Popular Posts
-
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang teknik untuk memperolehi A dalam bahasa Inggeris. Teknik ini memang sangat berkesan...
-
Kertas Matematik Tambahan akan tiba tidak berapa lama lagi. Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil? Bolehk...
-
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: ...
-
Mati, bukan semua orang mahu bercerita tentangnya. Kalau berceritakan tentangnya, ramai pula mahu melarikan diri. Ada sesetengahnya...
-
Dalam percubaan SPM yang lalu, seramai 19 orang daripada 31 orang pelajar saya lulus subjek ini. Yang baki 12 orang gagal. Dari...
-
Suatu hari, ketika kita sedang asyik dengan urusan kerja seharian, tiba-tiba rakan baik kita bertanya, “APAKAH KAMU SUDAH MENGENAL ALLAH…?”...
-
Segala puji bagi Allah Robb Seru Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda saw dan sahabat-s...
-
Pernahkah kita merasakan kegelisahan hati dan fikiran? Seperti, kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, sedangkan pekerjaan sebenarnya be...
-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rez...
-
"Apakah doa kamu?" "Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" Jawapan begini ...
Ahad, 28 Jun 2015
MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS PELAJAR
Sebenarnya mudah atau susah mempelajari bahasa itu, rahsianya bukan terletak pada bahasa itu semata-mata, tetapi lebih terletak pada diri seseorang itu sendiri.
The Key = Have FUN and be CONSISTENT, lantas akan menjadi HABITS.
Yang membuatkan kita terasa BI susah, atau mengapa kita tak pandai BI walaupun telah belajar berbelas atau berpuluh tahun sejak sekolah tadika ialah kerana kita tidak mengamalkannya. Kita tidak jadikan membaca dalam BI sebagai hobi. Kita tidak bercakap BI sebagai tabiat yang natural. Kita tidak amalkan mendengar orang Puteh bercakap BI. Bila menonton movie pun kita tak cuba TANGKAP apa yang Mat Saleh tu cakap. Bila menulis, kita malu nak update FB atau dalam Whatsapp guna BI.
Paling TERUK, kita segan dengan diri sendiri untuk cuba berbahasa Inggeris dengan anak2 di rumah. Itu di rumah. Kalau dalam lif atau di restoran, kita langsung tiada hidung nak bercakap dalam BI dengan isteri atau suami atau anak2. Kita TAKUT orang lain kata kita nak berlagak atau perasan macam omputeh.
STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar. Jika tiada, gunakanlah buku apa pun, asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan cita-cita kecil. Biar buku besar, jadi cita-cita pun besar. Di sinilah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK itu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok pelajar jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan semangat pelajar kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA-LAMA kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah-murah daripada tauke kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.
STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ.
STEP 3 : Minta pelajar salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta pelajar saya untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat-kuat setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Pelajar sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna pelajar kita mengelat!
STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk pelajar. Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, pelajar tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.
STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan pelajar. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS-JENIS Verbs. Barulah betul-betul menguji pemahaman pelajar tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, pelajar saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.
STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika pelajar anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.
STEP 7 : Terangkan kepada pelajar KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis-jenis verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis-jenis verbs. Selepas diajar, pelajar akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta pelajar ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini.
Dalam Essay #2 ini, pelajar saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.
Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana pelajar kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi kena ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.
Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni.
Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!
Agak-agak pelajar kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini...?
Anda tahu jawapannya...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan