Wahai diri…
Seberapa banyak risalah yang kau terima
tetapi dirimu terus terbaring sahaja…
tubuhmu kurang layak di hadapan-Nya
kerana hanya berisi kecintaan dunia
hanya sedikit gerak sahaja, engkau tergugat
selebihnya engkau hanya mementingkan duniawi
seharusnya engkau bekerja mencari Rahim
tetapi kebanyakan masa engkau meminta Rahman
Kadangkala ucapanmu tentang-Nya, melebihi hatimu
tapi ternyata hatimu kosong melopong
tiada yang Haq, tiada pula keutuhan cinta kepada-Nya
engkau hanya mengusung tubuh saja
tapi tidak membawa kebenaran hatimu
kerana waktumu habis untuk fikiran dunia saja
maka engkau akan merugi kelak …
itulah kematianmu dari Hidup-Nya
Dimanakah Risalah dan Ilmu yang kau perolehi…!
seharusnya engkau berjuang mencari maknanya
tetapi sayang semuanya kau simpan dalam fikiran sahaja
sehingga jiwamu terus berlari di terang siang
mencari keteduhan ditengah kesenangan duniawi
itulah iblis sudah menggeruhkan iman mu
maka engkau tidak lagi cinta terhadap Allah
kerana engkau lebih banyak memilih dunia
sebagai cara untuk menyelamatkan impian hidupmu…
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan