Popular Posts

Khamis, 11 Julai 2013

PENGEMBALA...





Tanpa sedar
kitalah pengembala itu
menjaga sekawan nafsu
membiak di padang kalbu...



Demi meragut lara
segar dan muda di luar sana
sekawan nafsu di padang kalbu
mula mengganas dan merempuh
rebah sebaris pagar iman
sekian lama dipasang moyang...



Kitalah pengembala itu
lupa untuk menghitung nafsu
cepat membiak di padang kalbu
dan lupa mengukuhkan pagar iman
yang kian usang...



Kerana kita pengembala pelupa
nafsu bebas berkeliaran
menceroboh sempadan terlarang....




Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan