Belum sempat Ramlan meletakkan beg kerjanya
sepulang ke rumah, matanya tertegun melihat sekeping surat terletak di atas meja. Sebuah sampul surat yang tertulis "Untuk Ayah Tersayang". Setelah
belasan tahun menjadi bapa, baru kali ini ada surat untuknya
dari Mastura, anak gadisnya. Ada
apa…?
Kalimat pertama pada surat itu sudah menggoncang
hatinya…
Ayah tersayang,
jika ayah membaca surat ini, bermakna Mas sudah tidak ada di rumah.
Sekalipun berat, Ramlan melanjutkan
bacaan kata demi kata.
Ayah… Mas telah bertemu dengan seorang lelaki yang akan mengahwini dan
mencintai Mas selamanya. Memang buat orang lain dia sudah terlalu tua, tetapi bagi Mas, lelaki berusia
45 tahun ini masih tetap muda. Dia sangat bertenaga, ayah. Jika ayah
mengenali beliau dengan lebih deka, pasti Ayah juga akan menyukainya. Ayah jangan terkejut dengan tatoo di
seluruh tubuhnya atau janggut dan rambutnya yang panjang atau puluhan tindik di
telinga dan hidungnya, kerana jauh di dalam hatinya, dia adalah seorang yang baik.
Dia sangat sayang pada Mas dan juga anak di dalam kandungan
Mas ini. Isterinya tidak
keberatan untuk menerima Mas sebagai madu kerana isterinya sudah sibuk mengurus
anak-anak yang ramai.
Oh ya!, ayah tidak usah bimbang tentang kehidupan Mas. Dia menguasai pasaran penjualan pil kuda
di ibukota, jadi isu kewangan sama sekali bukan masalah buat kehidupan kami.
Mas juga tahu dia sudah mengidap HIV sejak dulu, tetapi
katanya dalam beberapa tahun akan datang, ubat untuk penyakit AIDS akan ditemui,
jadi Mas tidak perlu bimbang, kan…?
Ayah jangan bersedih kerana Mas sebenarnya sangat bahagia
kini. Usia Mas sudah 17 tahun, jadi Mas sudah mampu memutuskan yang terbaik
untuk hidup Mas.
Tanpa sedar, airmata sang ayah menitis jatuh ke lembar surat itu. Bagaimana
mungkin anaknya yang lucu dan periang boleh menjadi seperti ini?
Lembar pertama surat pertama baru sahaja selesai dibacanya.
Tangan sang ayah
bergetar, berat rasanya, tetapi dia membuka lembaran kedua surat
itu.
Kali ini , isinya jauh berbeza.
Ayah Tersayang…
Maaf, sebenarnya surat di
halaman pertama tadi tidak benar-benar terjadi Saya hanya ingin menggambarkan
betapa kemungkinan terburuk boleh terjadi pada anak-anak gadis, dan syukurlah Mas
tidak sedemikian.
Ayah bahagia bukan, jika Mas tetap bersama ayah…?
Ayah bahagia bukan, Mas tidak menghancurkan diri Mas seperti
itu…?
Jadi, tentunya mempunyai anak yang keputusan peperiksaannya rendah,
jauh lebih baik daripada mempunyai anak seperti itu.
Oh ya ayah ! Laporan Peperiksaan Mas ada di dalam beg
sekolah, markahnya banyak ditanda dengan dakwat berwarna merah, maaf ya!
Silalah ayah lihat dan jangan
lupa ditandatangan.
Esok guru kelas ingin berbincang dengan ayah tentang keputusan
peperiksaan Mas, jangan marah ya… !
Kalau ayah tidak marah melihat markah peperiksaan Mas, Mas
sebenarnya sedang bermain di rumah sebelah, Mas tunggu ayah…
Sayang selalu….Ayah
.
"Mastura..........!"
Ramlan berteriak dan lari ke rumah jirannya. Dia ingin memulas-mulas telinga anaknya
yang “keterlaluan” itu.
Lega rasanya hati Ramlan.
Binggung, tetapi melegakan.
Tidak seperti
kebanyakan ayah yang sedih melihat kad laporan anaknya yang buruk, tetapi hati Ramlan
berbunga-bunga kerana dia tidak
kehilangan anaknya.
Memang kali ini, keterlaluan sekali anak gadisnya bergurau !
HIKMAHNYA…
Sebenarnya Mastura hanya
ingin agar ayahnya tidak marah melihat Kad Laporannya yang teruk. Jadi untuk
membuat masalah keputusan peperiksaan kelihatan masalah kecil, dia membuat gambaran
masalah besar yang mungkin terjadi sehingga masalah yang ada jadi terlihat sangat
kecil.
Ini sebenarnya adalah seni bersyukur dan seni berkomunikasi
dengan diri.
Jika kita ingin
bersyukur atas kesulitan yang kita hadapi, maka kita sebaiknya membayangkan kesulitan
lebih besar yang mungkin kita alami. Dengan demikian, kita dapat menghindari
diri dari tekanan perasaan atau kegelisahan yang berpanjangan.
Masalah kekecewaan hati
atau rasa tidak bersyukur biasanya tidak berhubungan terus dengan wang, tetapi
lebih kerana penerimaan hati.
Orang yang tidak bersyukur biasanya FOKUS PADA YANG TIDAK
DIPUNYAI, sedangkan ORANG BERSYUKUR FOKUS PADA YANG DIMILIKI.
Kita biasa melihat anak
kampung bahagia bermain laying-layang yang harganya tidak lebih dari RM10.00. Tetapi
anak orang kaya sering merungut pada ibubapa mereka, padahal baru dibelikan helikopter
remote control berharga RM2,000.00. Kenapa…? Kerana anak orang kaya itu suka dengan
model baru berharga RM5,000.00
Memang apa yang
dilakukan Mastura pada ayahnya agak keterlaluan, tetapi itu adalah gambaran
dramatik tentang bagaimana dapat membuat diri kita bersyukur apa adanya…
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam