Popular Posts

Selasa, 13 Ogos 2013

APABILA KITA INGIN BERSAHABAT....





apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya, kerana dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya...



apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya...



andai kita inginkan sahabat janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan bersangka buruk padanya...



andai kita ingnkan sahabat, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya...



andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa...



jangan diharapkan semuanya sempurna kita juga tidak sempurna, maka bersahabatlah kerana Allah swt...




Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan