Popular Posts

Rabu, 1 Februari 2012

SELALU AKU RASA...





Selalu, aku rasa,

kita akan bercakap dalam senyap

Dengan bahasa langit yang hanya kita yang tahu

serta menyemai setiap harap yang kerap datang mengendap

lalu meresapinya ke hati dengan getir


Selalu, aku rasa,

kamu tersenyum di sana, ketika aku pun tersenyum di sini

dan kita, dengan bahasa langit yang kita punya itu,

secara bersahaja, menyapa larik-larik kenangan

dan meniti setiap selusur waktu

bersama desir rindu menoreh kalbu


Selalu, aku rasa,

kita tidak dapat menafikan

batas yang membentang

di mana jarak membingkainya lalu menjadikannya nyata

serta membuat kita sedar

bahawa pada akhirnya,

dalam pilu kita berkata...

"Biarlah, kita mengusap setiap serpihan senyap

dan menikmatinya, tanpa henti,

hingga lelap

tanpa tatap, tanpa ratap




Wallahu`alam








Jagalah Hati...






Wassalam

1 ulasan:

  1. Ratapan si musafir hina, kerana dia tahu dia adalah hamba Allah yang penuh khilaf diri, serba kurang dan tiada kelebihan namun dia tetap bersyukur dan lebih banyak bermuhasabah dirinya sendiri...dan itulah DIRINYA...

    BalasPadam