Popular Posts

Selasa, 6 Disember 2011

MENGUBAH CINTA MENJADI KASIH...




Jangan pernah katakan cinta
Jika kamu tidak pernah peduli

Jangan bicara tentang perasaan
Jika rasa itu tidak pernah ada

Jangan pernah genggam jemari
Jika berniat membuat patah hati

Jangan pernah katakan selamanya
Jika berniat untuk berpisah

Jangan pernah menatap mataku
Jika yang kamu ucapkan adalah kebohongan

Jangan pernah ucapkan “Hello”
Jika berniat mengucapkan “Selamat Tinggal”

Jangan pernah katakan “Akulah satu-satunya”
Jika kamu mengimpikan yang lainnya

Jangan pernah mengunci hatiku
Jika kamu tidak punya kuncinya

Cinta itu akan menjadi kematian bagimu,
jika kamu…terperangkap olehnya.

Cinta bagai misteri datang dan pergi tanpa izin.
Kamu tidak perlu mencarinya…
Kerana cinta akan datang pada waktu yang tepat.

Kamu tidak dapat membelinya…
Kerana harga sebuah cinta sangatlah mahal

Cinta akan lahir pada saat yang tepat tanpa kita ketahui bila masanya,
dan tanpa kita ketahui kepada siapa.

Jika suatu hari pasangan anda mengatakan “Aku tidak mencintaimu lagi”,
susah bagi sebahagian orang.
Biarkan berlalu kerana cinta tidak dapat dipaksakan.
Jika cinta dipaksakan, cinta tersebut layaknya akan dapat meledak menjadi kebencian.

Cinta akan datang kembali kepada kamu suatu waktu,
Entah bila… pokoknya pada waktu yang tepat menurut ukuran Allah.

Allah tidak akan membiarkan kamu sendirian.
Allah tidak akan membiarkan kamu sendirian.
Percaya dan yakinkan itu…

Lalu bagaimana dengan perasaan kamu jika kamu ditinggalkan cinta ?
Simpanlah dalam-dalam cinta tersebut.
Kenanglah sebagai sebahagian dari pengalaman hidupmu.
Menangislah jika perlu.

Berbahagialah kerana anda pernah dicintai,
berbahagia kerana cinta pernah ada di hatimu.
Dan muhasabah akan kekurangan kita.


Bagi si gadis...
Jangan pernah jadikan kecantikan sebagai ukuran kamu untuk mencintai seseorang
Kerana akan sangat rugi sekali membuat cinta terus menguasai dirimu.
Tapi pandanglah jauh ke depan dan fikirkan baik-baik
Kerana semua akan bersangkut paut dengan masa depanmu.


Bagi teruna...
Jangan jadikan wang, kedudukan dan segala yang fana jadi titik utama dari cintamu..
Kerana akan sangat rugi sekali wang, kedudukan dan segala yang fana akan membutakan cintamu.

Seolah-olah engkau hanya cinta pada wang, kedudukan dan segala yang fana
daripada kamu sendiri merasakan cinta itu

Bagaimana jika cinta hilang dalam sebuah perkawinan...?
Dalam suatu perkawinan, cinta adalah cinta yang harus dipertanggungjawabkan..
kepada Allah dan kepada suami/isteri dan kepada anak-anak.

Kamu tidak boleh pergi begitu sahaja dengan mengatakan “Aku tidak mencintai kamu lagi.” Dalam sebuah perkawinan

“ANDA” adalah dua menjadi satu

“ANDA” adalah suami/isteri dan kamu sendiri.

Jangan turuti kemahuan anda tapi turuti kemahuan “ANDA”.

Bagi anda yang mencintai, ubahlah makna cinta menjadi KASIH.

Cinta itu bersemayam di dalam hati, bukan di otak atau fikiran,
jika hati anda penuh dengan kasih, cinta tidak akan pernah hilang dari diri anda.

Kasih itu sabar

Kasih tidak cemburu

Kasih menerima apa adanya dan memberi yang ada

Kasih itu komitmen.. sehingga seseorang yang memiliki kasih tidak akan melupakan cintanya

Kasih itu mengampuni dan memaafkan

Kasih adalah cinta sejati kerana ia berasal dari Ilahi.

Tanamkan kasih di hati anda sejak awal, maka cinta anda tidak akan hilang

Tanamkan kasih, maka kamu akan bertahan…

Jika kekasihmu mengatakan, “Aku tak mencintaimu lagi”
Memang berat, apalagi jika kita masih mengasihi dia.

Jika kamu dan pasangan kamu memiliki kasih,
kamu berdua boleh mengatakan, “Orang ketiga ? Siapa takutttt” Segala perubahan perlukan waktu.



Wallahu`alam.




Jagalah Hati...



Wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan