Popular Posts

Isnin, 12 Ogos 2013

MENGINTAI REDHA ILAHI...





Selepas Isyak tadi, aku mencari diri ketika cuba mengintai redha Ilahi... 



Aku insan biasa
Hamba-Nya yang tidak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan
Duniaku penuh dengan keseronokan...



Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya...



Kelalaian menyebabkan aku lupa pada-Nya
Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa
Sehingga apabila musibah melanda diri ini
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi...



Selama ini,aku leka dari mengingati-Nya
Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga melupakan hari Akhirat yang bakal menjelma...



Dosa dan noda telah menggelapkan hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu pemberian ILAHI
Mati itu suatu yang amat pasti...



Kini,aku insaf akan kejahilan diri ini
Aku bertaubat pada Yang Maha Esa
Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILAHI
Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaan-Nya...



Aku tidak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa
Aku tahu,aku tidak layak untuk ke syurga Mu
Tetapi aku tidak sanggup hendak menanggung seksa api Neraka
Ampunkanlah dosa-dosaku...



Masih adakah lagi secebis rahmat ILAHI buat diri ini??
Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILAHI??
Sesungguhnya hidupku ini tidak akan bererti dan bermakna
Tanpa redha daripada Allah yang Maha Kuasa...



Terimalah taubat kami...



Ampunkanlah dosa-dosa kami...



Redhailah kehidupan kami...



Semoga hidup dan mati kami hanya untuk Mu...



Amiin...



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan