Popular Posts

Jumaat, 29 Julai 2016

BENARKAH ENGKAU AHLUS SUNNAH...?





Sketsa...


Datang seorang teman yang dipoket bajunya terkepit sebatang pen. lalu aku bertanya kepada dia: "pen ini kepunyaan engkaukah?"

- Ya, kenapa?

- Apa buktinya ini kepunyaanmu?

- Aku yang membelinya?

- Tapi aku tidak melihatnya?

- Ini resit pembeliannya, aku masih simpan!

- Resit ini tidak membuktikan engkau yang punya. Mungkin engkau membelinya tetapi menggunakan wang orang lain. Mungkin engkau mengambil resit orang lain. Terlalu banyak kemungkinan. Dan resit ini hanya menunjukkan pembelian pen ini secara sah, tidak menunjukkan pen ini kepunyaan mu.

- Aku punya saksi, temanku. Aku membeli pen ini dengannya.

- Mungkin engkau dan temanmu berkomplot, siapa tahu? lalu apa buktinya pen ini adalah milikmu! Engkau tiada bukti, benar?

- Ya, aku tiada bukti.
***** *****




Ketika datang seorang yang mengaku dirinya sunni, apakah ada bukti bahawa dia sememangnya seorang yang Ahlus Sunnah? Malah seluruh umat manusia hari ini yang beragama islam seboleh-bolehnya mengatas-namakan jalannya sebagai Sunnah [malah syiah juga akan bertaqiyyah (pura-pura) menganut sunnah]. Lalu apa bukti engkau wahai umat manusia?


Kalau katanya "al-Quran dan as-Sunnah menjadi peganganku", maka aku akan katakan;


Apakah engkau akan menemukan seseorang yang mengaku Islam akan menyatakan "al-Quran dan as-Sunnah bukan peganganku". Adakah engkau ketemu golongan sepertinya ini? Tidak!


Lalu apakah bukti andai al-Quran dan as-Sunnah menjadi peganganmu, sebagai bukti bahawa engkau seorang ahlus sunnah.


Ahlus sunnah ialah manusia yang ahli atau yang memahami akan perihal sunnah, mengambil menelan sunnah di dalam jasadnya. bukan dinamakan sebagai ahlus sunnah hanya sebatas ucapan dan dengungan. Bukan juga bukti engkau sebagai ahlus sunnah andai engkau tidak mengerti mana yang sunnah dan mana yang bida'ah.


Lalu apakah engkau wahai sahabatku, apakah engkau seorang ahli dalam sunnah [sunni] ataupun hanya sunni pada pengakuanmu semata-mata, padahal aqidahmu bercampur baur antara haq dan batil?


Mungkin juga sebenarnya masyarakat kita dan diri kita ini, yang mengkui sebagai ahlus sunnah, sebenarnya bukan sunnah? Apa buktinya kita semuanya dari kelompok yg menurut sunnah wal jamaah? Aan apa buktinya kita semuanya bukan ahli bid'ah wal ahwa'? Tiada buktinya! hanya sekadar ucapan! Justeru semua manusia mampu menjadi sunnah walaupun hakikatnya dia seorang mu'tazilah, syi'ah, mahupun jahmiyah!


Baiklah saudaraku, aku ingin mengujimu sedikit, guna untuk mengukur ke-“sunnah”han kita:


- Apa engkau pernah membaca kitab-kitab aqidah ulama silam, seperti aidah at-Thahawiyah, Aqidah Salaf as-Habul Hadith, Aqidah Wasathiyah, al-Ibanah, as-Sunnah, Syarah as-Sunnah, I'tiqad ad-Deen, dan macam-macam lagi kitab berusia sekitar 1000 tahun?

- Apa engkau mengetahui aqidah 4 imam besar? Terutama sekali aqidah imam as-Syafi'e?

- Apa engkau membaca aqidah imam Asya'ari dalam kitabnya al-Ibanah, al-Luma dan Maqalat?

- Apa engkau memahami pengertian ahlus sunnah dan manhaj sunnah?

- Apa engkau mengerti akan martabat dan kedudukan sunnah?


Lalu kalau engkau tidak mengetahui kelima-lima perkara ini, bagaimana engkau mampu mengakui dirimu sebagai ahlus sunnah!
Kemudiannya setelah engkau mengetahui 5 perkara di atas, engkau juga harus menegtahui 5 perkata di bawah:

- Apa engkau ada membaca sejarah para rasul dan sahabat baginda Muhammad s.a.w.?

- Apa engkau mengerti akan hadith perpecahan umat dan huraiannya?

- Apa engkau mengetahui manhaj-manhaj aliran yang sesat dan terpesong?

- Apa engkau mengetahui ciri-ciri ahli bida’ah dan tokoh-tokohnya?

- Apa engkau mengerti akan kedudukan bida'ah dan cara menyikapinya?
Kalau engkau telah memahaminya, insyaAllah engkau berada di atas jalan yang benar.
Tetapi betapa ramai umat manusia hari ini, yang berserban ataupun yang bersongkok, yang berketayap ataupun yang tidak, yang berjubah ataupun yang berkemeja, yang fasih ataupun yang gugup. Berapa ramai yang hanya tahu cakap-cakap saja, tetapi tidak mengetahui 10 perkara di atas?
Lalu bagaimana boleh kita isytiharkan seseorang itu sebagai ahlus sunnah, padahal dia sendiri tidak tahu siapa itu ahlus sunnah!


Malah yang lebih malang lagi, agamawan kita sudah berkubang dalam amalan bid'ah, bid'ah dalam aqidah mahupun bida'ah dalam ibadah! Sahabatku yang aku kasihi;


Buktikanlah kepadaku bahawa engkau adalah seorang Ahlus Sunnah! Mampukah engkau? Mampukah engkau?!


Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan