Popular Posts

Rabu, 7 Mac 2012

CINTA ITU...



Ketika cinta itu ada
sekujur tubuh kian bergetar
membayangkan keindahan rasa
hadir mendatangi jiwa
terbayang pelukan yang hangat
setiap saat, diri terasa nyaman
walau tidak lagi nampak raut wajah
tetapi hati terus merasa rindu
mengkhayalkan saat bertemu…


Aku berjalan agar mendekat jarak
melintas tempat yang sering menggoda
yang sering membakar hasrat agar berhenti
menawarkan cinta yang lain, agar aku berpaling
aku pejamkan mata, agar tidak melihat warna
aku tutup telinga agar tidak terdengar resah
aku tidak peduli agar tidak berubah rasa
kerana hanya satu yang ingin ku tatap
ZAT yang menjanjikan kedamaian selamanya


Ya  Allah… kerana Engkau jua aku ada
aku rindu dakapan Mu
yang menjadikan aku bicara dan mendengar
aku rindu Engkau menatap hamba Mu ini
yang telah Engkau ciptakan dari “Tangan” Mu
semoga Engkau mendekat padaku
saat aku menyebut Nama Mu
semoga Engkau memeluk diri ku
saat jiwa  merasakan Mu
semoga Engkau mencintaiku
saat raga lumpuh di hadapan Mu
kerana itulah aku berkhalwat
kerana aku rindu ingin bertemu
dengan Engkau yang Satu sahaja… ”ALLAH Swt”


Wallahu`alam

Jagalah Hati…

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan