Adakah permusuhan antara PAS dan UMNO telah ditakdirkan…?
Apabila seorang imam
membaca doa `qunut nazilah’ kebetulan pula beliau adalah ahli PAS siapakah
sebenarnya yang terbayang dihatinya sebagai musuh sedangkan makmumnya ada juga
ahli UMNO. Sekiranya imam tersebut ahli UMNO dan membaca `qunut nazilah’ siapakah
pula yang terbayang dihatinya sebagai musuh.
Begitu juga setiap kali takbir hari raya siapakah yang dimaksudkan dalam
ucapan takbir tersebut.? Siapa sebenarnya yang menjadi musuh? Bagaimana pula
hubungan PAS dan DAP, UMNO dan MCA apakah mereka bersaudara dan bukan musuh
sejak azali?
Bagaimana pula Yahudi dan bani Israel,
Amerika dan Russia, China dan Jepun apakah Allah redha dengan mereka, dunia dan
akhirat??
Soalan-soalan saya tadi hanyalah sekadar soalan dan orang politik akan
jawab mengikut neraca perjuangan melalui politik dan orang yang tidak terlibat
dengan politik akan menjawab mengikut neraca mereka.
Sebenarnya apakah impian hidup Bangsa Melayu?, apakah yang menghantui
pemikiran mereka setiap detik? Apakah topik perbualan mereka setiap saat?
Lupakan juga soalan-soalan ini.
Mari kita melihat dunia luar
bagaimana rakyat-rakyat mereka mengejar impian hidup di dunia.
Berikut adalah 5 nama daripada 40
nama orang yang berjaya menjadi billionair sebelum usia 40.
Sebelum ini saya membaca artikel
dalam majalah yang sama menceritakan trend popular di barat ialah impian
menjadi jutawan sebelum menjadi graduan !!
Apakah pula trend impian
pelajar-pejara Melayu di IPT Malaysia ?
1. Mark Zuckerberg berusia 27 tahun, CEO dan pengasas Facebook
kekayaannya bernilai USD50 billion. Impiannya tahun 2011 hanya akan makan
binatang yang dibunuhnya sendiri.
2. Larry Page, 35, CEO dan pengasas google. Kemunculan facebook
menjadikan beliau perlu membuat keputusan pantas dan dengan menggerakkan google
sebagai tapak iklan telah melonjakkan keuntungan tahunan USD17 billion.
3. Greg Jensen, 37 Co-CEO Bridgewater
Associates. Syarikatnya sedang menguruskan asset bernilai USD125 billion. Dalam
keadaan pesaing kerugian syarikatnya berjaya menaikkan dana mereka sehingga
25%, kejayaannya kerana beliau berpegang kepada prinsip: Firmanya mesti memliki
“budaya kerja yang luarbiasa” katanya itulah kunci kejayaan firmanya.
4. Jack Dorsey, 34 pengasas Twitter dan Square. Beliau menerima bayaran
melebihi USD1 billion. Semasa kecil Impiannya ingin menjadi jurutera keretapi
atau pelayar sebab beliau ingin mengembara ke seluruh dunia. Sekarang impiannya
menjadi kenyataan.
5. Kevin Plank, 39, pengasas dan
CEO, Under Water. Selapas 15 tahun memulakan perniagaan keuntungan syarikat
melebihi 1 billion mark.
Sebenarnya ramai lagi billionair
daripada Bangsa Barat dan adakah ia satu takdir Allah bahawa kekayaan dunia ini
milik mereka sebaliknya bukan milik Bangsa Melayu. Atau apa yang mereka miliki
hari ini adalah pemberian Allah berasaskan pilihan mereka dan usaha mereka .
Apa yang pasti mereka menyerahkan
isu politik kepada orang lain dan hanya fokus pada impian sendiri.
Bagaimanakah rupanya
pimpinan dan pelajar IPT Malaysia bukankah mereka yang yang popular ialah yang
pandai berpolitik dan akan marah jika tidak dibenarkan berpolitik.. Apakah
berpolitik satu-satunya cara hidup paling glamour?
Lihatlah Bangsa Jepun, Korea Selatan dan Taiwan yang berjiran dengan kita
apakah isu politik menjadi isu utama?. Kini jenama Samsung dan LG sudah mula
mengatasi blackberry dan Korea Selatan tidak memiliki hasil bumi sekaya
Malaysia tetapi mereka memiliki rakyat yang tinggi semangat patriotismanya
sebagaimana juga Jepun.
Di mana Bangsa Melayu sekarang? Bagaimana keadaan Bangsa Melayu 15 tahun
akan datang, 30 tahun akan datang atau 50 tahun akan datang adakah sama atau
lebih teruk? Adakah perbalahan politik merupakan ubat yang mujarab kepada
kemunduran ini dan satu-satunya jalan untuk membina Ummah yang hebat?
Apakah semuanya berpunca daripada politik dan apakah hanya politik
satu-satunya wadah penyelesaiannya? Apakah Allah mentakdirkan kita Bangsa
Melayu hanya suka berfikir, bercakap dan berpolimik dalam isu-isu politik?
Kenapa Barat berjaya melahirkan bangsa-bangsa yang hebat di dunia?
Kenapa Bangsa kita yang juga mempelajari ilmu-ilmu yang di ajar di Barat tidak
sehebat mereka? Apakah orang Jepun dan Korea berjaya membangunkan Negara
mereka dengan Bahasa Barat? Bagaimana pula rakyat Jerman dan Perancis, apakah
Bahasa yang digunakan?
Pada pendapat saya wujud kesalahan besar dalam budaya pemikiran, budaya
hidup, tabiat kerja, neraca keutamaan yang menjadi tempurung dan memerangkapkan
pemikiran semua pimpinan Bangsa Melayu yang perlu diperbetulkan. Generasi hari
ini adalah pimpinan masa akan datang, maka apakah formula yang perlu dilakukan,
apakah impian yang perlu ditanam, apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan,
apakah budaya kerja luarbiasa yang mesti dibiasakan.
Zioniskah dengan sengaja mencipta tempurung itu supaya semua dunia Islam
terperangkap di dalam kerangka pemikiran ciptaan mereka.? Atau umat Islam yang
tidak mahu berubah dan berfikir diluar kotak?
Apakah semua orang Melayu perlu menumpukan pemikiran untuk menjadi ahli
politik dan penyanyi? Hanya kerana kebanyakan ahli politik dan penyanyi kaya
raya?
Berfikirlah di luar kotak!
Bagaimana Kevin Plank berjaya mengubah syarikat Uder Armour daripada
mengharapkan tuah menjadi perniagaan bernilai Billion USD? Suatu hari tersebar
dalam Twitter bahawa syarikat Nike yang berjaya membuat jualan bernialai USD21
billion hendak membeli Under Armour ( pengeluar jenama `Polo’) tetapi dengan
tegas dalam ucapannya diperhimpunan syarikatnya beliau berkata beliau tidak
akan menjualkannya.
Plank memulakan “Under Armour” daripada rumah neneknya; berbekalkan
pengalaman sebagai pemain bolasepak, terdedah dengan disiplin hidup dalam
akademi ketenteraan beliau memulakan impian hidupnya dengan menjual pakaian
sukan daripada polyster. Plank mula kerjayanya membentuk pasukan kerja, membuat
networking dan menghubungi semula rakan-rakan kolej, rakan-rakan sepasukannya
semasa di kolej, kembali ke kolejnya unuk menjual produknya dan kini menjadi
individu ditempat 12 tertinggi terkaya dalam usia bawah 40an. Bagaimana jika
beliau menjualkan syarikatnya dulu..? Itulah cara fikir orang yang berjaya !!
Rahsianya ialah impian, teamwork,
networking dan kerja keras.
Itulah sunnah kehidupan untuk semua manusia. Apakah Bangsa Melayu memiliki impian? mampu bekerja secara berpasukan? Sentiasa membina jaringa hidup yang baik dan bekerja kuat?
Umat ini tidak akan berubah sehingga mereka mengubah kelemahan dalam
jiwa mereka. Kalau sepakat pun dipandang negatif, mampukah mereka bekerja dalam
satu pasukan…??
Wallahu`alam
Jagalah Hati
Wassalam
Terima kasih atas ingatan. Memang menjadi harapan ramai kaum melayu yang tersepit diantara politikus politikus. Penyudahnya tidak dapat menyatakan pendirian diri sendiri. Aku mempunyai harapan yang masih tidak tertunai lagi. Semoga Allah SWT memperkenankan doa hambanya ini.
BalasPadam