Dalam hal yang dinyatakan oleh ustaz/golongan berkenaan, sebenarnya mereka bukan memerangi golongan yang membantah amalan kenduri arwah, tahlilan dan yasinan, tetapi sebenarnya beliau telah menghina dan menolak fatwa Imam Syafie kerana dia juga tidak kenal siapa Imam Syafie. Akibatnya dia menipu ummah, kerana jika dia mampu menyelidiki kitab-kitab besar para ulama ulung as-Syafieyah, pasti dia akan temui banyak fatwa-fatwa Imam Syafie dan para ulama besar Syafieyah mengharamkan dan membid’ahkan kenduri arwah, tahlilan, yasinan, mengirim pahala bacaan al-Quran kepada si Mati. Termasuklah jamuan di rumah si Mati pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu.
Rujuklah ke dalam kitab I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 146, tercatit: Imam Syafie berfatwa:
ويكره اتخاذ الطعام فى اليوم الأول والثالث وبعد الأسبوع ونقل الطعام الى القبر فى المواسم
“Dan dilarang menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.
Menurutnya lagi:
Haram mengadakan kenduri arwah, menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram.
Di dalam kitab I’anatu at-Talibin jld. 2. hlm. 146 dan di halaman 147: Imam Syafie berfatwa:
وقال ايضا : ويكره الضيافة من الطعام من أهل الميت لأنه شرع فىاسرور وهي بدعة
“Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.
Dan fatwanya lagi:
ومن البدع المنكرة المكرو فعلها ما يفعلها الناس من الوحشة والجمع والأربعين بل كل ذلك حرام
“Antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.
Para Ulama Besar As-Syafieyah Semuanya Mengharamkan Tahlilan, Yasinan & Kenduri Arwah
Berkumpul-kumpul di rumah si Mati, sama ada kerana kenduri arwah, tahlilan dan yasinan, sama ada dihari pertama kematian, dihari ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan dihari-hari seterusnya adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie dan para ulama besar Syafieyah. Akan diutarakan satu persatu nama-nama ulama besar yang bermazhab as-Syafie di dalam tulisan ini yang mengharamkan perbuatan tersebut yang dianggap sebagai bid’ah yang mungkar. Antara para ulama tersebut ialah:
(1). Imam Asy-Syairaziy As-Syafie, beliau berkata: “Dibenci berkumpul (di rumah si Mati) dengan alasan untuk takziyah, kerana itu adalah mengada-adakan yang baru, sedangkan mengada-adakan yang baru itu adalah bid’ah”. (Lihat: Al-Majmu Syarah Muhazzab, hlm. 305-306)
(2). al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan menukil: “Tidak diragukan lagi bahawa mencegah manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan, (jika dibiarkan bid’ah) setiap orang akan terdedah kepada kemungkaran sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”. (Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 145-146)
Kenduri arwah, tahlilan dan yasinan bukan sahaja diharamkan di rumah-rumah, masjid-masjid, surau-surau atau dimanapun sehinggalah di perkuburan, termasuk hari khaul adalah diharam dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie:
Berkata Imam Syafie: “Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”.(Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2 hlm. 145)
Di dalam kitab fikh Hasiyahtul Qulyubi juz. 1 hlm. 353 atau di kitab Hasiyatani Qulyubi –Umairah. juz. 1 hlm. 414:
(3). Di dalam kitab fikh (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:
قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.
“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.

Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Alal Mazhabil ‘Arb’ah jld.1 hlm. 539, dijelaskan tentang haramnya kenduri arwah: “Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah. Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.
(4). Imam Nawawi, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli mereka menukil fatwa Imam as-Syafie: "Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan – makruh pada kalam as-Syafie adalah haram) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".
(5). Imam Ibn Hajar al-Asqalani: "Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah". Dan lagi "Apa yang telah menjadi kebiasaan manusia menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". H/R Ahmad 2/204 dan Ibn Majah 1612 dengan sanad yang sahih dari jalan Ismail bin Abi Khalid dari Qais bin Abi Hazim. Lihat: I’anatu at-Talibin juz. 2 hlm. 146.
Dalam hadis di atas ada kalimah “Kami menganggap/memandang”, ini menunjukkan ijmaknya para sahabat, maka ijmak sahabat adalah hujjah qati’ah (pemutus) yang tidak boleh ditolak. Maka bagaimana ustaz tersebut mengatakan amalan kenduri arwah berkumpul di rumah si Mati itu sunnah? Sedangkan nyata ia adalah bid’ah.
Ustaz tersebut mempertahankan amalan berkumpul di rumah si Mati atau dimana sahaja untuk yasinan, tahlilan dan kenduri arwah (dengan niat menghadiahkan pahala bacaan kepada orang mati) kerana beralasan dengan hadis yang mungkar, iaitu hadis: “Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya". Hadis ini batil, palsu dan tidak ada asal usulnya. Dalam sanadnya ada si 'Amar pemalsu hadis, yang mana banyak meriwayatkan hadis batil. Daraqutni berkata: "Amar adalah seorang pemalsu hadis". Lihat: Kitab Al-Maudu’at, Juz 3 hlm. 239. Lihat: I’anatu at-Talibin. Juz 2. Hlm. 146.
(6). Imam Muzani yang sezaman dengan Imam Syafie mengharamkan menghadiahkan pahala bacaan kepada si Mati (sama ada cara yasinan, tahlilan atau kenduri arwah), beliau berkata: "Rasulullah s.a.w telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain".
Di jelaskan oleh Ibn Taimiyah: “Bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada si Mati” Lihat kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu”. Syarah Muhazzab jld. 10 hlm. 417.

Imam an-Nawawi juga berkata: “Adapun bacaan al-Quran, yang masyhur dikalangan mazhab Syafie tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada si Mati”. Lihat: Al-Khazin al-Jaml. juz. 4 hlm. 236 dan “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90.
(7). As-Subki ulama besar Syafieyah berfatwa: “Pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si Mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam an-Nawawi) dalam kitab syarah Muslim”. Dan lihat: Takmilatul al-Majmu’ – Syarah al-Muhazzab di dalam kitab juz 10 hlm. 426.
(8). Al-Haitami menjelaskan: “Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”. Lihat: al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah(dalam penjelasan perkara ini)
(9). Imam Syaukani (ulama tafsir) berkata: Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri. Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
Bersambung di bahagian dua...

Wallahu`alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan