
“Sabar Iman…kakak dapat rasai penderitaanmu itu
maan..”Hanya itu yang termampu dilafaz Isya.
“Mama... Kenapa Ira mama..Ira sakit apa mama..Ira
tak nak mati maaa..”Insyirah teresak dalam pangkuan datuknya.Ayah mertuanya turut
menitiskan air mata.
Rawatan-rawatan dan ikhtiar yang dibicarakan oleh doktor menambahkan pening di kepalanya.Iman teresak dalam sendu, Wajah iIsyirah menahan sakit ketika menerima suntikan intravenous begitu memilukan.Iman memejamkan mata.Dia merasakan seperti nyawanya sedang ditarik..”YA ALLAH…..”
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan