Popular Posts

Jumaat, 5 Julai 2013

BONDA KITA...





Bonda kita...



Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanak kita, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku...?




Siapakah lagi yang akan membayangkan kepada kita zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan di undang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?



Engkau telah memberikan gambaran terhadap kami bahawa diri kami adalah insan yang istimewa semenjak kami masih di dalam dodoian buaian kehidupan. 




Kau sering hikayatkan kepada diri kami tentang impianmu yang lahir dengan kelahiran kami, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diri kami bahawa kami seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diri kami sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadap kami dan “wahyu” bisikan hatimu.



Siapakah nanti yang akan membisikkan kepada kami khayalan-khayalan yang membara itu? 



Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hati kami...?



Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan