Popular Posts

Selasa, 17 Mei 2011

SAYAKAH YANG TERSESAT...?


Suatu saat ketika saya sedang melamun di meja komputer, anak saya menyanyikan sebuah nasyid yang sangat indah dengan lantunan yang merdu. Nampaknya syair nasyid tersebut diambil dari terjemahan surat al-Fatihah. Kurang lebih syairnya seperti di bawah ini:


Dengan menyebut nama-Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih Penyayang
Segala puji bagi-Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkau lah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai hari Pembalasan
Hanyalah kepadamu kami menyembah
Dan pada-Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang-orang yang kau beri nikmat
bukan jalan mereka yang kau murka
dan bukan pula jalan mereka yang sesat


Bait ketiga dari syair tersebut mengingatkan saya dengan keadaan umat Islam saat ini. Banyak di antara umat Islam sekarang yang menganggap pendapatnya sahaja yang paling benar, keyakinannya sahaja yang berada pada kebenaran. Mereka menganggap bahawa jalan yang mereka ambil adalah jalan yang lurus. Perbezaan pendapat dan penafsiran yang ada di antara umat Islam membuat mereka berpecah belah, merasa diri paling benar dan orang lain salah. Kadangkala timbul konflik yang diwarnai dengan cercaan, makian, bahkan sering kali tuduhan sesat dan kafir pun dilontarkan.


Apa penyebab semua ini? Perbezaan yang seharusnya wajar menjadi tidak wajar lagi. Mengapa saya mengatakan bahawa perbezaan pendapat itu wajar? Setiap orang diciptakan oleh Allah swt dengan segala sesuatu yang serba berbeza antara orang yang satu dengan orang yang lain. Bahkan anak kembar sekalipun tidak mungkin sama antara keduanya; keduanya memiliki ciri khas masing-masing.
Dua orang yang melihat sebuah gambar yang sama lalu mereka kita minta untuk menafsirkan gambar tersebut. Maka dua orang itu pasti menafsirkan gambar tersebut berdasarkan sudut pandang mereka masing-masing. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran setiap orang berbeza-beza yang mana perbezaan pemikiran ini akan mengakibatkan munculnya perbezaan pendapat dan penafsiran dalam kehidupan beragama. Oleh itu, perbezaan pendapat adalah wajar dan manusiawi. Jika tiada perbezaan maka manusia bukanlah khalifah.


Jika perbezaan pendapat itu wajar, lalu apa yang menyebabkan konflik yang terjadi antara umat Islam selama ini?Menurut saya penyebab konflik tersebut adalah fanatik buta dan merasa diri paling benar sendiri. Jika dalam diri seseorang sudah melekat kuat dua sifat tersebut, maka dia akan membenci dan tidak menghargai perbezaan pendapat. Dia merasakan pendapatnya saja yang paling benar dan orang lain salah.


Manusia sebagai makhluk relatif tidak memiliki pengetahuan yang sempurna tentang sesuatu yang bersifat mutlak. Manusia hanya memiliki pengetahuan mana yang benar dan mana yang salah. Kerana benar dan salah itu relatif. Benar menurut saya, belum tentu benar menurut anda. Salah menurut saya belum tentu salah menurut anda. Lalu siapakah yang mengetahui kebenaran yang hakiki sedangkan kebenaran itu bersifat mutlak? Maka hanya sesuatu yang bersifat mutlak saja yang dapat mengetahui kebenaran. Siapa itu? Jika anda menjawab “Allah” maka anda termasuk orang yang “benar”.


Dalam surat al-Fatihah ayat 6-7 disebutkan permohonan kita sebagai manusia (makhluk relatif) kepada Allah (Zat mutlak) untuk ditunjukkan jalan kebenaran (mutlak) bukan jalan kesesatan. Dalam ayat tersebut kita sudah mengakui ketidakberdayaan kita untuk mengetahui kebenaran yang hakiki, lalu kenapa banyak di antara kita masih bersombong diri dengan merasa kitalah yang berada pada kebenaran sedangkan orang yang tidak sependapat dengan kita dianggap sebagai orang sesat bahkan kafir. Apa belum cukup berita dari Allah dalam surat an-Nahl ayat 125?“………Sesungguhnya hanya Robb mu-lah yang lebih mengetahui sesiapa yang tersesat dari jalan-Nya dan hanya Robb mu-lah yang lebih mengetahui sesiapa yang mendapat petunjuk-Nya.”


Apakah kita masih berani bersombong diri setelah mendengar ayat tersebut? Apakah kita masih berani menuduh seseorang sesat atau tidak setelah membaca ayat tersebut? Terserahlah pada saudara-saudara sekalian…

Jagalah Hati…

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan