SEJAK akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.
WALAU APA ALASAN sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia. Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.
JIKA anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang besar?
PERTAMA, anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’. Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.
KEDUA, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.
KETIGA, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.
KEEMPAT, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.
KEENAM, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.
Ada yang tidak sedar kepentingan sejarah itu dan letakkan di tepi. Patutkah waktu peperiksaan penggal, mata pelajaran sejarah itu diletakkan pada hari terakhir?. Sedangkan ini mata pelajaran penting untuk mendidik warga Malaysia yang bertanggungjawab. Tindakan Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus adalah wajar supaya kita tidak melahirkan warga yang buta sejarah sampai ke hari tua.
Saya pasti anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.
Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya belajar sejarah ?? Saya nyatakan kaedah mudah untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.
KAEDAH PERTAMA- Menggunakan Formula.
Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab: 7 ting 4)
A | C | I |
J | E | S |
Negara Tokoh
A= Arab J= John Crawford
C= China E= Emanuel Gadinho Eredia
I= India S= Snouck Hurgronje
Pelajar hafal formula ACI dan JES
Ayat penuh:
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.
KAEDAH KEDUA- melukis
Di dalam kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian. Tidak salah di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati fakta. Dengan lain perkataan satu kali baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.
Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap ( sejarah tingkatan 4 bab 3)
Ayat Penuh:
Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting. Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.
(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)
Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.
KAEDAH KETIGA- Persekitaran Pelajar
Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi tajuk berkenaan. Malah bukan itu sahaja kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.
Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)
Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana pelajar saya tinggal di sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan melepasi pekan Jeniang sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.
Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
|
Pekan Jeniang
|
Jalan raya yang lurus
|
Jalan raya yang lurus
|
Ada pusat pentadbiran
|
Ada MPSP
|
Ada pusat keagamaan
|
Ada masjid dan wat
|
Sistem kumbahan terancang
|
Sistem kumbahan terancang
|
Bangunan disusun berasaskan blok
|
Bangunan disusun berasaskan blok
|
Setiap blok dipisahkan jalan raya
|
Setiap blok dipisahkan jalan raya
|
Bandar dihubungkan dengan sungai
|
Jeniang juga ada sungai
|
Menggunakan ilmu geometri dan matematik
|
Menggunakan ilmu geometri dan matematik
|
Ada kawasan perumahan
|
Taman Sri Emas
|
Saya membandingkan persekitaran pelajar dengan bandar terancang tamadun Indus. Jalan- setiap hari gunakan jalan itu. Masjid- sembahyang di masjid. Sistem kumbahan- hari-hari buang sudah tentu boleh ingat. Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing, mandi dsb.
Ini merupakan satu lagi cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan.
KAEDAH KEEMPAT- Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta
Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif yang sama seperti di aktiviti satu dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga akan membuat pembetulan jawapan semasa aktiviiti dua ini.
Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihat semasa mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan ke dalam buku nota
Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi dari buku teks.
- Contoh pelaksanaan.
1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru
Soalan 1
Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya
Jawapan:_______
Ayat Buku Teks:___________________________________________
M.S:________
CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
_______________________________________________________
|
1.2 Tugas pelajar
1. Mencari jawapan dalam buku teks
2. Menulis jawapan A, B, C atau D
3. Menulis ayat dalam buku teks
4. Menulis muka surat
5. Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
6. Pelajar bertukar-tukar maklumat