Popular Posts

Selasa, 3 Januari 2012

SAYA KEMBALI BELAJAR...


Saya belajar... apa yang saya anggap terbaik, bukan tentu yang terbaik dari-Nya. Dan sebaliknya, yang terbaik dari-Nya belum tentu kita senangi. Teruslah bersyukur kepada-Nya atas semua nikmat dan kurniaan-Nya. Manusia hanya dapat terus berdoa dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dari-Nya



Saya belajar... seberat apa pun cubaan yang diberikan oleh-Nya, pada akhirnya akan membuat kita menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan berguna. Syukurilah seluruh anugerah-Nya dengan hati ikhlas dan tulus. Segalanya berlaku dan ia berlaku dengan disertai hikmah.



Saya belajar... bahawa kedewasaan itu lebih berkaitan dengan berapa banyak pengalaman yang kita miliki dan apa yang kita pelajari dari pengalaman tersebut, dan kurang berkaitan dengan telah berapa tahun usia kita.



Saya belajar... walaupun kita berfikir tidak ada lagi yang dapat kita berikan dan lakukan, ketika seorang sahabat kesusahan dan memerlukan bantuan, kita akan selalu menemui kekuatan dan jalan keluar untuk terus menolong.



Saya belajar... jangan membandingkan diri sendiri dan kesusahan kita dengan orang lain kerana masing-masing kita ini berbeza.



Saya belajar...bahawa latar belakang dan persekitaran mempengaruhi peribadi saya, tetapi kita tetap bertanggungjawab dalam menentukan masa depan kita sendiri.



Saya belajar... bahawa saya harus bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan, serta tidak peduli bagaimana perasaan kita.



Saya belajar... bahawa saya punyai hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya dapat berlaku sesuka hati saya tanpa memikirkan perasaan orang lain.



Saya belajar... bahawa saya harus memilih adakah menguasai sikap dan emosi, atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya…



Saya belajar... bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tetapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya….



Saya belajar... jangan menilai orang dari penampilannya sahaja, itu mampu menipu. Bicara dan kenalilah orang tersebut lebih mendalam. Setiap orang memiliki kelebihan dan kebaikannya masing- masing kerana tidak ada orang yang sempurna di dunia ini.



Saya belajar... di saat susah lebih terlihat mana teman sebenar dan bukan.



Saya belajar... bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda yang sama, tetapi kadangkala dari sudut pandang yang berbeza….



Saya belajar... bahawa saya tidak dapat mengubah orang yang saya sayangi, tetapi semua itu bergantung dari kehendak Allah dan keinginan diri mereka sendiri….



Saya belajar... bahawa perlukan waktu bertahun-tahun untuk membina kepercayaan dan hanya beberapa saat sahaja untuk menghancurkannya…



Saya belajar... bahawa betapa buruknya patah hati yang saya alami itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan saya…



Saya belajar... hanya kerana 2 orang berbeza pendapat dan tidak kelihatan mesra, bukan bererti mereka tidak saling menyayangi, mencintai dan setia. Dan hanya kerana mereka selalu sependapat dan kelihatan mesra, bukan bererti mereka selalu saling menyayangi, mencintai dan saling setia.



Saya belajar... bahawa persahabatan sebenar sentiasa tumbuh subur walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Malahan ada beberapa hubungan sebegini melahirkan cinta sejati…



Saya belajar... bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak menyayangi saya….



Saya belajar... bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain menyayangi saya. Saya hanya dapat menunjukkan dan melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayangi… selanjutnya terserahlah pada mereka...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...



Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan