Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Isnin, 1 Julai 2013
MIMPI SEMALAM...
Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupus tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi...
Kesedihan tidak akan mampu mengembalikan lagi masa lalu...
Keresahan tidak akan sanggup memperbaiki kembali sejarah silam...
Kegundahan tidak akan mampu mengubahnya menjadi terang dan kekecewaan tidak akan dapat menghidupkan kembali kegembiraan...
Sebuah masa lalu yang harus kita kuburkan dan menjadikan pengalaman kita di masa depan, kerana membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat dan mensia-siakan waktu yang sangat berharga...
Membawa masa lalu ke dalam hidup masa kini umpama... kita ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu dan air mata ke dalam kelopak mata....?
Keterikatan dengan masa lalu, keresahan atas apa yang terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa oleh api panasnya dan kedekatan jiwa pada pintunya, adalah situasi yang sangat naif, ironi dan sekaligus menakutkan...
Kita mengundang sebuah bencana besar dengan rela mengabaikan masa depan hanya kerana disibukkan oleh masa lalu. Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua harl yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan pernah mampu...
Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah melihat dan sedikitpun menoleh ke belakang kerana angin akan selalu berhembus ke depan, air mengalir ke depan dan segala sesuatu bergerak dan maju ke hadapan...
Jangan pernah melawan SUNNAH KEHIDUPAN...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan