1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu tertentu.
3. Adanya wali bagi pihak isteri.
4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekali pun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syarak sepertimana yang dilakukan oleh Saidatina Sau’dah ra. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saidatatina Aisyah ra
Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)
Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam dan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan. yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita malahan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan. yang diberkati dengan kalimah Allah. Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah swt di dalam surah al-Nur ayat 32, "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."
Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21, "Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
Rasulullah saw juga bersabda dengan kalam Baginda saw yang mulia, “Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”
Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" (QS Al Baqarah ayat 30)
Melalui perlaksanaan Syariat Islam, maka ibadah akan sempurna yang kes
empurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada Ku. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (QS Al Zhariat ayat 56 hingga 58)
Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syarak yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Oleh kerana itu, rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga Hari Kiamat.
Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) berpandangan bahawa nikah misyar jika ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu keredhaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan peisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwinan yang sah di sisi syarak dengan kita tidak perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan terhadap nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu atas sebab-sebab berikut:
1. Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan risalah Muhammad saw ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah swt akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu tidak ada satu pun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad saw (Al-Quran) Allah berfirman, "Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini" (QS Al An`am ayat 38)
Istilah Misyar terdapat hukum padanya jika kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan, maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan mendapat zuriat kemudian menyambung kembali perjalanannya dengan meninggalkan isterinya sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.
2. Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah swt menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah swt, "Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas"
(QS Al-Mukminun ayat 5-7)
(QS Al-Mukminun ayat 5-7)
Syariat Islamiah telah pun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.
3. Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah saw iaitu Syaidatina Sau`dah ra yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bersama dengannya kepada Syaidatina Aisyah ra. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak, maka pasti Rasulullah saw tidak akan bersetuju dengan tindakan Syaidatina Sau`dah ra.
Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.
Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah Baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.
Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi :
Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi walau pun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha’ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam di rumah mereka.
Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi :
Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi walau pun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha’ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam di rumah mereka.
Saya bukanlah dikalangan orang yang mencanangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong ke arah perlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bilamana ditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata, saya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut. Maka kata lelaki tersebut, Perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syarak memenuhi pekahwinan ini.
Bagaimana mungkin bagi seorang fakih yang mendengarkan permasalahan sebegini akan mengatakan perkahwinan sebegini adalah haram? Walau pun ia mengundang ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat. Terdapat perkara yang tidak disepakati oleh masyarakat tetapi ia adalah harus bagi syarak. Contohnya ialah seperti perkahwinan antara seorang hamba dengan tuannya Perkara ini tentulah tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat tetapi jika ia sempurna syarat-syarat dan rukunnya, maka tentulah saya akan mengatakan bahawa perkara adalah harus bagi syarak.
Contoh lain yang dapat saya berikan disini ialah perkahwinan seorang perempuan dengan seorang lelaki yang sudah tua seperti datuknya (hanya kerana lelaki itu kaya) tentulah akan mendapat tentangan daripada masyarakat. Adakah perkahwinan antara perempuan muda tersebut dengan lelaki tua itu haram? Jawabnya Tidak! Kita tidak pernah mengatakan perkara itu haram. Bahkan saya mengatakan perkara ini dibenci oleh masyarakat.Tetapi untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal bukanlah satu perbuatan yang mudah. Mahu tidak mahu bagi si alim perlulah sentiasa takutkan Allah dan sentiasa berjaga-jaga didalam mengistinbatkan (mensabitkan) sesuatu hukum berkaitan dengan agamanya. Kita tidak mengatakan bahawa perkahwinan sebegini haram melainkan jika terdapatnya dalil-dalil yang menguatkan bahawa perkahwinan sebegini adalah haram!!
Pendapat daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum’ah Al-Syafie (Mufti Mesir)
Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan qabul serta tidak bercanggah dengan larangan syarak pada suami, isteri, wali, dan saksi. Apabila telah sempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki dan wanita, maka sempurnalah pernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak cukup syarat tersebut, maka pernikahan tersebut terbatal.
Orang Islam diminta untuk menunaikan syarat yang telah dipersetujuinya. Oleh itu seorang wanita dibenarkan untuk menggugurkan hak yang berhak diperolehinya dalam masalah kewajipan suami untuk bermalam dengan si isteri kerana Syaidatina Sau`dah ra Binti Zam`ah ra telah tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah saw dan memberikan hak tersebut kepada Syaidatina Aisyah ra . Wanita juga dibenarkan untuk memulangkan maharnya atau nafkah yang berhak diperolehinya kerana Allah swt berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 4 yang bermaksud, "Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"
Pendapat Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (Universiti Damsyiq, Syria)
Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu.
Perkahwinan disyariatkan oleh Allah swt untuk merealisasikan beberapa tujuan. Di antaranya adalah :
1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.
2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan,
3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina
4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan wanita untuk kehidupan berumahtangga.
5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain. Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang (melunasi fitrah batin isteri) sama ada si suami jelas mengambil faedah daripada harta isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumahtangga. Pada hemat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqaha.
Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu.
Perkahwinan disyariatkan oleh Allah swt untuk merealisasikan beberapa tujuan. Di antaranya adalah :
1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.
2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan,
3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina
4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan wanita untuk kehidupan berumahtangga.
5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain. Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang (melunasi fitrah batin isteri) sama ada si suami jelas mengambil faedah daripada harta isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumahtangga. Pada hemat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqaha.
Tetapi, sebagai jaminan kepada isteri dan hak-haknya dalam jangka masa yang panjang, hendaklah isteri tersebut berwaspada dengan mendaftarkan perkahwinan tersebut kepada pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, sekiranya si suami meninggal dunia, dituntut daripada si isteri ‘iddah dan berhak terhadap warisan harta pusaka suami. Si isteri pula telah berubah fikiran dan menuntut haknya di dalam nafkah atau bahagian yang wajib daripada harta pusaka suami. Selagimana pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan di dalam keadaan yang sempurna dan optimum, maka saya memberikan peringatan dan tidak menggalakkan pernikahan ini dan menghukumkan ia sebagai makruh.
Sesungguhnya perkahwinan adalah bersendikan kepercayaan yang padu. Namun begitu, sekiranya sesuatu pasangan masih tetap ingin mendirikan rumah tangga mereka dengan perkahwinan jenis ini, maka diharuskan, tetapi mereka berdua mesti menanggung kesan dan akibat daripada perkahwinan tersebut seperti salah seorang daripada keduanya tidak adil didalam menjaga hak-hak dan melaksanakan kewajipan khususnya di dalam hubungan suami isteri. Pada keadaan begini, ianya menjadi haram walaupun aqad perkahwinan tersebut sah.
Diharapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat tidak mudah melatah dengan segala persoalan berkaitan dengan hukum-hakam Islam, sebaliknya bertanyalah kepada pihak yang sepatutnya (para alim Ulama) bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar!
Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan