Popular Posts

Rabu, 25 Oktober 2017

TITIPAN BUAT DARWISH II...







Darwish yang dikasihi,

Adalah tidak adil dan agak zalim untuk Walid menyuruh tanpa memberikan panduan belajar. Jadi, dalam entri ini, Walid akan senaraikan kaedah khusus yang sesuai untuk Darwish laksanakan. Yang penting, semangat perlu berkobar-kobar.




1. BUAT NOTA GUNA AYAT SENDIRI, JANGAN IKUT AYAT BUKU

Darwish perlu membuat ulasan kembali hasil dari pembacaan teks. Tidak kisahlah, sama ada dalam bentuk karangan, peta minda, peta awan atau lain-lainnya, asalkan difahami.



2. TULIS NOTA DENGAN MENGGUNAKAN PEN WARNA WARNI

Manusia memang senang tertarik dengan objek yang cantik dan warna warni. Jadi, gunakanlah pen warna warni agar otak kita senang ingat apa yang ditulis. Secara tidak langsung, mata pun kurang mengantuk kerana tertarik dengan warna warna terang tersebut



3. CUBA TERANGKAN NOTA YANG DITULIS PADA ORANG LAIN

Ada jenis orang yang suka ulang balik apa yang dia baca secara kuat, hingga orang kiri kanan ingat ada masalah mental agaknya budak ini
 
Untuk Darwish, cuba ulang balik bacaan tersebut pada Walid atau Ummi. Ia sekaligus dapat juga kami yang tua ini beroleh pengetahuan



4. REHATKAN MINDA SELAMA 10 MINIT SELEPAS 1 JAM BELAJAR

Darwish boleh merehatkan minda dengan melakukan aktiviti yang Darwish sukai, termasuklah Whatsapp awek ke... Cuma, pastikan hanya 10 minit sahaja rehat, jangan terbalik pula.



5. ULANG BACA NOTA ATAS KATIL SEBELUM TIDUR

Sebelum tertidur, Darwish ambillah masa 10 hingga 15 minit untuk baca semula nota yang telah Darwish tulis atau lakarkan. Ulang banyak kali sampai tertidur. Bangun pagi nanti, insya Allah Darwish akan teringat semula bahan yang telah dibaca.




Darwish yang dikasihi,

Sekarang, terpulanglah pada Darwish untuk memilih ; berusaha atau membiarkan takdir menentukan arah perjalanan hidup. Walid dan Ummi membantu sekadar kemampuan kami. Doa kami selalu bersama anak-anak...


Ubahlah gaya hidup untuk mendapat perubahan yang lebih baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan