Sahabatku...
jika berita kematian telah sampai
di tengah-tengah kota dan di pelosok-pelosok desa
janganlah engkau bimbang
kerana giliranmu akan tiba juga
bahawa kematian akan datang menjemput engkau
cepat atau lambat pasti akan sampai waktunya
Sahabatku...
Jika engkau banyak ketawa di dunia ini
janganlah engkau bimbang
kerana nanti engkau akan banyak menangis di Akhirat
Sahabatku...
Jika engkau risau dengan siapa yang akan jadi saksi atas segala perbuatanmu di dunia ini
janganlah engkau bimbang
kerana Allah akan menjadikan tangan, kaki dan semua anggota tubuhmu sebagai saksi
mereka akan menjadi sebenar-benarnya saksi
Sahabatku...
jika engkau melupakan Allah di dunia ini
Janganlah engkau bimbang
Kerana Allah pun akan melupakanmu di Akhirat nanti
dan engkau tidak akan tahu kepada siapa akan meminta tolong
Sahabatku...
berapa banyak usiamu kau habiskan
sebesar itulah yang akan kau dapatkan
jika kau banyak berbuat dosa
janganlah engkau bimbang
kerana malaikat di kiri kanan akan mencatat segala perbuatan dosamu tanpa tertinggal
dan jika engkau banyak beramal
Semua catatan amalmu akan memberatkan timbangan kebaikanmu
Sahabatku...
Jika engkau lupa dengan panasnya api Neraka
janganlah engkau bimbang
kerana sesungguhnya Neraka selalu haus
ketahuilah bahawa Neraka berbahan bakar manusia dan batu
Panasnya melebihi panasnya api dunia ini
Sahabatku...
Padang Mashyar begitu luas
Melebihi luasnya alam semesta ini
Kita tidak akan pernah tahu
pada barisan mana kita akan digolongkan
kecuali kita mengikuti golongan manusia-manusia hebat
yang telah lulus uji dan dijamin syurga
janganlah engkau bimbang kerana dengan tahajudmu
dengan sedekahmu
dengan bacaan Quranmu, puasamu dan dengan semua amal baikmu
engkau akan selamat
Dari siksa yang pedih, insya Allah
Sahabatku...
Kita tidak akan pernah tahu
apakah kita akan berjumpa lagi disana
maka doakan aku
sebanyak doa yang kau panjatkan setiap malam
Sahabatku...
Dunia ini telah menipu kita
hingga kita lupa bahawa
usia kita cuma sesaat saja
Hingga kita merasa bahawa
Izrail tidak akan menjemput kita
Oleh itu, jagalah pandangan mata dan hatimu dari dahsyatnya tipuan dunia
Sahabatku...
Mari kita banyak menangis demi selembar taubat
Kerana setiap titisan air mata kita yang takut akan Allah
Akan memadamkan api Neraka…
memadamkan api neraka
Sahabatku...
kita tidak akan pernah tahu
adakah esok atau lusa
kita masih hidup atau sudah tiada
kita masih mampu melihat terbitnya matahari
dan mendengar kicauan burung
melihat anak-anak kita tertawa
untuk itu sahabat
marilah kita persiapkan bekal sebanyak mungkin
dan sebaik-baik bekal adalah iman dan takwa...
sebaik-baik bekal adalah iman dan takwa...
iman dan takwa...
Sahabatku...
Doakan aku…
Dan kita saling mendoakan dan memberi nasihat dalam kebaikan.
Untuk sahabat tercinta
walau di mana berada...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan