.
Ramai
pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan
kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan
seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini
mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang
sah dan sedia ada menurut undang-undang negara.
Perlu kita ingat,
politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara
perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini
adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan
undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan
sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat. Sabda
Rasulullah saw, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan
tergolong dalam kaum itu”.
Jadi jelas kepada
kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita
juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan
kita daripadanya. Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan
natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan
huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah
terbukti. Masyarakat barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka dagang.
Kata mereka, "Politic is a dirty
game."
Oleh itu kita
sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah
agama yang suci dan mementingkan kebersihan, sama ada lahir mahu pun batin.
Dalam politik
berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah
penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha
mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur 'terpaksa' dilakukan. Ini dapat
dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.
Dalam berkempen
misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu
sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak.
Mengapa?. Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap
mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap
kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Hal ini memang
terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat,
pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana
hendak "mengambil hati" para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap
atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja.
Sedangkan menurut
ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang
berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan
lebih dahulu sebelum cuba
membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur
dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat
nifaq ataupun talam dua muka.
Melalui sistem
polilik Barat ini juga, kita cuba
menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada
Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang,
peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan
bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan
iman.
Bila ini terjadi,
dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih
asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka
menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan,
semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan
kefahaman Islam itu.
Ini merbahaya.
Lebih-Iebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak
keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan
digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi
rakyat jelata.
Jika pun tidak
sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata
pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan
datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah
kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum
sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.
Kemungkinan yang
kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin,
tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik ataupun fasik.
Walaupun mereka sebenarnya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka
kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka
laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan
manusia tetapi tidak di hadapan Allah.
Inilah yang berlaku
di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia
bahawa negara mereka ialah negara Islam. Misalnya, perempuan-perempuan mereka
hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tetapi jika berada
di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini
selalu kita lihat, bila menaiki kapalterbang dalam perjalanan berdakwah di luar
negeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapalterbang dengan pakaian yang
mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah
disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu?. Islam pura-pura!.
Sementara di pihak
pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan
undang-undang Islam. Di dalam negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam
tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar. Mereka
buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang
kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi?. Pemimpin berlakon di
hadapan. rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin!. Inikah negara Islam
yang kita cita-citakan?.
Oleh itu yakinlah,
bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar
iman, di mana pemimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dan
cinta kepada Allah semata-mata.
Sekiranya kita hendak
melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu,
ertinya kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan
bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam,
bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan
kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi
terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan
lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah
ataupun kepada rakyat jclata.
Bagi pemerintah
yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan
dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, wang ringgit
dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara.
Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini?. Tidak mungkin. Tidak
mungkin. Mengapa?.
Ini kerana mereka
hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah
dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan
Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai
menegakkan matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di
dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah
akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!.
Kenyataan ini
bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di
dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan
kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai
kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak
berubah.
Rumah semakin
besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan
lain-lain kemewahan. ltu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai
negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka.
Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macam kemewahan akan menggolek
datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri.
Akhirya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan
Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu
semata-mata.
Sebenamya ajaran
Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada
persoalan negara melalui pembangunan iman. lnilah cara yang perlu
dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu
dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong ke
arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih
sayang dan penuh hikmah. Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri
individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada
Islam tanpa dipaksa-paksa.
Menanam iman dan
menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah,
akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing terus dengan cara
menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi
tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui
teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat
dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah
individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk
menegakkan hukum-hakam Islam.
Firman Allah, “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan"(QS An Nur:51)
Melalui ayat ini,
jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah
Allah. Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja
perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di mana pun jua dan walau dalam
keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan
tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan
mentadbir diri dan kampungnya secara Islam. Begitulah seterusnya hinggalah ke
peringkat pemimpin negara.
Hujjah membangunkan
Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah
kuat. Tidak ada nas secara jelas dan Qat'ie
menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al-Quran dan
Sunnah tidak pernah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang
menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui
politik... Tidak ada!. Tidak pernah kita temui kalimah "Susu" ( ~
.r-" ), maksudnya,“Hendaklah kamu
bersiasah atau berpolitik”.
Tetapi yang banyak
kita temui ialah kalimah-kalimah seperti,“Hendaklah
kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat”.
Ini kalimah yang
membawa maksud dakwah.
Firman Allah lagi, “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh
hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan
sebaik-baiknya”. (QS An Nahl : 125)
Di dalam ayat ini
disebut perkataan hikmah. Dan hikmah yang dimaksudkan
ialah hikmah dalam berdakwah. Selanjutnya, firman Allah, “Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan
untuk menyampaikan”. (QS Surah Al Maidah : 99)
Jadi jelas kepada
kita, perintah "menyeru" dan "menyampaikan" melalui ayat
AI Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat).
Selain daripada
itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari.
Melalui mata kepala kita sendiri jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan
dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam
secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui dakwah
lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik.
Hakikat ini tidak
dapat dinafikan oleh sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan
mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan,
riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat,
pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban
mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, iaIah hasil dakwah
bukan siasah. Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya
perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan
Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu...
tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi.
Ini disebabkan
keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah
berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan
rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah
dan pentadbiran secara Islam, dari hati, tanpa dolak-dalik lagi. Malah
kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu
secara otomatik akan digunakan untuk menegakkan perintah Allah.
Inilah yang
dilakukan oleh Rasulullah saw ke atas diri para sahabat Sayidina Abdul Rahman
bin Auf ra yang memang pakar dalam bidang ekonomi sebelum Islam, dengan
sendirinya melaksanakan kehendak-kehendak syariat bila hatinya dipenuhi iman.
Ertinya, Rasulullah
saw cuma memberitahu polisi-polisi dari kehendak Islam di bidang ekonomi untuk
dilaksanakan oleh Abdul Rahman bin Auf ra, yang memang sedia mempunyai
kepakaran di bidang itu. Rasulullah saw tidak mengajar Abdul Rahman bin Auf ra berekonomi
tetapi dengan menanam iman, kepakaran ekonomi itu dengan sendirinya digunakan
untuk Islam.
Begitulah yang
terjadi kepada para sahabat yang lain seperti Sayidina Ali kwh, Umar ra, Abu
Bakar ra, Salman ra dan lain-lain. Kepakaran-kepakaran yang sedia ada pada
peribadi mereka bukanlah diajar oleh Rasulullah saw, tetapi bila mereka telah
beriman semua kepakaran itu dipergunakan untuk Allah.
Jadi, mengenai
kepakaran, kemahiran dan bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing
terus dipupuk oleh Islam ataupun boleh diambil dari mana-mana pihak asalkan
penanaman iman telah lebih dahulu dibuat pada individu-individu berkenaan. Bila
iman mantap, dengan sendirinya polisi, dasar dan pelaksanaan bidang-bidang itu
akan tepat mengikut syariat!.
Tetapi jika
penanaman iman diabaikan, walaupun seseorang itu mempunyai kepakaran khusus di
bidang agama sekalipun, namun kepakaran itu tidak akan dapat digunakan untuk
menegakkan Islam. Buktinya berapa ramai orang yang mempunyai ijazah di bidang
Usuludin, Fekah, Tasawuf dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan Islam selaras
dengan ilmu yang dipelajarinya. Ia pakar Tasawuf tapi mendedahkan aurat. Dia
pakar Usuludin tapi makan riba. Dia pakar ilmu Fekah tetapi tidak sembahyang.
Perkara-perkara ini
lebih jelas terbukti melalui pengalaman kita semasa melawat dan berdakwah di
Timur Tengah. Sedih bila kita lihat, ada guru (pensyarah) yang mengajar
Usuluddin (akidah) dengan memakai mini skirt!. Ertinya dia mengajar akidah
tetapi amal lahimya tidak berakidah. Mengapa ini terjadi?. Kerana dia hanya
diberi ilmu akidah tetapi tidak ditanam iman di dalam hatinya, maka akibat dari
itu anggotanya tidak mencerminkan peribadi beriman.
Oleh itu, tugas
kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat. Para ulama dan para pendakwah mestilah menjadi penasihat kepada pemerintah.
Bukan untuk merebut kerusi pemerintahnya. Para
pendakwah wajib memberi nasihat. Kewajipan pendakwah atau para ulama ialah
menasihati pemerintah dan menjadi kewajipan pula kepada pemerintah menerimanya.
Jika pemerintah enggan ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para pendakwah
telah pun melaksanakan tugasnya iaitu menyampaikan.
Jadi kewajipan para
pendakwah dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan
Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib memerintah
secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah.
Kalaulah ulama dan
para pendakwah mesti memerintah, mengapakah para-para ulama di zaman dahulu
seperti Imam Ghazali ra, Imam Syafie ra, Imam Malik ra, Imam Hambali ra dan
lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah?. Jika ulama wajib
memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara,
sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka
lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah. Ini membuktikan,
mengambilalih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!.
Rasulullah saw sendiri
pemah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangan Baginda
saw (iaitu di peringkat Mekah). Tetapi Baginda saw menolaknya. Mengapa
Rasulullah saw tidak memikirkan untuk bermain strategi dengan mengambil kuasa
itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan
Islam?.
Ini kerana
Rasulullah saw sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dan tarbiah, Islam
tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah saw juga
sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak
boleh dibuat secara seorangan. Mana hendak dicari individu seramai itu,
sedangkan.masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima
peraturan-peraturan Islam?.
Jika pun dapat
dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu
terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan kuat memegang
syariat. Atas dasar ini, Rasulullah saw tetap memegang prinsipnya iaitu
menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.
Tindakan Rasulullah
saw dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan
mereka telah terbukti berjaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah.
Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar
politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.
Malah semakin
berjuang, semakin terhina. Ini bukan sahaja melanda parti politik yang
bercita-cita Islam di Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang
seumpamanya di seluruh dunia.
Jadi jelaslah Allah
menyuruh kita memberi nasihat, sama ada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini
pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita diperintahkan
berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip.
Tetapi apa yang
berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat
individn-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak
Islam. Jarang benar para ulama dan para pendakwah memberi
nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya,
pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah
bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan
kata nista antara parti-parti yang bertentangan.
Ada pihak yang
berpendapat, politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai
negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Fekah ia
dihukumkan Wajib Aradhi. Ini berdasarkan kaedah usul fekah yang berbunyi,“Tidak sempurna sesuatu yang wajib
melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu dikira
wajib juga”.
Dalam kata-kata
yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah
menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam itu
wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga. Begitulah
pendapat mereka!.
Sebenarnya pendapat
mereka itu tertolak. Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada
ialah apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada jalan-jalan
lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib.
Contohnya, kita
wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai
tidak ada, air tasik, air !aut dan sebagainya tidak ada. Yang mampu kita buat
untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali
perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain
sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu
menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.
Tegasnya wajibnya
kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik
pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam. Ada
berbagai-bagai jalah lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti
lebih berkesan dan menepati syariat. Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang
jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi
memperjuangkan Islam?.
Sudah tertutupkah
jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis
silaturrahim untuk menarik manusia kepada Islam?. Tidak!. Jalan-jalan ini masih
terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar
dakwah kita.
Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik
barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu
sama ada secara sedar ataupun tidak. Mengapa?.
Ini kerana
seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa
mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak sedar
kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan
kaedah yang jelas dan tepat untuk menegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan yang
berat!. Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan
tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita
terpaksa mengambil kaedah orang barat?. Tidak sekali-kali.
Sedangkan yang
sebenarnya Allah Sswt melalui Rasul-Nya telah pun menggariskan satu garis
perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit
oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita. Mustahil kita tidak dapat
melihatnya.
Jadi, jika ada
orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya
seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun yang
berkata demikian ulama, terutama ulama-ulama politik. Mereka itu bukanlah
ulama-ulama mujtahid. Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama
mujtahidin. Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi bagi kita
tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf
mujtahidin.
Oleh kerana
pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu
lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama
yang seorang itu lebih bernilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam
agama.
Sebenamya, usaha
menegakkan negara Islam mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap
individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan
oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat,
guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam,
hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya. Dengan ini barulah tertegak negara
Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama
ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang masing-masing.
Jadi jelas
menunjukkan meng-Islamkan diri itu lebih penting daripada meng-Islamkan negara
kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendirinya teregak Islam dalam
negara. Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan
peribadi-peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata
sebenarnya, maka itu masih dikira gagal.
Sebab itu Hukama
ada berkata, “Tegakkan Islam pada
dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu”.
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman,
peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka”. ( QS Surah AtTahrim:
6)
Melalui. ayat ini
Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar
terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhirnya
barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita,
masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah
keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh
masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya. Iman yang telah bertapak
kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat
sekeliling.
Seperkara lagi,
orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model
yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita hanya pandai
berteori tentang kesempurnaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak
serpih!.
Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan
aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah mereka sendiri supaya
contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita
hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu
yakin dengan seruan kita?.
Atas dasar ini,
mewujudkan amalan Islam sama ada Habluminallah mahu pun Habluminannas dalam
sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri
jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah
wujud amalan-amalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan?. Jika tidak
ada, maka orang akan bersungut, “Mana
mungkin jemaah Islam itu dapat menegakkan negara Islam, sedangkan dalam
jemaahnya. yang sekecil itupun tidak mampu diisi dengan aktiviti-aktiviti
Islam?. Apalagi dalam sebuah negara yang lebih besar?”.
Sebaliknya, jika
amalan-amalan Islam dapat dilihat dalam sesebuah jemaah Islamiah (walaupun
belum bertaraf negara) maka orang akan berkata, “Oh, jemaah ini, kalau takdirnya mendapat negara mungkin ia dapat
menegakkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Kita boleh bernaung di
bawahnya”.
Inilah realiti yang
mahu dilihat oleh masyarakat dan jika kita berjaya menegakkan model masyarakat
yang kita seru nescaya mudahlah masyarakat menerima dan melaksanakan Islam.
Tanpa paksaan. Tanpa tekanan.
Bagaimana dan
apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah
Islamiah?. Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah mestilah
menegakkan ekonomi Islam sebagai alternatif kepada ekonomi riba yang mereka
tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan
pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang
dipersalahkan. Begitulah dengan amalan-amalan Islam yang lain. Hanya dengan
itu, barulah masyarakat sedar rupa-rupanya jemaah Islam pandai membina, bukan
hanya pandai mengkritik dan menyalahkan!.
Dengan adanya
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini, terbinalah hubungan baik dan mesra antara
orang ramai dengan jemaah Islamiah. Khidmat masyarakat yang diberikan oleh
jemaah Islamiah secara langsung dan secara tidak langsung itu menjadi penambat
hati sekaligus menjadi medan
kepada anggotaa-anggota jemaah Islamiah untuk berbakti kepada Allah dan kepada
sesama manusia. Inilah tujuan kita berjuang dan berjihad.
Rasulullah saw bersabda,
“Sebaik-baik manusia ialah yang dapat
memberi manfaat kepada manusia lain”.
Jemaah Islam yang
telah mewujudkan ekonomi, pendidikan, perubatan, media massa, kampung-kampung,
pertanian, dakwah, hubungan luar negeri dan lain-lain aktiviti bercorak Islam
dengan sendirinya kelihatan sebagai sebuah ‘negara’ dalam jemaah itu sendiri.
Jika kita gagal menegakkan ‘kerajaan’ Islam dalam jemaah kita sendiri, mana
mungkin kita dapat menegakkan kerajaan Islam dalam sebuah negara?.
Di sini jelas
menunjukkan bahawa sistem hidup cara Islam yang dibina dalam jemaah Islam itu
adalah sebagai bukti keikhlasan para pejuang dalam perjuangannya. Mereka
bukanlah inginkan kuasa dalam tugas mereka, tetapi semata-mata ingin melihat
Islam berdaulat.
Khidmat masyarakat
yang dijalankan oleh jemaah Islamiah mestilah dibuat setakat kemampuan dan
tenaga yang ada. Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara
(seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui
jemaah yang telah kita kuasai.
Tetapi jika melalui
jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat,
sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat
kepada orang lain. Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita
salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri!.
Lebih malang lagi jika sesuatu
jemaah Islamiah itu bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat
di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal memberi khidmat kepada anggotanya
sendiri. Kebajikan ahlinya terabai, pendidikan anak-anak tidak disediakan,
tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada ahli-ahli yang miskin
tidak dibantu dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Ini akan menghilangkan
keyakinan semua orang. Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah bahkan
ahli-ahlinya nanti akan bosan dan akhimya mengundurkan diri daripada perjuangan.
Inilah
perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan
oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya atau pun di mana sahaja
mereka berada.
Mudah-mudahan
perjuangan kita diredhai Allah swt…
Amin.
Wallahu`alam
Jagalah
Hati…