Biarlah rumput itu menjalar mencari matahari
mereka liar membawa batangnya menjulur ke atas
menjulang ke atas, berebut di ruang yang sempit di antara semak belukar
satu sama lainya saling mengalahkan demi keunggulan dirinya
banyak yang patah terhimpit temannya.
Di tengah lautan nafsu, dirinya tidak lagi mengenal saudara atau teman
semua bersaing, tidak ingat lagi Kudrat Ilahi
mereka telah kering jiwanya…
kerana tidak ada lagi kesejukan yang terasa

Di dalam dunia yang fana ini…
kearifan manusia kian bergeser menjadi kehormatan
jarang terlihat manusia berlabuh di Samudera Ilahi.
Kebanyakan berlayar di lautan yang berombak besar
menuju tempat yang damai untuk kesenangan dirinya
yang lemah tidak akan terangkat ke dalam perahunya
kerana telah penuh dengan muatan nafsu
sementara Allah hanya dijadikan Juru Layarnya sahaja
yang setiap saat di perintah bila ada keinginannya
Naudzubillah wamin zalik…

Diantara nakhoda yang sedang berlayar
terlihat sedikit sahaja yang berlayar di dalam Samudera Ilahi
walau perahunya kecil, tetapi sarat dengan kedamaian
ramai orang yang ingin diajaknya
tetapi lebih ramai yang menolak, kerana tidak terlihat emas permata
bahkan tempat duduknya pun, tidak selesa untuk diduduki
walaupun si nakhoda berjuang menasihati
tetap sahaja orang menghindari nasihatnya.
Tidakkah ini sudah terjadi di zaman para Nabi kita
ramai manusia saat itu yang melecehkan Baginda…
kerana menolak kebenaran Risalah Penguasa-nya

Di zaman sekarang
ramai menolak bukan kerana Keberadaan-Nya
tetapi menolak untuk Kesukaan-Nya
iaitu menjadi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan senang berzikir
biar hati hamba-Nya tetap terikat dengan Rahmat-Nya
tetapi, iblis telah mengajak jiwa berlayar di lautnya
menjelajahi seluruh nafsu-nafsunya agar menjauhi Samudera Kebenaran yang Haq
walaupun iblis membiarkan manusia berdoa dan solat
tetapi hati anak Adam tetap dipegang, agar tidak seteguhnya mencintai Allah
betapa kita pun mengingkari…
seperti halnya manusia yang hidup di zaman dahulukala
kerana kita hanya mematuhi dengan lahiriah sahaja…
tetapi batin tetap menolak Kesukaan-Nya
iaitu menjadi hamba yang senang berzikir…

Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan