.
Ramai
pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan
kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan
seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini
mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang
sah dan sedia ada menurut undang-undang negara.
Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat. Sabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu”.
Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti. Masyarakat barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka dagang. Kata mereka, "Politic is a dirty game."
Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, sama ada lahir mahu pun batin.
Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur 'terpaksa' dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.
Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak. Mengapa?. Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak "mengambil hati" para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja.
Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelumcuba
membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur
dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat
nifaq ataupun talam dua muka.
Melalui sistem polilik Barat ini juga, kitacuba
menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada
Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang,
peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan
bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan
iman.
Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu.
Ini merbahaya. Lebih-Iebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.
Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.
Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik ataupun fasik. Walaupun mereka sebenarnya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah.
Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam. Misalnya, perempuan-perempuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tetapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapalterbang dalam perjalanan berdakwah di luar negeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapalterbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu?. Islam pura-pura!.
Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti keThailand , Perancis dan London sikap mereka pun bertukar. Mereka
buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang
kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi?. Pemimpin berlakon di
hadapan. rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin!. Inikah negara Islam
yang kita cita-citakan?.
Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pemimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dan cinta kepada Allah semata-mata.
Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jclata.
Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini?. Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa?.
Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!.
Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah.
Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. ltu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macam kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.
Sebenamya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. lnilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah. Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.
Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing terus dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.
Firman Allah, “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan"(QS An Nur:51)
Melalui ayat ini, jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah. Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di mana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam. Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin negara.
Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat. Tidak ada nas secara jelas dan Qat'ie menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al-Quran dan Sunnah tidak pernah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik... Tidak ada!. Tidak pernah kita temui kalimah "Susu" ( ~ .r-" ), maksudnya,“Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik”.
Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti,“Hendaklah kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat”.
Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.
Firman Allah lagi, “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya”. (QS An Nahl : 125)
Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah. Dan hikmah yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah. Selanjutnya, firman Allah, “Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan”. (QS Surah Al Maidah : 99)
Jadi jelas kepada kita, perintah "menyeru" dan "menyampaikan" melalui ayat AI Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat).
Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari. Melalui mata kepala kita sendiri jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik.
Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat, pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, iaIah hasil dakwah bukan siasah. Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu... tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi.
Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam, dari hati, tanpa dolak-dalik lagi. Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu secara otomatik akan digunakan untuk menegakkan perintah Allah.
Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw ke atas diri para sahabat Sayidina Abdul Rahman bin Auf ra yang memang pakar dalam bidang ekonomi sebelum Islam, dengan sendirinya melaksanakan kehendak-kehendak syariat bila hatinya dipenuhi iman.
Ertinya, Rasulullah saw cuma memberitahu polisi-polisi dari kehendak Islam di bidang ekonomi untuk dilaksanakan oleh Abdul Rahman bin Auf ra, yang memang sedia mempunyai kepakaran di bidang itu. Rasulullah saw tidak mengajar Abdul Rahman bin Auf ra berekonomi tetapi dengan menanam iman, kepakaran ekonomi itu dengan sendirinya digunakan untuk Islam.
Begitulah yang terjadi kepada para sahabat yang lain seperti Sayidina Ali kwh, Umar ra, Abu Bakar ra, Salman ra dan lain-lain. Kepakaran-kepakaran yang sedia ada pada peribadi mereka bukanlah diajar oleh Rasulullah saw, tetapi bila mereka telah beriman semua kepakaran itu dipergunakan untuk Allah.
Jadi, mengenai kepakaran, kemahiran dan bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing terus dipupuk oleh Islam ataupun boleh diambil dari mana-mana pihak asalkan penanaman iman telah lebih dahulu dibuat pada individu-individu berkenaan. Bila iman mantap, dengan sendirinya polisi, dasar dan pelaksanaan bidang-bidang itu akan tepat mengikut syariat!.
Tetapi jika penanaman iman diabaikan, walaupun seseorang itu mempunyai kepakaran khusus di bidang agama sekalipun, namun kepakaran itu tidak akan dapat digunakan untuk menegakkan Islam. Buktinya berapa ramai orang yang mempunyai ijazah di bidang Usuludin, Fekah, Tasawuf dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan Islam selaras dengan ilmu yang dipelajarinya. Ia pakar Tasawuf tapi mendedahkan aurat. Dia pakar Usuludin tapi makan riba. Dia pakar ilmu Fekah tetapi tidak sembahyang.
Perkara-perkara ini lebih jelas terbukti melalui pengalaman kita semasa melawat dan berdakwah di Timur Tengah. Sedih bila kita lihat, ada guru (pensyarah) yang mengajar Usuluddin (akidah) dengan memakai mini skirt!. Ertinya dia mengajar akidah tetapi amal lahimya tidak berakidah. Mengapa ini terjadi?. Kerana dia hanya diberi ilmu akidah tetapi tidak ditanam iman di dalam hatinya, maka akibat dari itu anggotanya tidak mencerminkan peribadi beriman.
Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat.Para ulama dan para pendakwah mestilah menjadi penasihat kepada pemerintah.
Bukan untuk merebut kerusi pemerintahnya. Para
pendakwah wajib memberi nasihat. Kewajipan pendakwah atau para ulama ialah
menasihati pemerintah dan menjadi kewajipan pula kepada pemerintah menerimanya.
Jika pemerintah enggan ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para pendakwah
telah pun melaksanakan tugasnya iaitu menyampaikan.
Jadi kewajipan para pendakwah dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah.
Kalaulah ulama dan para pendakwah mesti memerintah, mengapakah para-para ulama di zaman dahulu seperti Imam Ghazali ra, Imam Syafie ra, Imam Malik ra, Imam Hambali ra dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah?. Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara, sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah. Ini membuktikan, mengambilalih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!.
Rasulullah saw sendiri pemah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangan Baginda saw (iaitu di peringkat Mekah). Tetapi Baginda saw menolaknya. Mengapa Rasulullah saw tidak memikirkan untuk bermain strategi dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam?.
Ini kerana Rasulullah saw sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dan tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah saw juga sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak boleh dibuat secara seorangan. Mana hendak dicari individu seramai itu, sedangkan.masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima peraturan-peraturan Islam?.
Jika pun dapat dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini, Rasulullah saw tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.
Tindakan Rasulullah saw dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti berjaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah. Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.
Malah semakin berjuang, semakin terhina. Ini bukan sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam di Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang seumpamanya di seluruh dunia.
Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat, sama ada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip.
Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat individn-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak Islam. Jarang benar para ulama dan para pendakwah memberi nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya, pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan kata nista antara parti-parti yang bertentangan.
Ada pihak yang berpendapat, politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Fekah ia dihukumkan Wajib Aradhi. Ini berdasarkan kaedah usul fekah yang berbunyi,“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu dikira wajib juga”.
Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga. Begitulah pendapat mereka!.
Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak. Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada jalan-jalan lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib.
Contohnya, kita wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai tidak ada, air tasik, air !aut dan sebagainya tidak ada. Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.
Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam. Ada berbagai-bagai jalah lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati syariat. Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi memperjuangkan Islam?.
Sudah tertutupkah jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis silaturrahim untuk menarik manusia kepada Islam?. Tidak!. Jalan-jalan ini masih terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar dakwah kita.
Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu sama ada secara sedar ataupun tidak. Mengapa?.
Ini kerana seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas dan tepat untuk menegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan yang berat!. Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita terpaksa mengambil kaedah orang barat?. Tidak sekali-kali.
Sedangkan yang sebenarnya Allah Sswt melalui Rasul-Nya telah pun menggariskan satu garis perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita. Mustahil kita tidak dapat melihatnya.
Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun yang berkata demikian ulama, terutama ulama-ulama politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid. Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin. Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin.
Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama yang seorang itu lebih bernilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam agama.
Sebenamya, usaha menegakkan negara Islam mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam, hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya. Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang masing-masing.
Jadi jelas menunjukkan meng-Islamkan diri itu lebih penting daripada meng-Islamkan negara kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendirinya teregak Islam dalam negara. Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi-peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal.
Sebab itu Hukama ada berkata, “Tegakkan Islam pada dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu”.
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka”. ( QS Surah AtTahrim: 6)
Melalui. ayat ini Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhirnya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya. Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat sekeliling.
Seperkara lagi, orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita hanya pandai berteori tentang kesempurnaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak serpih!.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah mereka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?.
Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam sama ada Habluminallah mahu pun Habluminannas dalam sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalan-amalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan?. Jika tidak ada, maka orang akan bersungut, “Mana mungkin jemaah Islam itu dapat menegakkan negara Islam, sedangkan dalam jemaahnya. yang sekecil itupun tidak mampu diisi dengan aktiviti-aktiviti Islam?. Apalagi dalam sebuah negara yang lebih besar?”.
Sebaliknya, jika amalan-amalan Islam dapat dilihat dalam sesebuah jemaah Islamiah (walaupun belum bertaraf negara) maka orang akan berkata, “Oh, jemaah ini, kalau takdirnya mendapat negara mungkin ia dapat menegakkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Kita boleh bernaung di bawahnya”.
Inilah realiti yang mahu dilihat oleh masyarakat dan jika kita berjaya menegakkan model masyarakat yang kita seru nescaya mudahlah masyarakat menerima dan melaksanakan Islam. Tanpa paksaan. Tanpa tekanan.
Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah?. Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai alternatif kepada ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang dipersalahkan. Begitulah dengan amalan-amalan Islam yang lain. Hanya dengan itu, barulah masyarakat sedar rupa-rupanya jemaah Islam pandai membina, bukan hanya pandai mengkritik dan menyalahkan!.
Dengan adanya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini, terbinalah hubungan baik dan mesra antara orang ramai dengan jemaah Islamiah. Khidmat masyarakat yang diberikan oleh jemaah Islamiah secara langsung dan secara tidak langsung itu menjadi penambat hati sekaligus menjadimedan
kepada anggotaa-anggota jemaah Islamiah untuk berbakti kepada Allah dan kepada
sesama manusia. Inilah tujuan kita berjuang dan berjihad.
Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain”.
Jemaah Islam yang telah mewujudkan ekonomi, pendidikan, perubatan, media massa, kampung-kampung, pertanian, dakwah, hubungan luar negeri dan lain-lain aktiviti bercorak Islam dengan sendirinya kelihatan sebagai sebuah ‘negara’ dalam jemaah itu sendiri. Jika kita gagal menegakkan ‘kerajaan’ Islam dalam jemaah kita sendiri, mana mungkin kita dapat menegakkan kerajaan Islam dalam sebuah negara?.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem hidup cara Islam yang dibina dalam jemaah Islam itu adalah sebagai bukti keikhlasan para pejuang dalam perjuangannya. Mereka bukanlah inginkan kuasa dalam tugas mereka, tetapi semata-mata ingin melihat Islam berdaulat.
Khidmat masyarakat yang dijalankan oleh jemaah Islamiah mestilah dibuat setakat kemampuan dan tenaga yang ada. Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui jemaah yang telah kita kuasai.
Tetapi jika melalui jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain. Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri!.
Lebihmalang lagi jika sesuatu
jemaah Islamiah itu bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat
di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal memberi khidmat kepada anggotanya
sendiri. Kebajikan ahlinya terabai, pendidikan anak-anak tidak disediakan,
tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada ahli-ahli yang miskin
tidak dibantu dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Ini akan menghilangkan
keyakinan semua orang. Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah bahkan
ahli-ahlinya nanti akan bosan dan akhimya mengundurkan diri daripada perjuangan.
Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya atau pun di mana sahaja mereka berada.
Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat. Sabda Rasulullah saw, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu”.
Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti. Masyarakat barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka dagang. Kata mereka, "Politic is a dirty game."
Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, sama ada lahir mahu pun batin.
Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur 'terpaksa' dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.
Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak. Mengapa?. Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak "mengambil hati" para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja.
Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum
Melalui sistem polilik Barat ini juga, kita
Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu.
Ini merbahaya. Lebih-Iebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.
Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.
Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik ataupun fasik. Walaupun mereka sebenarnya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah.
Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam. Misalnya, perempuan-perempuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tetapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapalterbang dalam perjalanan berdakwah di luar negeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapalterbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu?. Islam pura-pura!.
Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke
Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pemimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dan cinta kepada Allah semata-mata.
Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jclata.
Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini?. Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa?.
Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!.
Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah.
Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. ltu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macam kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.
Sebenamya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. lnilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah. Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.
Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing terus dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.
Firman Allah, “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan"(QS An Nur:51)
Melalui ayat ini, jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah. Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di mana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam. Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin negara.
Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat. Tidak ada nas secara jelas dan Qat'ie menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al-Quran dan Sunnah tidak pernah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik... Tidak ada!. Tidak pernah kita temui kalimah "Susu" ( ~ .r-" ), maksudnya,“Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik”.
Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti,“Hendaklah kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat”.
Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.
Firman Allah lagi, “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya”. (QS An Nahl : 125)
Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah. Dan hikmah yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah. Selanjutnya, firman Allah, “Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan”. (QS Surah Al Maidah : 99)
Jadi jelas kepada kita, perintah "menyeru" dan "menyampaikan" melalui ayat AI Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat).
Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari. Melalui mata kepala kita sendiri jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik.
Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat, pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, iaIah hasil dakwah bukan siasah. Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu... tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi.
Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam, dari hati, tanpa dolak-dalik lagi. Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu secara otomatik akan digunakan untuk menegakkan perintah Allah.
Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw ke atas diri para sahabat Sayidina Abdul Rahman bin Auf ra yang memang pakar dalam bidang ekonomi sebelum Islam, dengan sendirinya melaksanakan kehendak-kehendak syariat bila hatinya dipenuhi iman.
Ertinya, Rasulullah saw cuma memberitahu polisi-polisi dari kehendak Islam di bidang ekonomi untuk dilaksanakan oleh Abdul Rahman bin Auf ra, yang memang sedia mempunyai kepakaran di bidang itu. Rasulullah saw tidak mengajar Abdul Rahman bin Auf ra berekonomi tetapi dengan menanam iman, kepakaran ekonomi itu dengan sendirinya digunakan untuk Islam.
Begitulah yang terjadi kepada para sahabat yang lain seperti Sayidina Ali kwh, Umar ra, Abu Bakar ra, Salman ra dan lain-lain. Kepakaran-kepakaran yang sedia ada pada peribadi mereka bukanlah diajar oleh Rasulullah saw, tetapi bila mereka telah beriman semua kepakaran itu dipergunakan untuk Allah.
Jadi, mengenai kepakaran, kemahiran dan bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing terus dipupuk oleh Islam ataupun boleh diambil dari mana-mana pihak asalkan penanaman iman telah lebih dahulu dibuat pada individu-individu berkenaan. Bila iman mantap, dengan sendirinya polisi, dasar dan pelaksanaan bidang-bidang itu akan tepat mengikut syariat!.
Tetapi jika penanaman iman diabaikan, walaupun seseorang itu mempunyai kepakaran khusus di bidang agama sekalipun, namun kepakaran itu tidak akan dapat digunakan untuk menegakkan Islam. Buktinya berapa ramai orang yang mempunyai ijazah di bidang Usuludin, Fekah, Tasawuf dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan Islam selaras dengan ilmu yang dipelajarinya. Ia pakar Tasawuf tapi mendedahkan aurat. Dia pakar Usuludin tapi makan riba. Dia pakar ilmu Fekah tetapi tidak sembahyang.
Perkara-perkara ini lebih jelas terbukti melalui pengalaman kita semasa melawat dan berdakwah di Timur Tengah. Sedih bila kita lihat, ada guru (pensyarah) yang mengajar Usuluddin (akidah) dengan memakai mini skirt!. Ertinya dia mengajar akidah tetapi amal lahimya tidak berakidah. Mengapa ini terjadi?. Kerana dia hanya diberi ilmu akidah tetapi tidak ditanam iman di dalam hatinya, maka akibat dari itu anggotanya tidak mencerminkan peribadi beriman.
Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat.
Jadi kewajipan para pendakwah dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah.
Kalaulah ulama dan para pendakwah mesti memerintah, mengapakah para-para ulama di zaman dahulu seperti Imam Ghazali ra, Imam Syafie ra, Imam Malik ra, Imam Hambali ra dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah?. Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara, sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah. Ini membuktikan, mengambilalih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!.
Rasulullah saw sendiri pemah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangan Baginda saw (iaitu di peringkat Mekah). Tetapi Baginda saw menolaknya. Mengapa Rasulullah saw tidak memikirkan untuk bermain strategi dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam?.
Ini kerana Rasulullah saw sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dan tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah saw juga sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak boleh dibuat secara seorangan. Mana hendak dicari individu seramai itu, sedangkan.masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima peraturan-peraturan Islam?.
Jika pun dapat dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini, Rasulullah saw tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.
Tindakan Rasulullah saw dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti berjaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah. Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.
Malah semakin berjuang, semakin terhina. Ini bukan sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam di Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang seumpamanya di seluruh dunia.
Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat, sama ada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip.
Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat individn-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak Islam. Jarang benar para ulama dan para pendakwah memberi nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya, pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan kata nista antara parti-parti yang bertentangan.
Ada pihak yang berpendapat, politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Fekah ia dihukumkan Wajib Aradhi. Ini berdasarkan kaedah usul fekah yang berbunyi,“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu dikira wajib juga”.
Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga. Begitulah pendapat mereka!.
Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak. Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada jalan-jalan lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib.
Contohnya, kita wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai tidak ada, air tasik, air !aut dan sebagainya tidak ada. Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.
Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam. Ada berbagai-bagai jalah lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati syariat. Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi memperjuangkan Islam?.
Sudah tertutupkah jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis silaturrahim untuk menarik manusia kepada Islam?. Tidak!. Jalan-jalan ini masih terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar dakwah kita.
Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu sama ada secara sedar ataupun tidak. Mengapa?.
Ini kerana seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas dan tepat untuk menegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan yang berat!. Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita terpaksa mengambil kaedah orang barat?. Tidak sekali-kali.
Sedangkan yang sebenarnya Allah Sswt melalui Rasul-Nya telah pun menggariskan satu garis perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita. Mustahil kita tidak dapat melihatnya.
Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun yang berkata demikian ulama, terutama ulama-ulama politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid. Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin. Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin.
Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama yang seorang itu lebih bernilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam agama.
Sebenamya, usaha menegakkan negara Islam mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam, hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya. Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang masing-masing.
Jadi jelas menunjukkan meng-Islamkan diri itu lebih penting daripada meng-Islamkan negara kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendirinya teregak Islam dalam negara. Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi-peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal.
Sebab itu Hukama ada berkata, “Tegakkan Islam pada dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu”.
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka”. ( QS Surah AtTahrim: 6)
Melalui. ayat ini Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhirnya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya. Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat sekeliling.
Seperkara lagi, orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita hanya pandai berteori tentang kesempurnaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak serpih!.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah mereka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?.
Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam sama ada Habluminallah mahu pun Habluminannas dalam sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalan-amalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan?. Jika tidak ada, maka orang akan bersungut, “Mana mungkin jemaah Islam itu dapat menegakkan negara Islam, sedangkan dalam jemaahnya. yang sekecil itupun tidak mampu diisi dengan aktiviti-aktiviti Islam?. Apalagi dalam sebuah negara yang lebih besar?”.
Sebaliknya, jika amalan-amalan Islam dapat dilihat dalam sesebuah jemaah Islamiah (walaupun belum bertaraf negara) maka orang akan berkata, “Oh, jemaah ini, kalau takdirnya mendapat negara mungkin ia dapat menegakkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Kita boleh bernaung di bawahnya”.
Inilah realiti yang mahu dilihat oleh masyarakat dan jika kita berjaya menegakkan model masyarakat yang kita seru nescaya mudahlah masyarakat menerima dan melaksanakan Islam. Tanpa paksaan. Tanpa tekanan.
Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah?. Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai alternatif kepada ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang dipersalahkan. Begitulah dengan amalan-amalan Islam yang lain. Hanya dengan itu, barulah masyarakat sedar rupa-rupanya jemaah Islam pandai membina, bukan hanya pandai mengkritik dan menyalahkan!.
Dengan adanya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini, terbinalah hubungan baik dan mesra antara orang ramai dengan jemaah Islamiah. Khidmat masyarakat yang diberikan oleh jemaah Islamiah secara langsung dan secara tidak langsung itu menjadi penambat hati sekaligus menjadi
Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain”.
Jemaah Islam yang telah mewujudkan ekonomi, pendidikan, perubatan, media massa, kampung-kampung, pertanian, dakwah, hubungan luar negeri dan lain-lain aktiviti bercorak Islam dengan sendirinya kelihatan sebagai sebuah ‘negara’ dalam jemaah itu sendiri. Jika kita gagal menegakkan ‘kerajaan’ Islam dalam jemaah kita sendiri, mana mungkin kita dapat menegakkan kerajaan Islam dalam sebuah negara?.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem hidup cara Islam yang dibina dalam jemaah Islam itu adalah sebagai bukti keikhlasan para pejuang dalam perjuangannya. Mereka bukanlah inginkan kuasa dalam tugas mereka, tetapi semata-mata ingin melihat Islam berdaulat.
Khidmat masyarakat yang dijalankan oleh jemaah Islamiah mestilah dibuat setakat kemampuan dan tenaga yang ada. Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui jemaah yang telah kita kuasai.
Tetapi jika melalui jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain. Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri!.
Lebih
Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya atau pun di mana sahaja mereka berada.
Mudah-mudahan
perjuangan kita diredhai Allah swt…
Amin.
Amin.
Wallahu`alam
Jagalah
Hati…