Bismillahirrahmanirrahim..
Terima kasih bintang, kerana menemani di saat aku sendiri.
terima kasih bulan, kerana masih menerangi di saat aku kegelapan mecari-cari,
terima kasih awan, kerana sentiasa memayungi,
terima kasih hujan, kerana membasahi bumi dan menyejukkan ruhi,
terima kasih terima kasih terima kasih.
Alhamdulillah, bintang, bulan, awan, hujan semuanya adalah sahabat-sahabat seperjuangan dari dahulu hingga sekarang, yang baru mengenali mahupun yang sudah bertahun bersahabat,
tapi yang selayaknya perasaan cinta dan terima kasih ini disauhkan adalah kepada Yang Maha Tinggi lagi Maha Pengasih-- Allah swt.
Ya Allah, Engkau ciptakan rasa ini buat sekalian makhluk yang bertebaran di bumi,
Terima kasih ya Allah,
pada setiap doa yang diangkat ke langit tertinggi,
hamba ini berdoa, ampunilah dosa sekalian sahabat-sahabat ku ini ya Allah,
lindungilah mereka di dunia dan akhirat,
tetapkanlah mereka di jalan kebenaran dan jalan juang ini,
kurniakanlah mereka hidayah-Mu yang Maha Luas,
permudahkanlah dan berikanlah mereka husnul khotimah..
mekarkanlah cinta di hati kami ini cinta kerana Mu ya Allah,
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar...
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar...
Jagalah Hati...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan