Wahai orang berilmu, amalkan ilmumu, berikan kelebihan hartamu, dan
tahanlah kelebihan perkataanmu kecuali sedikit bicara kerana ia akan bermanfaat
bagimu di sisi Allah nanti.
Wahai orang berilmu, sesuatu yang kamu ketahui tetapi tidak kamu amalkan
adalah pemotong hujah dan alasanmu di sisi Allah ketika kamu menemui-Nya.
Wahai orang berilmu, taat kepada Allah yang diperintahkan kepadamu
sebenarnya telah menyibukkanmu dari maksiat kepada Allah yang dilarang untukmu.
Wahai orang berilmu, janganlah kamu menjadi orang kuat yang meneropong perbuatan orang lain, namun kamu sendiri manusia lemah dalam mengerjakan suatu amal untuk dirimu sendiri.
Wahai orang berilmu, janganlah apa yang dimiliki orang lain, membuatmu lupa terhadap apa yang kamu miliki.
Wahai orang berilmu, ajaklah bicara bersama para ulama, bergaulah dengan
mereka dan dengarkanlah perkataan mereka dan janganlah kamu menentangnya.
Wahai orang berilmu, agungkanlah ulama kerana ilmu mereka dan janganlah kamu menghormati orang-orang jahil kerana kejahilan mereka. Namun jangan menjauhi mereka, tetapi dekatilah dan ajarkanlah mereka.
Wahai orang berilmu, janganlah kamu membicarakan suatu hadis di suatu
majlis sehingga kamu betul-betul memahaminya, dan janganlah menjawab pertanyaan
orang hingga engkau tahu apa yang diucapkannya kepadamu.
Wahai orang berilmu, janganlah kamu tertipu oleh Allah dan jangan pula kamu tertipu oleh manusia. Tertipu oleh Allah maksudnya meninggalkan perintah-Nya, dan tertipu oleh manusia maksudnya mengikuti hawa nafsu mereka. Takutlah kepada Allah dalam semua hal yang Dia mengajakmu takut terhadap diri-Nya, dan hindarilah manusia kerana fitnah mereka.
Wahai orang berilmu, cahaya siang tidaklah sempurna kecuali dengan matahari, begitu pula hikmah tidak sempurna kecuali dengan mentaati Allah swt.
Wahai orang berilmu, tanaman tidak baik kecuali dengan air dan tanah,
begitu pula dengan iman tidak baik kecuali dengan ilmu dan amal.
Wahai orang berilmu, setiap musafir haruslah berbekal, dan ia dapatkan
bekalnya apabila ia diperlukannya, begitu pula dengan setiap orang yang
beramal, di akhirat akan ia dapatkan apa yang telah diperbuatnya di dunia
apabila ia perlukan amal perbuatannya.
Wahai orang berilmu, Apabila Allah swt berkehendak mendorongmu dalam
beribadah kepada-Nya, ketahuilah bahawa Dia ingin menampakkan karamah-Nya
terhadapmu, maka janganlah kamu mengalihkannya kepada selain-Nya, sehingga kamu
tinggalkan kemuliaan-Nya dan kamu dapatkan kehinaan hidup.
Wahai orang berilmu, Jika kamu memindahkan batu atau besi, itu lebih ringan bagimu daripada berbicara kepada orang yang tidak menerima pembicaraanmu, perumpamaan orang yang berbicara kepada orang yang tidak menerima pembicaraannya adalah seperti orang yang memanggil orang mati dan meletakkan hidangan untuk penghuni kubur…
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan