Kata orang, masa dan
kenangan yang berlalu tetap tidak akan dapat dilupakan. Lagi-lagi apa yang
berlalu itu melibatkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna dalam hidup
seseorang.
Senyum.
Betullah
kata orang, anda tidak akan pernah dapat melupakan masa lalu anda.
Mengimbas
Kenangan Seketika
Beberapa
jam yang lalu, duduk sendirian menulis dan mencari idea untuk menulis. Selepas
itu didatangi oleh seseorang. Cerita punya cerita akhirnya masing-masing
membuka memori tersendiri.
Kelakar.
Masing-masing berlumba-lumba ingin menceritakan kenangan masing-masing. Ternyata,
mengimbas kenangan lalu itu memang menyeronokkan. Dan boleh membuat kita
tersenyum sendiri. Bagi saya, teramat rugi bagi sesiapa yang hendak membenci
masa lalu.
Setiap
orang, berbeza cara hidup dan keadaan hidup yang ditempuhi. Masing-masing punya
1001 macam kisah yang dipendam. Dalam anda membenci masa lalu itu, cubalah
mencari sedikit kebaikan di dalamnya. Mungkin kalau sesuatu itu tidak terjadi
suatu masa dahulu, mana mungkin kita seperti sekarang, kan?
Memori Pahit
Setiap
orang pasti ada kenangan yang pahit pernah dilaluinya. Saya juga begitu.
Kadang-kadang untuk mengimbas kembali, terasa sakit ada, malu pun ada. Namun
itu bukanlah alasan untuk membenci apa yang telah terjadi. Setiap sesuatu
kejadian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Cepat
atau lambat sahaja hikmah itu akan kelihatan. Kadang kala, hikmah itu akan
Allah swt datangkan tanpa kita sedari. Cuba renungkan kembali..
Saya Mengimbas
Apabila
saya banyak bercerita tadi, beliau banyak diam. Mendengar dengan khusyuk. Saya
tahu, beliau merai kisah saya. Apapun, kenangan banyak terimbas ketika masih
berada di sekolah. Dan mempunyai ramai kawan yang masing-masing dengan ragamnya
yang tersendiri. Indah.
Yang
pahit-pahit, saya akan simpan kemas dalam satu sudut memori yang khas. Yang
indah-indah, saya akan pastikan sudut yang lebih luas untuknya.
Saya
adalah sebagai hamba, maka saya harus menerima keputusan TUAN saya dengan
seadanya. Sebab, kepada-Nya-lah saya bergantung. Tanpa-Nya, saya akan mati.
Oh.
Malam ini juga adalah memori baru. Memori yang menjadi pembongkaran kepada
memori-memori yang terdahulu...
Wallahu`alam
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan