Hati selalu berkata, “adakah salah kami bercinta?” Rasa
cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang Allah swt
kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct.
Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta
adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.Namun Allah idak kurniakan
cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga Pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak
salah, tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di
sinilah selalunya ramai yang terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang
menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ketika itulah FITRAH
telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta…?
Jawabnya kerana Allah swt mencintai manusia hamba-Nya. Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan
fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak
implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita
bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Ilahi! Hubungan cinta
jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.
Lebih banyak
perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan
berlaku. Jangan kuat
tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah
setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh
akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah
mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa
yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
dicintainya. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta
yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang
itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan
berterima kasih dengan pemberinya…?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.
Seolah-olah cinta dan Pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.
Hukum Allah dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan
megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan
antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Rasulullah saw bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.
Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Rasulullah saw bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.
Lebih dari itu pun banyak
berlaku. Semuanyanya
seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan
cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.
Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama
yang aneh dan menjijikkan – zina, sumbang mahram, buang bayi dan lain lagi.
Ketika itu indahkah cinta…?
Peraturan cinta bagai
tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk
bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan
kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia
adalah kuasa, tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta…?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan
keredhaan Ilahi. Allah memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah
itu boleh menghampirkan diri kita kepada Allah swt. Cintailah sesiapa pun,
tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan
dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.
Soalnya
bagaimana…?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin, kerana berkahwin itu
lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya” .
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya” .
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana Allah
dan dengan tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh
dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah serta dapat melaksanakan
segala hukum dan perintah Allah swt.
Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga
pandangan, kehormatan diri serta hati dan juga perasaan supaya sentiasa tunduk
dan takut pada Allah swt, di samping dapat beribadat dan bertakwa kepada Allah swt.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta
sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang
yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta
jenis ini seburuk namanya – Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak
ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan solat,
puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan. Maka, kita tidak seharusnya mengeluh, ” Cinta apa
namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa
remajanya ‘bergayut’, tiada surat
cinta, sms, chatting di facebook, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan
senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus
cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan kita adalah
disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta
yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa
sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan
Maha Menyayangi. Segala
peraturan yang dibuat-Nya dengan rasa cinta terhadap hamba-Nya. Cinta suci
mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika
diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam Akhirat.
Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga… tempat
pertama yang melahirkan cinta!
Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH...!
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan