Popular Posts

Selasa, 24 Mei 2016

BUAT BAKAL MENANTU...



Ketahuilah, wahai menantuku....

Telah lahir wanita yang baru sahaja engkau nikahi itu, adalah daripada benih-benih kehidupan aku dan isteriku...

Telah aku besarkan wanita itu sehabis mampuku. Aku menafkahkan dia dan ibunya dengan membelakangi segala keinginanku, berkorban waktu walau lelahku tiada siapa yang tahu, asalkan aku mampu membahagiakan mereka sekuat daya kudrat tuaku....

Telah aku bentuk acuan agama baginya, dengan mempertahankan setiap cebis-cebis aurat dan kehormatannya sebelum ia halal untukmu. Aku mengajar ia supaya kenal Robb dan Rasul-Nya, kerana itulah wanita itu taat kepadaku dan juga bakal taat kamu....

Telah melengkapi dia separuh agama bagimu, dan aku sebagai walinya turut merestui pernikahan kamu. Namun sebelum usiaku habis ditakdir Ilahi, satu pesanku untukmu....

"Bahagiakanlah dia selalu dengan agama yang ada padamu. Supaya nanti dia aman bertemu dengan Robb-nya
Lalu kembali bertemu aku dan ibunya di Syurga ..."