Alangkah mulia dan pengasihnya Engkau wahai Allah kepada hamba-hamba Mu. Engkau ciptakan mereka dalam keadaan lemah. Engkau bebankan ke atas mereka tugas-tugas yang ditolak oleh bumi dan langit. Akan tetapi Engkau Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui. Engkau mengetahui bahawa mereka tidak berdaya, lalu Engkau mudahkan jalan bagi mereka yang jika ditempuhi, pasti mendatangkan keuntungan. Disebabkan mereka lemah, lalu Engkau berikan kekuatan. Disebabkan mereka berdosa, lalu Engkau berikan keampunan.
Ya Allah, Engkau mengetahui semua itu, kemudian Engkau mudahkan jalan menuju ukhwah ini agar ukhwah menjadi penebus dosa-dosa, menjadi syafaat, membawa mereka ke syurga dan mencegah mereka daripada api neraka. Engkau mudahkan jalan menuju ukhwah. Engkau terangkan dalam Al-Quran dan hadis Nabi Mu dengan jelas dan terperinci. Kami wajib bersyukur, beribadat, bertasbih dan sujud kerana kemurahan Mu. Kami harus mengucapkan salam pada Rasul yang mulia, begitu juga kami wajib berusaha mencapai ukhwah yang suci dan menempuh jalan ke arah itu. Jika tidak, bererti kami ingkar terhadap syariat dan zalim kepada diri kami sendiri.
Saudara-saudara semuslimku yang baik hatinya, marilah kita berjalan dalam taman indah yang diberikan oleh Allah pada kita. Di tangan kita tersedia Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Mudah-mudahan Allah mengembalikan barang kita yang hilang ( ukhwah ) dan dengan nikmat-Nya kita bersaudara.
Marilah kita fahami cara-cara ini dan kita kenali taman-taman tersebut agar kita berbai’ah kepada Allah, hidup di bawah lindungan-Nya, kerana buahnya adalah syurga. Siapa yang mendapat syurga, akan mendapat keuntungan yang besar. Sudah dimaklumi bahawa fitrah manusia ialah untuk mencintai orang-orang yang seumpama mereka – iaitu orang-orang yang berdekatan kecenderungan dan tabiat mereka. Jadi setiap insan bermesra dengan sesama jenisnya sebagaimana burung-burung terbang dengan sesama jenisnya.
Imam Malik ra hairan melihat burung merpati dan burung gagak berkumpul bersama. Dengan spontan ia berkata, ”Keduanya dapat bersatu, padahal jenisnya tidak sama. ” Ketika burung itu terbang ia melihat kedua burung itu dalam keadaan cacat ia berkata ” Sebab itulah burung-burung itu dapat bersatu.”
Berdasarkan pengalaman dan kajian, telah terbukti bahawa persaudaraan dan kasih sayang di antara manusia tidak tumbuh melainkan dengan adanya persamaan tabiat dan adat istiadat. Ukhwah yang tidak disertai oleh persamaan, lambat-laun akan hilang ikatan kasih sayangnya, kemudian dua orang yang bersaudara itu pun akan berpisah. Alangkah bijaknya penyair yang menyatakan, ”Kenapakah kamu berdua berpisah?” Dengan jujur saya menjawab, ”Pembawaannya tidak sama dengan pembawaanku, kerana itu kami berpisah. Memang manusia beribu-ribu macam pembawaannya.”
Jika kecacatan dapat menemukan dua burung yang berlainan jenisnya ( perkara ini banyak terdapat dalam alam burung ) tentu kesatuan pemikiran, perasaan , tujuan, saranan dan pertimbangan dapat mempersatukan orang-orang mukmin. Bukankah cara berfikir kita sama, perasaan kita sama, bekerja untuk tujuan yang sama, menempuh jalan yang sama dan menetapkan persoalan dengan ukuran yang sama pula?
Bukankah kita mengucapkan kata-kata yang sama bila kita berjumpa dan berjabat tangan? Bukankah kita disatukan oleh satu bai’ah kepada pimpinan yang satu.Nabi yang sama, Robb yang sama, kitab yang sama dan sunnah yang sama pula?. Bukankah kita bersatu ketika dipanggil oleh wanita teraniaya yang menjerit meminta tolong dalam Rumawi, lantas tentera Islam mengempur kerajaan itu untuk menyelamatkannya?. Bukankah kita semua merasa sedih kerana musibah yang menimpa saudara kita? Kita segera menolong, walaupun belum pernah bertemu sebelumnya dan belum pernah hidup bersama. Bukankah kita ini orang-orang yang dikatakan oleh agama.” Bila seorang wanita ditahan di Barat, orang-orang Timur harus mengirim tentera untuk menyelamatkannya.”
Benar, semua ini betul-betul terjadi.Siapakah yang lebih utama dan lebih layak daripada kita dalam ukhwah ini? Orang-orang mukmin memiliki sifat-sifat yang sama, kecenderungan yang sama, akidah yang sama. Justeru itu ukhwah adalah hasil yang lumrah daripada iman mereka. Ukhwah merupakan ciri khas daripada dakwah mereka. Allah yang Maha Agung berfirman, ”Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (QS Al-Hujurat, 10)
Bila kamu benar-benar inginkan kedudukan yang suci ini (ukhwah fillah) hendaklah berpandukan Al-Quran dalam segala urusan, jadikanlah sunnah Rasulullah saw sebagai cara hidup, dan kembalikah kepada petunjuk Al-Quran dalam semua permasalahan. Insya-Allah hati kita akan penuh dengan ukhwah dan ketenteraman. Seseorang hamba Allah tidak akan mendapat keimanan yang sempurna sehingga ia cinta dan benci kerana Allah.
Cara Pertama :
Masing-masing hendaklah mencerminkan diri sendiri sebagai Al-Quran yang berjalan di permukaan bumi di mana halamannya adalah amal perbuatan kita dan kalimatnya adalah denyutan jantung kita. Pada ketika itu jasad-jasad kita akan hidup sebagai satu roh dan satu nafas.
Cara Pertama :
Masing-masing hendaklah mencerminkan diri sendiri sebagai Al-Quran yang berjalan di permukaan bumi di mana halamannya adalah amal perbuatan kita dan kalimatnya adalah denyutan jantung kita. Pada ketika itu jasad-jasad kita akan hidup sebagai satu roh dan satu nafas.
Cara Kedua :
Cara ini diterangkan oleh Nabi saw yang tercinta dalam hadis Baginda saw yang mulia, ” Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah ku tunjukkan amalan yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu.” (Muslim)
Cara ini diterangkan oleh Nabi saw yang tercinta dalam hadis Baginda saw yang mulia, ” Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah ku tunjukkan amalan yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu.” (Muslim)
Rasul saw menyuruh menyebarkan salam sesama kita.Laksanakanlah demi cintamu kepadanya dan terimalah nasihatnya.
Firman Allah, ”Tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu Allah yang diwahyukan kepadanya. ” (QS An-Najm, 3-4)
Firman Allah, ”Tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu Allah yang diwahyukan kepadanya. ” (QS An-Najm, 3-4)
Maksud menyebarkan salam bukanlah sekadar ucapan sahaja. Bukan juga azimat atau tongkat sihir yang bila menyentuh hati orang-orang yang ditutupi oleh asap kemungkaran dengan spontan akan menjadi putih, bersinar dengan nur kasih sayang dan ukhwah. Akan tetapi, maksud salam mengandungi 3 pengertian yang luhur; cinta dan kasih sayang, memberi salam kepada saudaramu pada awal pertemuan serta tidak menyakiti juga memberi banyak keberkatan dan kebaikan kepada saudaramu daripada Allah swt.
Wallahu`alam
Jagalah Hati...