Popular Posts

Ahad, 6 Mei 2012

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 7)





Hampir setahun berlalu.. Aku kini gemar berfacebook, seperti orang lain gak kot. Aku banyak meluahkan isi hati aku kat sana. Tulisan aku seolah-olah tersangat 'down' dengan apa yang menimpa. Yang membuatkan hati aku sedikit gembira, ada sorang friend yang sangatlah suka memberi motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan, musibah yang kita lalui mungkin jauh lebih kecil berbanding orang lain. Menurutnya, dia sendiri pun diuji dengan kedua-dua kakinya lumpuh. Mujurlah dia punya sahabat-sahabat yang selalu membantu dan memberikan sokongan.


Antara yang dia penah tulis, "selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah.."


Suatu hari ketika aku balik kampung bercuti, aku singgah KEjap ke rumah pakcik Hashim. Dalam borak-borak kosong tiba-tiba dia tanya pasal arwah. Sebak jugak aku rasa.


"Kau dah ada pengganti Izzah?", tanya dia.


"Entahlah pakcik, tak terfikir pun.. Saya rasa takde orang boleh ganti dia", aku jawab dengan nada yang lemah.


"Kalau Husna?",
pakcik Hashim tanya lagi.


"Hah! Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?", aku masih terkejut dengan pertanyaan tu.


Sambung pakcik, "Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2 orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!"


Urgh..


Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik Hashim. Tak tahu macam mana nak terangkan kat dia.. Yup, Izzah dan Husna memang kembar, seiras. Aku pun tak tahu kat mana beza dia orang. Pakaian pun sama. Mungkin itulah hasil didikan ayah dia orang. Yang lain aku tak pasti pulak. Percakapan ke, perangai ke..
Aku tak tahu. Ketika pernah bersemuka dengan kedua-duanya sewaktu hari pertunangan kami lebih 2 tahun lepas pun, memang takde beza. Cuma hari tu Izzah pakai grand sikit sebab dia yang nak tunang masa tu.. Huhu. Kalau family dia orang kata yang ni Izzah, yang tu Husna, aku memang terima bulat-bulat aje.


Tapi, bukan paras rupa yang menjadi sebab aku sukakan Izzah.
Walaupun ada orang lain yang seiras dia, mereka tetap bukan Izzah!


"Pakcik, mereka bukan orang yang sama. Izzah tetap Izzah. Saya sendiri tak tahu macam mana nak terangkan, kenapa saya suka dia. Tapi bukan semata-mata kerana rupa dia. Walaupun mungkin dia tak secantik dia dan Husna sekarang pun, saya tetap akan cintakan dia..


Saya tak tahu pakcik, tapi saya seperti dapat rasakan yang Izzah masih ada.. Dan saya takkan cari pengganti dia...", ringkas aku terangkan pada pakcik Hashim.


"Hahaha.. Kau cakap macam orang dah tak siuman! Kan dia dah tak ada.. Jangan siksa hidup kau macam ni sekali", kata pakcik Hashim sambil tersenyum kelat, dan raut wajahnya tampak agak kecewa.


Dia sambung lagi, "Tak apalah nak, pakcik tak halang. Bukan hak pakcik pun. Cuma pakcik kesian, Husna pun, tengok kau macam ni.. Menanti bunga yang dah lama mati!".


Rupanya Husna ada disebalik langsir dapur rumah. Aku terpandang dia. Kelihatan matanya kemerahan, namun cepat-cepat dia masuk semula ke dapur. Mungkin dia kecewa mendengar apa yang aku katakan tadi. Maafkan aku Husna.. Aku rasa tak mampu untuk menyintai orang lain, selain adik kau Izzah. Dan aku pun tak mahu kau cintakan aku atas dasar simpati, bukan ikhlas dari hati.


Takdir yang menentukan, pertemuan aku dan kalian berdua. Takdir jua yang menentukan, tiada jodoh aku dan antara kalian. Tapi walau cuma seketika pertemuan aku dengan arwah Izzah, bagiku sungguh bermakna!


Malam-malam aku kat kampung, aku akan online lagi.. Aku pun dah lupa, berapa kali aku pernah hantarkan surat kepada emel arwah Izzah. Tapi selepas tu, aku cuma menulis di facebook saja. Lantaklah siapa pun yang nak baca. Aku bukannya letak nama betul pun. Yang penting aku dapat luahkan saja apa yang terbuku dalam hati. Bila entah nak balik JB semula kerja..


Tetiba aku dapat satu mesej - daripada Husna. Dia nak jumpa aku! Uish, tak pernah-pernah pun sebelum ni. Mungkin dia nak dengar sendiri apa yang aku pernah cakapkan tempoh hari, tentang keputusan aku. Boleh aje kalau nak jumpa. Aku setuju.. Cuma jauh dalam hati, aku tetap bimbang bila nanti bertentang wajah dengannya. Maklumlah, dia tetap seiras arwah Izzah. Wajah itu pasti akan membuat aku jadi sayu.. "Ala, aku lelaki!! Sorok ajelah perasaan tu, buat muka biasa-biasa je!", pujuk aku dalam hati.


Keesokannya, kami bertemu. Dia datang bersama adik bongsunya. Mungkin dirasakannya adiknya takkan mengerti apa yang akan kami bincangkan..
Sekadar menemani. Dan memang betul, Husna nakkan kepastian tentang pendirian aku.


"Betul awak nak tunggu Angah (nama panggilan Izzah) sampai bila-bila?", tanya Husna. Pertanyaan yang aku dah agak.


"Em..", jawab aku ringkas.


"Tapi dia kan dah mati!", tiba-tiba Husna kelihatan emosional.


"Aku tak rasa dia dah mati..", balas aku.


"Betul ke memang tiada orang mampu ganti Angah? Apa lebihnya Angah??", pertanyaan susulan Husna yang juga sudah aku duga.


"Tak tahu.. Aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. Dan tiada orang yang boleh ambil tempat dia!", jawab aku sedikit tegas. Husna sudah pun lama mengalirkan air mata. Tapi aku tak pasti kerana apa. Serba salah pulak aku jadinya.


"Kalau pun Angah masih hidup, tapi dia cacat, dah tak cantik, awak masih nakkan dia??", tiba-tiba Husna bertanya lagi.


Namun kali ini aku tak mampu untuk terus menjawab. Soalan itu benar-benar buat aku tersentak. Rasa marah pun ada. Kenapa Husna sanggup tanya sampai macam tu sekali? Nafas aku cuba kawal sementelah ia tiba-tiba menjadi pantas. Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Bukan masih tiada jawapan, tapi aku betul-betul tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mulut Husna.


"Kenapa kau tanya camtu??", aku tanya balik dengan berbaur agak marah.


"Jawab ajelah! Kenapa tak jawab?", Husna membentak balik.


"....", aku masih tak mampu redakan perasaan marah bercampur geram..


"Kenapa Husna tanya macam tu?", aku bertanya semula soalan tadi. Tapi dengan nada lebih perlahan.


"Sebab awak kata, kalau dia tak cantik pun awak tetap cintakan dia, kan?", jawab Husna lemah.


Tanpa sempat aku nak jawab, Husna menyambung kata-katanya. "Husna minta maaf, Husna tanya sebab kecewa.. Husna fikir awak boleh terima Husna sebab wajah seiras dengan Angah. Tapi rupa-rupanya Angah lebih istimewa berbanding wajah dia...", terang Husna. Lalu dia terus berlari meninggalkan aku, tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Kemudian adiknya juga berlalu ke arah Husna.


Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan