Popular Posts

Selasa, 13 Disember 2011

MONOLOG SEORANG PENDOSA...



Malam itu, hati berbicara di atas sejadah cinta bersama heningnya selimut malam...


Jiwaku berkata kepadaku, “Hai kau yang telah disibukkan oleh fatamorgana dunia ..... Apa yang ingin kau cari dari dunia...?”


“Lihatlah... tidak ada orang yang memandang mu. Cahaya pun enggan menyinari dirimu.”


“Dikala pagi, Ilahi pun muak dengan dosa dosamu.”


“Tingkahlaku mu...............kau beribadah kepada-Nya, tetapi kau juga bermaksiat kepada-Nya. Adakah kau yakin ibadahmu diterima oleh-Nya...?”


“Adakah kau yakin taubatmu di ampuni oleh-Nya...?”


“Tangisilah dirimu dengan tangisan penyesalan...”


“Sepanjang hidupmu”, hatiku bertanya kepadaku, “Apa yang ingin kau cari dari sandiwara dunia ini, Adakah kau mencari cinta....?”


“Lihatlah cinta... Lihatlah berapa ramai orang yang terluka kerana cinta...


“Lihatlah cinta... Adakah kau ingin cari cinta... sampai bila kau akan disibukkan dengan urusan cinta...?”


Sebelum hati terus menasihatiku, Aku berkata........ ”Cinta yang ada di hatiku bagaikan seutas benang nipis yang terikat oleh pasak”


Hatiku menasihati dan mengajar padaku untuk mencintai mereka yang membenciku. Dan untuk menjalin persahabatan dengan mereka yang memusuhiku.


Hatiku menunjukkan kepadaku bahawa cinta mengembangkan dirinya. Tidak hanya kepada mereka yang mencintai, tetapi juga kepada mereka yang dicintai.


Namun sekarang cinta sudah menjadi lingkaran cahaya tanpa awal mahupun akhir.


Cinta mengelilingi insan dan perlahan akan merangkul semuanya...


Sebelum hatiku menasihatiku, aku melihat kecantikan laksana obor yang bergoyang di antara kepulan asapnya... Namun bila asap itu hilang tersapu angin, aku tidak melihat apa pun melainkan api yang menyala-nyala


Hatiku menasihatiku dan mengajar padaku untuk mendengar suara yang tidak terdengar oleh telinga, tidak terucapkan oleh lidah, kerongkong dan bibir insan


Sebelum hatiku menasihatiku, aku tidak mendengar suara apa pun, kecuali tangisan dan jeritan. Namun, kini aku mencari keheningan dan mampu mendengarnya melantunkan lagu dan sajak kepada usia dan angkasa serta mimpi. Mengungkapkan rahsia dari yang tidak terlihat.


Hatiku menasihatiku untuk menyentuh impianku yang belum terwujud.


Hatiku mengatakan padaku bahawa apapun yang kita sentuh itu, sebenarnya bahagian dari keinginan kita. Namun kini jemariku tidak kuasa untuk melukis semua yang ada dalan khayalanku dan menulis semua yang ada dalam hatiku yang bercampur dengan kegelisahan yang tidak Nampak.


Hatiku menasihatiku, “Janganlah kau mengukur waktu dengan berkata “kelmarin adalah masa lalu dan esok adalah impian””. Sebelum hatiku mengatakan demikian, aku membayangkan masa lalu sebagai yang tidak akan berulang Dan masa depan adalah sesuatu yang tidak dapat di raih.


Hatiku berkata kepadaku, “Apa yang kau inginkan dari dunia ini? Adakah kau tidak melihat kuasa Robb mu”


“Lihatlah..... langit membentang tanpa tiang, dan planet-planet bergerak sesuai perhitungan, dan air yang dipertemukan tapi ada perbezaan masin dan tawar di antara keduanya”


“Lihatlah kuasa Robb mu. Dia menjadikan manusia berpasang-pasangan Dan Dia menciptakan pasanganmu dari jenismu sendiri agar kau senang akan hal itu”.


“Adakah kau tidak lihat syurga yang diceritakan dalam kitab sucimu yang di bawahnya mengalir air susu dan arak yang setiap saat kau boleh meneguknya, tanpa kau merasa kenyang akan hal itu”.


“Apa yang perlu kau ragukan lagi... Di syurga sana terdapat bidadari-bidadari bermata jernih yang belum pernah di sentuh oleh sesiapa pun. Dan kau halal menggauli bidadari itu semua yang tercipta adalah untukku, untukmu, dan untuk kita.


Sebelum hatiku berkata kepadaku akan hal itu, aku cuba mensyukuri atas nikmat Ilahi yang telah di anugerahkan kepadaku sehingga hatiku dapat mendengar. semua yang kau ucapkan. Aku cuba bersyukur atas nikmat Robb ku....


Hatiku mengajar dan menasihatiku tentang banyak perkara...


Saudara semuslimku, begitu jugalah dengan hatimu menasihatimu. Sesungguhnya engkau dan diriku adalah satu, tidak ada perbezaan di antara kita, kecuali ketegasan yang ada di dalam merencana susur galur kehidupan ini...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...



Wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan