Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, kepada sekalian keluarga, sahabat-s...
Khamis, 11 Julai 2013
BERJALAN BERSAMA WAKTU....
Berjalan bersama waktu dalam menempuhi usia yang kian menua... akan di mana dan bagaimanakah segala hujung ini kita harapkan bermuara...
Berjalan dan terus berjalan, merentasi saat dengan menggalas jarak, hanya satu hal yang sungguh kami inginkan ya Robb, ampunan Mu... tidak lain dan tiada bukan.
Memulai hari dari pagi hingga ke pagi lagi, bukan kerana kita ingin dimuliakan sebagai yang istimewa, namun lebih kerana sebagai makhluk, kita semua telah diberi keistimewaan oleh Allah swt untuk menjadi nahkoda atau khalifah, paling kurang bagi diri kita sendiri. Di mana setiap raga yang bernyawa telah diberi izin untuk membawa ke mana dan bagaimana biduknya berlayar mengharungi jejak-jejak kehidupan di depan sana...
Dan setiap langkah ke depan itu telah terangkum indah dalam deretan mimpi-mimpi yang telah sedia menjadi realiti...
Doa hamba ya Robb, mudahkanlah setiap langkah kaki kami dalam perjalanan menuju redha Mu... Amin.
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
AKU IJAZAHKAN DOA INI....
Ya Allah...
aku mohon kepada Mu rahmat dari sisi Mu yang dengannya Engkau tunjuki hatiku,
dengannya Engkau satukan segala perkaraku,
dengannya Engkau himpunkan urusan-urusanku yang berserakan,
dengannya Engkau pelihara diriku di kala sendiri,
dengannya Engkau angkat darjatku di kala aku hadir,
dengannya Engkau cerahkan wajahku,
dengannya Engkau sucikan perbuatanku,
dengannya Engkau ilhamkan kepadaku jalanku yang terang,
dengannya Engkau hindarkan aku dari segala cubaan,
dan dengannya Engkau jaga diriku dari berbagai kejahatan...
Ya Allah...
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar pembicaraanku,
Melihat tempatku berada, Mengetahui yang rahsia dan nyata dariku,
tidak satu pun perihalku yang luput dari pengetahuan Mu.
Aku ini hamba Mu yang hina lagi serba kekurangan,
yang mengharap pertolongan dan perlindungan,
yang merasa cemas lagi takut,
yang mengakui seluruh dosa kepada Mu...
Ya Allah...
Aku memohon kepada Mu sebagai permohonan orang yang miskin,
aku tunduk kepada Mu dengan setulus hati,
sebagai tunduknya orang yang berdosa lagi hina,
dan aku berdoa kepada Mu sebagai orang yang dicekam rasa takut dan harap,
sebagai orang yang tunduk lehernya kepada Mu,
hina tubuhnya di hadapan Mu,
serta takluk dan patuh kepada Mu...
Amiin....
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
PENGEMBALA...
Tanpa sedar
kitalah pengembala itu
menjaga sekawan nafsu
membiak di padang kalbu...
Demi meragut lara
segar dan muda di luar sana
sekawan nafsu di padang kalbu
mula mengganas dan merempuh
rebah sebaris pagar iman
sekian lama dipasang moyang...
Kitalah pengembala itu
lupa untuk menghitung nafsu
cepat membiak di padang kalbu
dan lupa mengukuhkan pagar iman
yang kian usang...
Kerana kita pengembala pelupa
nafsu bebas berkeliaran
menceroboh sempadan terlarang....
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Isnin, 8 Julai 2013
KHUTBAH RAMADHAN...
Khutbah Rasulullah saw Menyambut Ramadhan...
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian
bulan Allah dengan membawa berkat rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia
disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya
adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang
paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Robbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan qiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di Hari Kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin. Muliakanlah ibubapamu, sayangilah
yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang
tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi
manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah
saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka
menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa
mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana
amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana
beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah! Allah swt bersumpah dengan segala
kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di
hadapan Robb Alamin.
Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka
kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah
nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas
dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain
bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”
Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan
sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk
air.”
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil
melewati siratul mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan
pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di
bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di Hari Kiamat. Barangsiapa
menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia
berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah
akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan
tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia
dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan
kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia
berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan
menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu
baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain. Barangsiapa
memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya
pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat
Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang
lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah
kepada Robb mu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka
tertutup, maka mohonlah kepada Robb mu untuk tidak akan pernah dibukakan
bagimu. Syaitan –syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah
menguasaimu. Syaidina Ali kwh berkata, “Aku berdiri dan berkata: “Ya
Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Baginda saw, “Ya
Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa
yang diharamkan Allah”.
Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar
lagi penuh keberkahan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih
baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu
fardhu, dan qiam di malam harinya suatu tathawwu’.”
“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di
dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan
yang lain.”
“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga.
Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan
Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.”
“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya
pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya
(termasuk di sini para pembantu rumah) nescaya Allah mengampuni dosanya dan
memerdekakannya dari neraka.”
“Oleh kerana itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara
untuk mendatangkan keredhaan Robb mu, dan dua perkara lagi kamu sangat
menghajatinya.”
“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Robb
selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat
memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”
“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah
memberi minum kepadanya dari air kolam ku dengan suatu minuman yang dia tidak
merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.” (Ibnu
Huzaimah).
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Jumaat, 5 Julai 2013
DILEMA SI ANAK...
Di suatu malam hujan lebat
Lahirlah seorang anak yang cacat
Kerana lahirnya dengan kecacatan
Ibu dan ayahnya sesal dan malu.
Ia pun dibuang waktu hujan malam
Menangislah anak yang kedinginan...
Lalu seorang ibu tua yang miskin
Hidup mengambil upah basuh kain
Anak yang malang dibawa pulang
Dibelai sepenuh kasih sayang...
Atas kehendak Allah Maha Kuasa
Insan cacat ada kelebihannya.
Anak itu pintar tekun belajar
Berkat doa dan usaha ibu tua...
Datang pula ayah dan ibu kandung
Merayu memohon anaknya kembali
Ibu tua terharu dan bersedih
Hanya berserah kepada Ilahi
Iya.. andainya engkau berada di tempat anak itu
Yang mana satukah akan kau pilih...
Antara ayah dan ibu kandung yang telah membuangmu
atau ibu tua yang telah bersusah payah mengasuhmu hingga dewasa...?
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
IBU III...
Disuatu pagi nan cerah
Seorang gadis berkata kepada ibunya
Ibu,engkau selalu kelihatan cantik
Aku ingin sepertimu , beritahulah sesuatu...
Dengan tatapan dan senyum haru
Sang ibu pun menjawab
Untuk bibir nan menarik
Ucapkan perkataan yang baik
Untuk pipi nan lesung
Tebarkan senyum ikhlasmu di muka bumi
Untuk mata indah menawan
Lihatlah selalu kebaikan orang lain
Untuk tubuh yang langsing
Sisihkan makananmu bagi fakir miskin
Untuk jemari tangan nan lentik menawan
Hitunglah doa dan pujianmu dengannya
Untuk wajah putih bercahaya
Basuhlah muka di setiap pergantian waktu
Anakku...
Kecantikan fizikal akan pudar oleh waktu
tetapi kecantikan akhlak tidak pudar walaupun setelah kematian...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
IBU II...
Seorang ibu tidak berharap diberikan sejumlah wang sebagai pengganti kasih dan cintanya oleh anak-anaknya...
Seorang ibu hanya berharap anaknya menemukan kebahagiaan dunia akhirat di jalan redha Allah swt...
Belaian tangan seorang ibu, ciuman serta usapan lembut tangannya pada wajah anak-anak dan setiap tatapan teduh matanya selalu penuh dengan doa kerana di sana ada segenap cinta serta ketulusan hati untuk buah hatinya...
Dalam untaian doa seorang ibu, namamu sentiasa disebutkan dalam getar bibirnya atau dalam lunak bisik batin dan hatinya hingga saat-saat terakhir hidupnya, nafasnya dan detak jantungnya, engkau adalah doanya...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catatan (Atom)






