Popular Posts

Rabu, 25 Oktober 2017

TITIPAN BUAT DARWISH....



Darwish yang Walid sayangi,
Kamu seorang pelajar dan tugas utamamu adalah belajar. Namun Walid faham, terkadang belajar merupakan perkara yang sangat membosankan. Jangan biarkan hal ini terus-terusan merugikanmu. Kamu perlu belajar dengan sehabis baik agar lebih dapat bersama kelompok berprestasi tinggi. Pastinya, kamu ingin meraih apa yang kamu cita-citakan. Salah satu cara terbaik untuk menggapai cita-cita adalah belajar dengan rajin.

Kita biasa mendengar dan melihat orang-orang yang sudah berjaya berkat kegigihan mereka dalam belajar dan menuntut ilmu. Kata kuncinya adalah GIGIH, atau makna lain, ISTIQAMAH

“Pendidikan adalah senjata paling membunuh di dunia, kerana ia dapat mengubah dunia” 


Darwish yang Walid sayangi,
Dari membaca, kamu akan mendapat ilmu pengetahuan yang terus berkembang. Di zaman moden ini, belajar lebih mudah dilakukan. Kamu boleh mengakses internet dan mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan sangat berguna bagi diri sendiri mahupun orang lain.


Jika kamu ingin mendapatkan sesuatu, jadilah diri yang terus belajar agar dapat mengejar apa yang kamu inginkan selama ini. Cara untuk mengejar cita-cita adalah dengan belajar yang rajin dan tekun. Teruslah melangkah maju dengan belajar setinggi-tingginya agar kamu boleh mendapatkan masa depan gemilang.

Orang bijak belajar ketika mereka boleh. Orang bodoh belajar ketika mereka dipaksa” 

Kamu termasuk yang mana, bijaksana atau bodoh? Ibaratnya, orang bodoh ialah orang yang tidak tahu apa-apa. Orang bodoh harus terus belajar agar image bodoh dapat hilang kerana telah berubah menjadi orang pandai. Kemudian, orang bijak ialah orang yang sudah tahu beberapa hal, namun dia tetap ingin belajar untuk mengembangkan apa yang sudah ia ketahui.

Belajar umpama mendayung ke hulu; Jika tidak maju, maka akan terhanyut ke bawah” 




Darwish yang Walid sayangi,
Tidak ada kata menyerah dalam belajar. Ketika kamu gagal, ulangi membaiki kegagalan itu sampai berjaya. Biar berapa kali kamu gagal, kamu tetap harus bangkit untuk mengulanginya kembali. Cari tahu setiap hal yang membuatmu gagal sehingga dapat cuba lebih baik lagi. Dengan terus mencuba, kamu akan tahu apa kekuranganmu sehingga boleh memperbaiki dan seterusnya datang kembali untuk mencubanya. Percayalah, kejayaan akan datang padamu meskipun perlukan perjuangan yang sangat melelahkan.

Orang-orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Orang-orang yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan”



Darwish yang Walid sayangi,
Adakah kamu Ingin berteleku dengan masa lalu atau ingin memiliki masa depan yang cemerlang? Ya, keputuasan ada pada dirimu sendiri. Tentunya, tanpa masa depan cemerlang, kamu tidak boleh menikmati hidup ini. Masa depan cemerlang dikaitkan dengan memiliki pekerjaan bagus dengan gaji yang setimpal. Kamu tidak akan mampu mendapatkannya jika kamu tidak pernah belajar. Kamu perlukan ilmu pengetahuan untuk mendapatkan semua itu. Maka dari itu, marilah terus semangat belajar agar mendapatkan masa depan cemerlang.


Ilmu itu diperolehi dari lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”.


Darwish yang Walid sayangi,
Kamu harus terus bertanya mengenai pelbagai perkara agar mendapatkan ilmu pengetahuan yang luar biasa. Maksud bertanya ini dapat ditakrifkan “mencari”. Tidak kiralah dari mana pun, sama ada dari guru atau pun buku. Apa pun media yang kamu gunakan, kamu akan mendapat ilmu pengetahuan jika dirimu aktif bukan hanya berdiam diri.

Sesuatu yang membuat saya bertahan meneruskan tugasan semalaman adalah kerana yang saya kerjakan ini menjadi pembeza yang membezakan saya dengan orang malas”



Ilmu pengetahuan bukan datang dari keturunan. Walau secerdas mana otak seseorang, jika orang itu tidak pernah belajar, orang itu tidak akan tahu apa-apa. Untuk menjadi pintar, kamu harus terus belajar dan belajar. Bahkan, seseorang dengan otak sederhana mampu mengetahui berbagai hal dan menjadi pintar setelah dia rajin belajar.


Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” 



“Belajar disaat orang lain tidur; bekerja sementara yang lain bermalas malasan; mempersiapkan disaat orang lain bermain; dan bermimpi sementara lainnya sedang berharap.” 



Darwish yang Walid sayangi,
Manfaatkan setiap waktu sebaik-baiknya. Jangan sampai waktumu berlalu tanpa belajar apa -apa. Setiap hari, kamu harus memiliki jadual waktu belajar. Bahkan, di sela-sela waktu senggangmu, gunakanlah untuk belajar.

“Belajarlah hal-hal kecil setiap hari, tapi istiqamah setiap hari. Lakukan peningkatan kecil setiap hari, hal tersebut akan menjadi sangat banyak beberapa tahun yang akan datang”


Belajar yang efektif dilakukan setiap hari meski pun sedikit demi sedikit. Dari jumlah yang sedikit ini, lama kelamaan akan menjadi banyak jika dilakukan secara konsisten setiap harinya.

“Tujuan pendidikan bukan hanya pengetahuannya, akan tetapi juga tingkah laku dan perbuatannya.” 


Orang berpendidikan akan tercermin dari tingkah laku dan perbuatan. Kebanyakan orang yang berjaya dalam menuntut ilmu akan memiliki sopan santun dan tingkah laku yang baik selain memiliki ilmu pengetahuan yang sangat luas.

Pedang akan berkarat apabila tidak diasah, manusia yang tidak belajar akan tertinggal.” 


Semestinya manusia perlu terus belajar agar tidak tertinggal dengan zaman. Apalagi pelajar yang wajib belajar, Walid dan Umi yang sudah berumur pun perlu terus belajar agar mampu mengikuti perkembangan zaman.

“Ilmu adalah pelaburan berharga untuk masa depan.” 



Darwish yang Walid sayangi,

Masa depan cemerlang dapat dicapai dengan menuntut ilmu dengan rajin. Selagi masih ada kesempatan, gunakan waktumu untuk menuntut ilmu setinggi-tingginya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan