anak-anakku...
genggamlah segunung semangat di tanganmu
peluklah selaut ketabahan sepenuh hatimu
jangan kamu gusar apa juga arus yang melanda
teruskan melangkah berani menongkah rintangan
yang tidak akan sunyi mengganggu hidupmu
kerana badai inilah yang mematangkan dirimu
rintagan inilah yang menguatkanmu
arus inilah yang mendidikmu
demi menjadi insan dewasa nanti

nyalakanlah api kecekalanmu setiap masa
marakkanlah ia dengan usaha seluruh nyawa
hangatkanlah ia dengan doa dan tawakal kepada Pencipta
usah kamu gusar
usar kamu bimbang
usah kamu lemah
kerana daripada dan kepada-Nya segala-gala
pasti dengan-Nya kamu bertemu salju ketenangan

gagahkan langkahmu
eratkan genggaman semangatmu
teguhkan benteng doamu
bersenjatakan pasrah akan ketentuan-Nya
kamu pasti berjaya
meniti hari muka
sebagai insan dewasa
gagahkan langkahmu
eratkan genggaman semangatmu
teguhkan benteng doamu
bersenjatakan pasrah akan ketentuan-Nya
kamu pasti berjaya
meniti hari muka
sebagai insan dewasa
anak-anakku...
harus kamu percaya dengan pasti
dunia tidak kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sebagai insan yang sejati
harus kamu percaya dengan pasti
dunia tidak kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sebagai insan yang sejati
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan