Popular Posts

Rabu, 2 November 2016

BAHASA MELAYU: TIPS DAN PEMARKAHAN





Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain



Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.


Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.



Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat.


Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.

Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:


Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus
"Kamu baru pulang ?"

"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."

"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.



Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.



PETUA BILA MENULIS KARANGAN

Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.





PEMARKAHAN PENULISAN

A. Pemberian Markah

Soalan 1 = 25 markah


Soalan 2 = 25 markah


Soalan 1 + Soalan 2 = 50 markah


Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah



1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )

Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:
Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.


2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah1 markah pendahuluan = 1 markah1 markah penutup = 1 markah
Jumlah markah isi = 10 markah

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )

Aspek bahasa terbahagi
a. Perbendaharaan kata = 3 markah

b. Struktur ayat = 3 markah

c. Imbuhan = 3 markah

d. Tanda baca = 3 markah

e. Ejaan = 3 markah



Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan.
Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh.
½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.
Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan:

Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tahukah kamu?

Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.
Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format.
Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.


B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi:


kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )

41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )

51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )

61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )


2. Bagi setiap satu kesalahan:


imbuhan tolak ½ markah

tanda baca tolak ½ markah

ejaan tolak ½ markah

3. Karangan yang terpesong langsung:

markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah


4. Format:

salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman:


tiada alamat = tolak 1

tiada nama pengirim = tolak 1

tiada tanda tangan = tolak 1

tiada tarikh tolak = ½

tiada kata panggilan hormat = tolak 1

tiada ucapan terima kasih = tolak 1

Salah letak format = tolak ½

tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak ½


Tahukah kamu ?

Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa.

Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan