“Untuk berjaya, kita tidak perlu menjadi orang pintar, tetapi cukuplah menjadi orang yang mahu terus belajar”
Keinginan belajar yang kuat mampu membawa manusia menjadi kaya baik harta mahupun hati.
Ada seorang anak hidup dalam keluarga yang sangat kaya. Ia juga anak tunggal yang selalu dimanjakan oleh kedua ibubapanya sehingga segala kemahuannya selalu diturutkan. Dengan segala kemudahan yang ada, ia membuatnya tidak pernah mahu bekerja walaupun bagi urusan yang remeh. Ia tdak mahu belajar untuk berdikari dan selalu menggangap bahawa segala sesuatu dapat diperolehi dengan harta yang dimiliki keluarganya.
Keadaan tersebut berterusan sehingga ia dewasa. Semasa di sekolah, dirinya tidak pernah belajar dengan serius dan selalu menggangap remeh semua masalah yang ada. Orang tuanya sering menasihati beliau agar jangan mensia-siakan kesempatan yang ada untuk belajar di masa muda. ”Nak, belajarlah dengan bersungguh-sungguh, kerana ilmu dapat dijadikan bekal dihari tua” Ucap ayahnya ketika ia masih sekolah. ”Hidup yang penting kaya. Dengan wang, semua masalah akan beres” Bentak si anak tidak mahu mendengarkan. Dirinya lebih suka membuang masa yang ada dengan bermain-main.
”Belajarlah nak, sekecil apapun ilmu yang diperolehi, pasti berguna buat kamu” Nasihat ayahnya di waktu yang lain, disaat si anak sudah mulai dewasa. ”Saya kan sudah habis sekolah, buat apa belajar” Jawab si anak sambil ketawa yang menganggap bahawa belajar hanya dilakukan oleh anak-anak sekolah. ”Belajar itu tidak hanya di sekolah, belajar itu boleh dilakukan dimana saja, bila dan kepada siapa saja” Lagi-lagi ayahnya masih terus berusaha untuk menyedarkan anaknya. ”Alah… rilekslah, yang penting dalam hidup ini ada wang, maka segalanya akan beres” si anak tetap tidak mahu mendengarkan nasihat ayahnya.
Waktu terus berjalan dan si anak pun sudah berkeluarga, namun kelakuannya masih tetap sama sehinggalah ketika ayahnya meninggal dunia. Dirinya pun diwariskan dengan harta yang sangat banyak.
Awalnya dia masih tidak mengubah gaya hidup, tapi lama-kelamaan, dirinya mulai sedar bahawa harta kekayaan yang diwariskan kepadanya kalau tidak dikendalikan dengan baik maka akan habis juga akhirnya. Maka beliau pun bertekad untuk mempertahankan semua yang diwariskan kepadanya. Ia pun mula mentadbir warisan yang ditinggalkan ayahnya.
Ditangan beliau, usaha yang dirintis orang tuanya bukan menjadi semakin maju, tetapi semakin hari semakin mundur dan harta kekayaannya pun ikut menipis. Apapun usaha yang dilakukan tidak dapat mempertahankan semua yang ada, bahkan dalam banyak situasi, dirinya tidak tahu harus mengambil tindakan apa. Maka dalam waktu yang tidak terlalu lama, dia menjadi muflis dan ia pun jatuh miskin. Beliau sangat menyesal kerana selama hidupnya, ia tidak pernah mahu belajar dan tersedar bahawa anggapannya semua hal didunia ini boleh dibeli dengan wang adalah meleset sama sekali. Ia meratapi nasib dirinya sekarang yang telah menjelma menjadi orang miskin dan merasa bersalah kerana tidak mendengar nasihat ayahnya.
Nasib baik dirinya tidak larut dalam kesedihan dan berputus asa berpanjangan. Dirinya pun mulai faham bahawa harta tanpa ilmu maka tidak ada gunanya. Mulai saat itu, ia pun mengambil keputusan untuk belajar dan mendengar nasihat arwah ayahnya yang masih terngiang ditelinganya, iaitu ”Belajar boleh dilakukan di mana saja, bila dan dengan siapa saja”
Dirinya juga sudah faham akan nasihat orang tuannya bahawa belajar tidak hanya di sekolah, tetapi arena pembelajaran yang sesungguhnya adalah kehidupan, termasuk belajar dari kesalahan-kesalahan yang pernah diperbuat. Ia tidak ingin terjebak untuk kedua kalinya dengan kata terlambat. Baginya yang sudah membuang separuh umur hidupnya untuk belajar pun belum terlambat untuk belajar.
Oleh kerana ketekunan untuk mempelajari sesuatu, ia pun mulai merasakan banyak manfaat diperolehinya. Semakin banyak belajar, semakin membuatnya sedar bahawa dalam hidup ini memang harus terus belajar dan dengan mengerti banyak hal, ia baru merasakan dirinya memiliki erti dan dapat menentukan tujuan hidupnya. Dan ia pun membenarkan pesan arwah ayahnya sewaktu hidup dulu bahawa manusia memang mesti belajar dari siapa pun, tidak terkecuali siapa pun orangnya dan ilmu juga tidak mengenal ruang dan waktu.
Ia terus melangkah kehidupannya dengan segudang wawasan masa depan tanpa mahu dibayangi oleh masa lalunya yang kelam. Perlahan-lahan, ia pun membangunkan semula apa yang pernah menjadi kekayaan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia berjaya membina kembali apa yang pernah dirinya hancurkan.
Tidak terasa usianya pun sudah mulai senja. Ia juga sudah dianugerahkan anak dan cucu. Tapi dia masih tetap belajar dalam semua hal sambil selalu mengingatkan kepada pewarisnya untuk tidak meniru separuh hidupnya yang tidak mahu belajar dan sentiasa berfoya-foya.
Akhirnya, ia mampu membangunkan kembali usaha orang tuanya yang telah dihancurkan. Bahkan sekarang ini, empayar perniagaannya berlipat kali ganda lebih besar dari sebelumnya. SATU PELAJARAN YANG PALING PENTING BAGINYA ADALAH BELAJAR DARI KETIDAKMAHUANNYA UNTUK BELAJAR.
”SEMAKIN BANYAK KITA BELAJAR, MEMBUAT KITA SEMAKIN TIDAK TAHU. IA AKAN TERUS MENDORONG DIRI KITA UNTUK MENGGALI APA SAJA UNTUK MEMENUHI KETIDAKTAHUAN KITA, LALU MEMBUAT HATI KITA MENJADI TAHU BANYAK HAL”
Saudara seakidahku, manusia hidup memang tidak pernah terlepas dari proses belajar dan belajar pula tidak hanya melalui pendidikan formal seperti di sekolah, tetapi belajar harus diertikan dalam ruang yang seluas-luasnya.
Apa yang diceritakan oleh kisah di atas memang benar adanya, bahawa belajar boleh di mana, bila dan kepada siapa saja. Tidak peduli dalam keadaan apa pun, kita tetap boleh mendapatkan satu ilmu jika kita mahu berusaha. Ilmu boleh diperolehi dengan cara membaca, melihat ataupun mendengar. Ilmu juga tidak terbatas. Dan semua ilmu itu penting, bahkan yang sangat penting adalah ilmu yang kita kutip dari kehidupan, baik dari kehidupan sendiri, ataupun orang lain. Sepertimana kita dapat belajar dari kesalahan sendiri yang kelak kita tidak akan mengulanginya, kita juga dapat belajar dari kesalahan orang lain agar tidak mengalami nasib malang yang sama.
Orang yang berjaya adalah orang yang tidak pernah lelah untuk belajar. Ia tidak akan membiarkan waktunya berlalu tanpa mendapatkan satu pelajaran yang bermakna. Ilmu pengetahuan dan ilmu kehidupan memang merupakan barang langka bagi mereka yang tidak pernah mencarinya. Akan tetapi bagi orang yang tahu pentingnya ilmu dan mahu mencari, tentu tidak susah mendapatkannya. Kerana memang ilmu itu ada di sekitar kita. Bila ada yang tidak kita fahami, kita boleh bertanya dan dengan bertanya kita akan mendapat jawapannya.
Selain itu, proses belajar juga merupakan satu cara untuk mendewasakan diri. Dengan banyak belajar, maka akal kita dapat bekerja lebih baik, dan hati pun jadi lebih bercahaya dengan pertimbangan-pertimbangan yang lebih matang sehingga akan menghasilkan tindakan yang lebih masuk akal.
Orang bijak menyatakan bahawa ”ORANG YANG TIDAK MAHU BELAJAR DEKAT DENGAN KEBODOHAN DAN KEBODOHAN DEKAT DENGAN KEMISKINAN” Orang yang bodoh adalah orang yang tidak banyak tahu dan tidak banyak tahu kerana tidak pernah belajar, tidak belajar juga menyebabkan pemikiran tidak berkembang, sehingga yang dikuasai hanya itu-itu saja yang secara langsung tidak dapat berbuat banyak. Jika tidak dapat berbuat banyak tentu tidak dapat menghasilkan banyak pula, dengan demikian kata-kata orang bijak itu sangat benar.
Orang yang mahu belajar tidak pernah rugi dalam hidupnya, hingga ke manapun dan di manapun dia berada, apa yang didapatkan dari pembelajarannya pasti berguna dan apa yang telah didapatkan selama kita belajar selalu akan melekat dalam diri kita. Ia merupakan kekayaan yang tidak terlihat dan tidak akan habis terpakai kerana kekayaan ilmu adalah kekayaan intelektual yang sekaligus kekayaan hati yang tidak dapat dirampas, dan kekayaan semacam ini semakin banyak kita memberi kepada orang lain, maka akan semakin bertambah.
Saudara seakidahku, sekejap saja kita membiarkan waktu berlalu tanpa mencari tahu apa yang terjadi pada waktu itu, kita pasti akan ketinggalan. Zaman selalu berubah yang tentu juga membawa perubahan bagi kehidupan itu sendiri. Perbaharui isi otak dengan segala maklumat terbaru dan bila diperlukan, kita harus merubah cara pandang, kita juga jangan segan-segan untuk melakukannya.
Paradigma belajar itu membosankan harus disingkirkan, kerana yang dimaksudkan belajar disini, bukanlah sepertimana kelaziman belajar anak sekolah yang menghafal buku-buku pelajarannya. Sekali lagi, belajar yang dimaksudkan disini adalah belajar pada semua segi kehidupan yang dapat mendidik hati agar menghargai kehidupan dan mensyukuri peluang mengerjakan ladang amal untuk dipersembahkan pada Allah swt, walaupun kita tidak mungkin habis untuk menguasai semuanya, kerana memang itu tidak mungkin dilakukan. Akhir kata semakin banyak kita belajar maka semakin banyak pula perkara yang kita tidak tahu.
Untuk hidup bahagia Kita hanya perlu melihat dengan saksama disekitar kita. Renungkan dengan fikiran jernih terhadap apa yang telah kita lihat,
Lalu rasakan dengan hati atas renungan itu Setelah itu, bukalah kedua tangan kita untuk merubah yang belum baik menjadi baik, yang tidak baik menjadi baik dan yang sudah baik menjadi lebih baik lagi. Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
artikel yg sgt baik.. buka minda, buka akal & jiwa utk terus menjd org berilmu... syukran.. satu kekuatan pd diri.. Insyaallah.
BalasPadam