Popular Posts

Jumaat, 14 Jun 2013

PERNAHKAH...




Pernahkah kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah...?


Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah swt...?


Jawapannya ada pada diri kita sendiri...


Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat...


1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Allah sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.


2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.


3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Allah.


4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Allah. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.


5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Allah tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.


6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Allah yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.


Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.


Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

TAWAKAL...




Ramai umat Islam kini tersalah faham tentang konsep tawakal... ada yang bertawakal sebelum berusaha dan ada juga yang bertawakal tanpa usaha dahulu. Mereka enggan berusaha dan bekerja, tetapi hanya menunggu. Orang seperti ini berfikiran, mereka tidak perlu belajar, jika Allah menghendaki pandai tentu mereka menjadi orang pandai. Atau tidak perlu bekerja, jika Allah menghendaki menjadi orang kaya tentulah kaya, dan seterusnya.


Ia sama sahaja dengan seorang yang sedang lapar perutnya, sekalipun ada pelbagai makanan, tetapi ia berfikir bahawa jika Allah menghendaki ia kenyang, tentulah kenyang. Jika pendapat ini dipegang teguh pasti akan mengembirakan hati mereka sendiri.


bertawakal ada peringkat-peringkat yang boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kebergantungan kita pada Allah swt...


1. Tawakal Peringkat Pertama

Pengharapan seseorang kepada Allah swt atas perlindungan dan memenuhi keinginannya, seperti seseorang yang menyerahkan segala urusannya kepada orang yang mewakilinya atau terikatnya seseorang pelanggan kepada penganjurnya. Dia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu masa ia boleh menarik kembali perjanjian dan menyerahkannya kepada pihak lain yang lebih dipercayai.


2. Tawakal Peringkat Kedua

Pengharapan seseorang kepada Allah swt seperti seorang anak yang hanya bergantung kepada ibu bapanya atau sikap terlalu bergantungnya seorang bayi terhadap ibunya. Dia tidak mengenali orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepada ibunya. Namun bayi itu dapat juga berbuat sesuatu yang diinginkannya di luar pengetahuan ibu bapanya. Kebergantungannya kepada si ibu kerana adanya keinginan dan pengharapan yang tiada pada orang lain, selain ibunya.


3. Tawakal Peringkat Ketiga

Pengharapan seseorang kepada Allah swt bagaikan kebergantungan suatu mayat yang menyerahkan sepenuh urusan dirinya kepada orang yang masih hidup. Jenazah tidak tahu apa lagi yang diperbuat oleh orang yang memandikannya. Ia menyerah segala apa saja perlakuan yang diberikan terhadapnya.


Berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Hal ini perlu kita cermin dahulu diri kita, adakah usaha kita mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya. Sebab itulah tawakal kita perlu bersama dengan sifat redha dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah...



Wallahu`alam


Jagalah Hati....

KISAH SEBUAH SEDEKAH....




Rasulullah saw bersabda, "Tiadalah suatu hari di mana hamba-hamba Allah berada di paginya melainkan turunlah dua orang malaikat. Seorang daripadanya berdoa “ Ya Allah berikanlah kepada orang yang membelanjakan hartanya akan gantian”, seorang lagi pula berdoa “ Ya Allah berikanlah kepada orang yang menahan hartanya akan kehabisan.”


20 tahun yang lalu, bekas guruku selalu berpesan, " anakku, jika ada duit RM3.00 di dalam saku, tukarlah kepada duit syiling, kemudian kayuh basikal, bila bertemu budak-budak beri duit itu sehinggalah tinggal daripada duit tu harga secawan teh o”(ketika itu harga secawan the 30 sen).


Suatu hari, kebetulan di dalam saku bajuku ada duit RM3.00, aku lalu teringat pesanan allahyarham guruku, lantas aku menukarkan duit sebanyak RM3.00 itu kepada duit syiling lalu aku mengayuh basikal untuk ke masjid. Bila sahaja aku bertemu budak-budak, aku berikan mereka duit syiling. Mana-mana sahaja budak yang ditemui sepanjang aku mengayuh basikal diberinya duit itu sehingga tinggal harga secawan teh.


Kemudian aku pun pergi ke masjid seperti yang biasa dilakukan setiap hari. Di dalam perjalanann, aku disapa oleh seseorang sambil memasukkan sesuatu ke dalam saku bajuku dengan berkata, ”ambil ini!” Kemudian orang itu pun beredar. Ketika aku berada di masjid pun ada yang datang kepada ku, bersalaman denganku sambil memasukkan sesuatu ke dalam poketku. Begitulah setiap kali bertemu seseorang poketku akan di masukkan sesuatu. Seorang datang memasukkan sesuatu ke dalam poket baju melayu atas, seorang pula memasukkan ke dalam saku bawah kanan atau kiri. Begitulah seterusnya keadaan diriku pada hari itu.

Sebelum masuk waktu Maghrib, aku pun pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, aku sangkut baju melayu yang penuh saku itu di tempat penyangkut tanpa di sentuh isi saku itu.

Aku berkata kepada isteriku, "Cuba ambil baju tu!” Isteriku lalu mengambil baju itu. Aku bertanya kepada isteriku, “Cuba lihat apa yang ada di dalam saku baju itu?”. Isteriku memeriksa saku-saku itu lalu berkata, “Duit”. Aku bertanya lagi, “Berapa?”. Isteriku lalu mengeluarkan duit-duit tersebut daripada saku-saku itu dan mengiranya kemudian berkata, “RM300!”

Ketika itu barulah aku faham apa sebenarnya pesanan allahyarham guruku dulu...

Apabila membaca hadis yang dipaparkan di atas, aku terkenang kisah silam. Rupanya aku telah mendapat bahagian daripada doa malaikat di hari itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh guru-guruku...

Sesungguhnya budak-budak apabila mendapat 10 sen atau 20 sen mereka akan membeli gula-gula atau aiskrim, maka apakah fikiran kita terhadap ganjaran dan gantian Allah swt kepada mereka yang membelanjakan hartanya kepada individu atau pertubuhan yang menggunakan walau 10 sen atau 20 sen untuk menolong agama Allah dan menghidupkan ilmu Al Quran dan sunnah di mana ia menjadi asbab kemuliaan di dunia dan akhirat, insya Allah...


Wallahu`alam


Jagalah Hati...

HANYA KERANA NIAT....




Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…...... 


1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid. Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?” Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalamsyurga kerana aku mati syahid berjuang ke jalan Mu ya ALLAH. “


Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero di dalam masyarakat selepas kematianmu..”


Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.


2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang. Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?” Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk ke dalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”


Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”


3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki ke dalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?” Maka dijawab olehnya, “Wahai Robb ku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannya Mu itu, aku gunakan untuk jalan Mu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak ku gunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “


Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redha Ku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.


Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH...



Wallahu`alam



Jagalah Hati....

SELAMAT BERJUANG...




Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (QS 3:126).


Ayat ini merupakan komentar Allah swt kepada umat Islam selepas peperangan Uhud dan merupakan penegasan semula kepada orang-orang beriman selepas Allah swt memberi komentar yang sama selepas peperangan Badar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Anfal..


"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (QS 8:10)


Daripada dua peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini; kemenangan dalam peperangan Badar dan kekalahan dalam peperangan Uhud Allah ingin memberi kefahamaman kepada seluruh umat Islam disepanjang jalan perjuangan mengenai faktor-faktor kemenangan dan pra syaratnya.


Tanpanya, Allah swt tidak akan kurniakan kemenangan untuk pejuang-pejuang Islam.
Kerana bumi ini hanya akan diwariskan kepada hamba-hambanya yang bertakwa.


Dalam peristiwa peperangan Badar, umat Islam tidak memilih untuk berperang sebaliknya hanya keluar untuk menyekat kafilah perdagangan yang dibawa oleh Abu Sufyan tetapi Allah menghendaki sebaliknya. Ketika tidak ada pilihan, ketika tidak ada persediaan sebab fizikal yang cukup umat Islam tidak ada pilihan lain selain menyerah seluruh pengharapan kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Hati umat Islam seluruhnya pasrah dengan kehendak Allah lalu dengan hati yang bulat, ikhlas, penuh pengharapan kepada Allah mereka berjuang dengan mengharapkan untuk mendapat pahala sebagai syuhada.


Pengutusan para malaikat menyertai mereka hanyalah untuk menenangkan hati orang-orang yang beriman dan kemenangan yang mereka perolehi kerana Allah ingin mengurniakan kepada mereka kemenangan tersebut. Namun kemenangan itu bukan dengan mereka berpeluk tubuh tetapi setelah mereka memberi dan berusaha dengan apa yang mereka miliki beserta penyerahan mutlak kepada Allah swt.


Peperangan Uhud pula sebaliknya, umat Islam telah mengetahuinya, sudah dilakukan mesyuarat, segala kelengkapan peperangan disiapkan, strategi peperangan disusun, jumlah tentera lebih ramai daripada dalam peperangan Badar dan umat Islam keluar ke medan jihad dengan penuh semangat tetapi Allah tidak inginkan mereka beroleh kemenangan sebagaimana kemenangan dalam peperangan Badar kerana tidak cukup syarat-syarat kemenangan.


Antara syarat-syarat kemenangan yang dipertegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfal ialah:


1. Tetap hati dan membanyakkan mengingati Allah

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung" (QS 8:45)


2. Mentaati Allah dan Rasul-Nya, tidak wujud sikap berbantah-bantah sesama orang yang beriman dan bersabar.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (QS 8:46)


3. Tidak memiliki sifat sombong, angkuh, riya’ dan menghalang manusia dari jalan Allah.

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud ria kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan" (QS 8:47)


4. Ikhlas dan tidak mengharapkan dunia sedikit pun dalam perjuangan.

“Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.” (QS3:152)


5. Tiada perasaan `ujub.

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada mu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh mu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai" (QS 9:25)


Sebagai manusia kita ditaklifkan untuk membuat perancangan dan berusaha mewujudkan sebab-sebab kemenangan dalam diri para pejuang sebagaimana yang diajarkan oleh Allah swt kepada kita seterusnya kita perlu serahkan kepada Allah swt dan mengharapkan Allah swt mengurniakan kepada kita kemenangan di dunia atau kita mendapat ganjaran keampunannya di negeri akhirat.


Tidak ada jalan pintas untuk melahirkan pra syarat kemenangan dalam anggota jamaah Islam yang berjuang melainkan melalui pentarbiyahan yang tersusun, berobjektif dan berterusan...


Selamat berjuang buat semua saudara semuslimku yang baik hatinya....



Wallahu`alam



Jagalah Hati....

SEBUAH KISAH CINTA...




Pada suatu musim haji, Abu Sulaiman Ad Darany ra pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah saw di Madinah. Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda.



Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman ra dan sahabta-sahabatnya


"Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman


"Saya dari Iraq" jawabnya


"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan?"


"Boleh."


Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Mekah. Sepanjang perjalanan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat. Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah swt.


Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Mekah. Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.


Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Mekah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka, begitu juga dengan pemuda soleh itu yang akan berpisah dengan Abu Sulaiman.


Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya...


"Wahai anakku, aku lihat engkau begitu gigih melakukan ibadah tidak kenal letih. Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian?" tanya Abu Sulaiman


"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata, "Wahai pemuda! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.


Saudara semuslimku yang baik hatinya... Allah swt secara jelas telah menceritakan di dalam al-Quran bahawa balasan untuk orang-orang yang bertakwa adalah balasan Syurga seluas langit dan bumi di hari akhirat nanti...


Dunia ini adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kita di tempat yang tiada balasan semoga kita berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga...


Para bidadari menanti kita di sana, insya Allah...


Wallahu`alam



Jagalah Hati...

PERJUANGAN...



Hendaklah ada 10 sifat bagi orang-orang yang berada dalam perjuangan kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yang berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu...



apabila telah di izinkan Allah swt, mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi...


SIFAT PERTAMA 

sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dengan nama Allah, sama sda dalam perkara yang benar atau pun salah, dengan sengaja atau tersilap.


Apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dengan nama Allah dengan sengaja atau tersilap. maka Allah akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan menghormatinya dan barangsiapa yg melihatnya akan gentar memandangnya....



SIFAT KEDUA

si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka sahaja.


Apabila ia telah dapat membuang perbuatan yang tidak di ingini itu dan telah menjadi sebati dengan dirinya maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga beliau seolah-olah tidak tahu bohong dan apabila di dengarnya orang lain berbohong, maka ia merasa benci dan malu dalam hatinya. jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan memperkenankannya...



SIFAT KETIGA

si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji atau jangan berjanji langsung.


Dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu, dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yang seimbang untuk di ikut.. kerana mungkir janji adalah termasuk dalam golongan berbohong. jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan di beri kepadanya. orang-orang yang benar akan cinta kepadanya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan....



SIFAT KEEMPAT 

si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti mereka, walaupun sedikit. kerana sifat keempat ini adalah di antara sifat-sifat yang baik dan kebajikan.


Ini adalah satu sifat yang benar. jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakan baginya pangkat kerohanian yang tinggi dan dia akan di pelihara daripada kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran dengan-Nya..



SIFAT KELIMA

yang kelima ialah si hamba itu jangan mendoakan supaya orang lain dapat bahaya walaupun ia di layan dengan cara yang tidak baik.


Janganlah membalas sama ada dengan lidah atau dengan perbuatan. bersabarlah dan serahkan kepada Allah. Janganlah menuntut bela sama ada dengan perbuatan ataupun dengan lisan. Orang yang melakukan ini akan di berikan pangkat yg tinggi di sisi Allah. orang yang terlatih dgn cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan di akhirat kelak, dan akan di cintai oleh orang-orang yang benar, yang dekat dan yang jauh. permohonannya akan di terima dan dia akan mendapat kemuliaan di hati orang-orang yang beriman...



SIFAT KEENAM

yang keenam ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorang (yang menurut kiblat yang sama, iaitu beragama Islam) itu musyrik, munafik, atau kafir.


Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan kamu mengikut sunnah Nabi Besar Muhammad saw dan menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah saja mengetahui, dan menjauhkan dari seksaan-Nya. dan menghampirkan kamu kepada rahmat dan redha-Nya.. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju Allah swt yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hamba-Nya yang beriman sebagai ganjaran kerana kasih sayangnya kepada semua orang..



SIFAT KETUJUH

yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa, zahir dan batin dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa.


Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti. kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata...



SIFAT KELAPAN

yang kelapan ialah si hamba itu jangan membebani seseorang sama ada berat atau ringan. sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang di tanggung oleh seseorang itu sama ada ia meminta atau tidak. sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang di beri Allah kepada si hamba-Nya dan ini juga memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati orang-orang lain supaya membuat yang baik dan melarang membuat yang jahat. ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba Allah.. pada peringkat ini, seluruh makhluk ini di pandang sama sahaja. Dalam peringkat ini, si hamba itu akan di jadikan Allah hatinya tidak memerlukan apa-apa dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja,. Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisi-Nya jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata.. Pada pandangan orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama.. inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orang-orang yang soleh dan inilah pintu yang sangat hampir kepada ikhlas...



SIFAT KESEMBILAN 

sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap kepada manusia dan tidak juga terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka.


Ini adalah sifat yang mulia, ia tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat kepada Allah.. Inilah satu pintu daripada pintu-pintu tawakal kepada Allah, yang membolehkan seseorang itu takut kepada-Nya dan ini menunjukkan kesempurnaan amalan agamanya,, dan ini juga tanda perdampingan yang terus langsung dengan Allah swt..



SIFAT KESEPULUH

sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga dan tidak membesarkan diri.


Dengan sifat ini, makam atau peringkat seseorang hamba itu akan dipertingkatkan dan dimuliakan Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah dan pandangan manusia juga. Dia diberi kuasa mendapatkan kehendaknya dalam hal urusan dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar dan ranting, bagi pokok kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong menaikkan si hamba itu ke peringkat makam(stesen) orang-orang yang soleh yang redha dengan Allah dalam kesusahan dan kesenangan dan inilah kesempurnaan warak.


Dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan orang lain dan dia berkata, "barangkali orang itu lebih baik daripada aku pada pandangan Allah dan lebih tinggi kedudukannya."


Jika orang itu kecil, si hamba Allah berkata, "orang ini tidak bersalah kepada Allah,tetapi aku bersalah aku bersalah. oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik daripada aku."


Jika orang itu besar,dia berkata, "orang ini telah menghambakan dirinya kepada Allah sebelum aku berbuat demikian."


Jika si hamba itu melihat seorang yg alim,ia berkata, "orang ini telah diberi apa yang tidak sampai kepada ku dan ia telah mendapat apa yang tidak aku dapat, dan ia tahu apa yang tidak aku tahu, dan dia bertindak menurut pengetahuan."


Jika orang itu orang yg jahil,maka si hamba Allah itu akan berkata, "orang ini ingkar kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar padahal aku berilmu, aku tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia."


Jika dilihatnya orang yg kafir, maka dia berkata, "aku tidak tahu,mungkin dia menjadi seorang muslim dan akhir hayatnya dalam kebaikan; tetapi mungkin aku menjadi kafir dan berakhir dalam kejahatan."



Wallahu`alam


Jagalah Hati....