Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau bondanya untuk mengenal pasti banyak
perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kamilah.
Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.
Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya.
Saya dan isteri perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.
Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.
Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan isteri baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Isteri saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.
Isteri saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.
"Dah sembahyang?" saya bertanya.
"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.
"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.
Saya tersenyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah, adik boleh usaha lagi."
"Cakap je tak apa…! Nanti kata orang cakap Adik bodoh. Nanti walid dan ummi bagi tahu kawan-kawan walid dan saudara-mara umimi, adik belajar tak pandai."
"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" saya
"Nanti lepas ni, walid dan ummi kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.
"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi
"Ummi cakap senang, UPSR tak dapat
"UPSR
" Kan
beli buku tu tanggungjawab walid dan ummi, beli ajalah!"
"Betul tu....." balas saya. "Nanti walid beli hujung bulan ni."
"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!...
Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.
"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" bondanya berkata perlahan.
"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.
Hujahnya itu memeranjatkan saya dan isteri. Kami kelu seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.
Saya usap kepalanya. "Apakah walid dan ummi tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.
Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.
"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak walid..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.
"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar kasih sayang ," kata saya.
Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.
"Setiap anak adalah hadiah daripada Allah. Adik adalah anugerah Allah kepada walid dan ummi. Walid dan ummi tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.
"Kerana kasih sayanglah Adik lahir dan kerana kasih sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan kasih sayang Adik tak besar dengan duit!"
Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak isteir tersenyum.
"Nanti bila walid dapat gaji, walid beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.
Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan umminya menuju ruang tamu.
Isteri saya ke dapur menyediakan makan malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Saya keluar sebentar ke laman rumah sambil menanti makan malam disiapkan. Airmata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh..... ..!!
Begitulah indahnya dan hebatnya kasih sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi, Allah swt sendiri menyatakan kepada Rasulullah saw. "Wahai Muhammad, jika tidak kerana kasih sayang Aku pada mu, tidak akan Aku jadikan dunia ini......."
Manusia yang hidup tanpa kasih sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk.
" wahai Robb ku, aku tak layak ke syurga Mu ...namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu. Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu…
Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bertakwa… ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami dan dosa
semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia ".
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan