Saudara
semuslimku yang baik hatinya... marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga
doa Nabi Daud as ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah swt
sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhluk-Nya.
"Ya
Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta
kepada Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi Mu, dan apa sahaja yang
membawa daku menghampiri cinta Mu...
Jadikanlah cinta Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta Mu, dan cinta orang yang mencintai Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta Mu...
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai...
Ya Allah, jadikanlah cinta Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan...
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai Mu, mencintai malaikat Mu, Rasul Mu dan hamba Mu yang soleh...
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta Mu dan jadikanlah aku bagi Mu seperti apa yang Engkau cintai...
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan Mu...
(Hadis riwayat At-Tirmizi, Rasulullah saw bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud as")
Jagalah Hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan