Popular Posts

Rabu, 21 Mei 2014

TASAWUF JALANAN...





Zikirnya jarang sekali terdengar di keramaian kerana hembusan nafasnya adalah zikir keabadian. Mulutnya terlalu kelu untuk memberi komen perilaku orang kerana ia terlalu sibuk dengan dirinya sendiri yang penuh kesalahan. Ia tidak pernah bingung ke mana harus menghadap saat mengabdi kepada-Nya kerana ia memahami bahawa Allah swt tidak berada di mana-mana.


Ia tidak berdoa sebagaimana yang dilakukan manusia di sekitarnya kerana setiap titis darah yang mengalir di tubuhnya sentiasa bersaksi atas keMaha Sucian-Nya. Ia melakukan solat sebagaimana orang-orang di sekitarnya. Namun, setelah itu ia melanjutkannya saat manusia mulai dilupakan oleh kesibukannya.


Ia tidak ikut tarikat apa pun kerana baginya, ke mana Allah swt menggerakkan kakinya, pada akhirnya akan kembali kepada-Nya. Bersama orang-orang bodoh ia tampak sangat bodoh, namun saat bersama orang-orang alim ia berdiam diri sambil bermuhasabah...


Kau anggap ia gila kerana ia memang gila semenjak Allah swt berkenan menghapus ragam hijab yang menyelimuti dirinya. Kau anggap ia kafir, padahal begitulah cara Allah swt melindungi para kekasih-Nya. Kau anggap ia hina, padahal Allah swt tidak mengizinkanmu untuk mengais pengetahuan-Nya yang Dia ajarkan padanya. Kau sangka ia tidur lena, padahal ia sedang belajar kepada Allah swt bersama para kekasih-Nya yang lain.


Syariat adalah cara berfikirnya, tarikat adalah praktikal penyembahannya, hakikat adalah prinsip keimanannya, dan makrifat adalah cinta yang menyelubungi dirinya. Ia kerana Allah swt telah mengajarkan kepadanya rahsia mengenai jalan menuju-Nya dan menuju jalan-Nya. 


Sementara dirimu baru di ajarkan Allah swt jalan menuju syurga dan neraka-Nya...




Jagalah Hati...



wallahu`alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan