Pintu ini... kita sendirilah yang membukanya
Hidup ini memiliki banyak pintu, entah ada atau tanpa kunci.
Entah ia terkunci atau hanya tertutup.
Semua pintu mesti dicuba untuk membukanya.
Entah ia terkunci atau hanya tertutup.
Semua pintu mesti dicuba untuk membukanya.
Walaupun setelah dicuba ternyata pintu terkunci,
Tentunya kita pasti akan terus mencuba untuk membuka pintu belakang pula.
Jikapun ternyata semua pintu terkunci, masih ada jendela, kan?
Dan jika jendela juga telah terkunci,
maka kita masih boleh bertenang seketika untuk mencari jalan ikhtiar.
Tetapi kenapa kita memilih hanya duduk dalam kebingungan di pintu hadapan...?
Mari kita belajar tentang kehidupan melalui watak-watak ini...
Ada dua beradik tinggal di sebuah rumah sewa. Selama setahun ini, setiap pagi, kedua-duanya pergi kerja bersama-sama. Oleh kerana si abang pulang kerja lebih awal, maka sebagai adik, dia tidak pernah bimbang tentang bagaimana membuka pintu rumah bila pulang, sehingga dia merasa tidak perlu membawa kunci pendua.
Suatu hari, oleh kerana ada satu kebetulan, si adik pulang lebih dulu dari kebiasaannya. Sesampai di rumah, dia hanya duduk depan pintu sambil sesekali menatap ke jalan, menunggu abangnya pulang membawa kunci. Tetapi lama ditunggu, ditunggu dan tunggu, berjam-jam kemudian, barulah abangnya pulang.
Melihat adiknya lesu menunggu di depan pintu, si abang bertanya dengan rasa hairan, " Mengapa kamu duduk di sini?"
Adiknya menjawab, " Aku tidak bawa kunci rumah."
Si abang hanya tersenyum tanpa bicara lagi. Dengan ringan, dia sentuh daun pintu, kemudian... terbukalah pintunya.
Ternyata selama ini pintunya tidak berkunci.
Si adik sebegitu lama termanggu di depan pintu hanya kerana dia tidak ingin cuba menyentuh daun pintu rumah tersebut.
Cerita ini, menerangkan pada kita bahawa di dunia ini tidak ada yang namanya masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Semua hanya kerana kita sering "tidak ingin ' menyelesaikannya, tidak ingin mencuba, enggan bertanya, enggan bergerak, sehingga masalah tidak juga selesai-selesai.
Pintu kehidupan kita, adalah kita sendiri yang membukanya.
Untuk apa bingung, adakah kita menanti orang lain membukakan...?
Dan kita... masihkah kita bingung dengan masalah yang sedang dihadapi...?
Tidakkah kita cuba bertanya jalan keluar dari orang lain atau kita hanya lari dari masalah itu sehingga meragut semua hari-hari indah yang sebenarnya ada atau tanpa masalah hari ini akan tetap berlalu juga.
Saudara semuslimku, hidup tanpa masalah itu bukan kehidupan. Tapi, adalah tugas kita mengendalikannya, bukan kita yang dikendalikan oleh masalah itu tadi...
Wahai saudara semuslimku, bersemangatlah...!
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." ( QS Al-insyirah:6)
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan