Soalan:
Kenapakah Allah swt menjadikan dunia sebagai tempat keletihan dan penderitaan, kemudian selepas itu kemusnahan...?
Jawapan:
Sesungguhnya yang merasa demikian itu adalah bagi orang yang berpaling daripada iman sahaja. Manakala, sesiapa yang mengambil dunia dengan iman, iaitu beriman dengan Pencipta dunia dan Pencipta dirinya, tiadalah segala keperitan kehidupan itu menyusahkannya. Dan, wujudnya keletihan, keperitan, dan kesedihan bagi orang-orang yang tidak beriman dengan Allah adalah bukti atas kebenaran kewujudan Allah dan kebenaran jalan Allah Dan, Allah tidak menjadikan dunia tempat kepayahan, kesulitan, kesedihan dan keletihan kecuali bagi mereka yang jauh daripada jalan Allah. Sebab itu, kita akan dapati orang-orang yang beriman dengan Allah bersikap redha atas apa-apa sahaja yang telah ditentukan-Nya kepada mereka dan, hal ehwal keduniaan yang sementara dan segala keperitan itu sama sekali tidak menjadikan mereka bimbang dan sedih. Inilah jawapannya apabila penyoal bermaksud keletihan dan kepayahan yang merunsingkan hati...
Kepayahan di dalam kehidupan adalah perkara biasa...
Ada pun apabila dia maksudkan kepayahan di dalam kehidupan dan keletihan semata-mata kerana kehidupan, maka perkara ini tidaklah dicela kerana insan sememangnya dituntut bertindak balas dengan alam jika dia mahukan kehidupan yang baik. Misalnya Allah telah menjadikan air untuk kita. Tetapi, sebagai ganti dari pergi ke tempat mata air menadahkan kedua-dua tangan, dia perlu membuat bekas minuman seperti gelas dan seumpamanya; sebagai ganti dari pergi mendapatkan sumber air setiap hari untuk pelbagai keperluannya, dia hendaklah membuat loji air di tempat tinggi dan paip-paip yang boleh mengalirkan air bersih ke rumah-rumah sebagai bekalan yang berterusan. Dan, apa-apa sahaja kesenangan yang dikehendaki oleh insan, maka dia hendaklah bersusah-payah berusaha mendapatkannya.
Keletihan hati penyebab penderitaan...
Namun begitu, di sana terdapatnya keletihan dan kepayahan lain yang menghasilkan penderitaan, iaitulah keletihan hati dan kedukaannya. Dalam hal ini Allah telah berfirman “Ada pun apabila datang kepada kamu petunjuk daripada Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk Ku, nescaya tidak ada ketakutan ke atas mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” ( Al-Baqarah:38)
Firman-Nya lagi, "Maka sesiapa yang mengikut petunjuk Ku, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan menderita (di Ākhirat); Dan, sesiapa yang berpaling daripada ingatan Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ṭaha:123-124)
Maka, pandangan yang berpendapat bahawa kehidupan di dunia ini dijadikan tempat keperitan dan keletihan adalah benar jika dinisbahkan kepada orang yang berpaling daripada ingatan Allah, apabila dia diuji-Nya dengan kepayahan tersebut di dalam kehidupannya seharian.
Sikap seorang mukmin menghadapi penderitaan kehidupan...
Bagi seorang mukmin, apabila dia mengalami kepayahan dan keletihan di mana semua itu adalah di luar daya kehendaknya , dan baginya pahala daripada Allah atas kesabarannya. Dia menginsafi kadang-kadang perkara yang mendukacitakannya itu adalah penghapus kesalahannya yang lain, dan hal demikian (kedukacitaan) berlaku di luar kemampuannya. Seorang mukmin juga selalu mendapati penjelasan atas setiap perkara yang terjadi di dalam kehidupannya.
Maka itu, apabila kita diberitahu si fulan itu menderita, kita tanyakannya, “Adakah dia menderita jasad dan anggota? Atau, dia menderita hati?” Dan, ini tidak akan berlaku kepada seorang mukmin kerana dia bersabar dan redha atas ketentuan Allah ke atasnya. Ada pun penderitaan jasad dan anggota disebabkan keletihan dan kepayahan, maka sesungguhnya insan itu sendiri yang mendapat faedah dan turut memberikan manfaat kepada anak-anak, keluarga, dan umatnya. Ketika itu, pekerjaan yang meletihkan tersebut sangat disukainya.
Berpadalah dengan kehidupan dunia...
Kita melihat orang-orang yang terlalu taksub dengan kehidupan mengalami penderitaan hati di dalam dunia mereka kerana dunialah tujuan kehidupan dan matlamat. Mereka amat sibuk tentang pakaian-pakaian, makanan-makanan dan kesenangan mereka demi manusia semata-mata. Sedangkan, orang mukmin menganggap setiap pergerakannya di dalam kehidupan – semuanya itu – untuk dirinya, anak-anaknya, keluarganya, bangsanya dan dunia, maka sesungguhnya dia bekerja tanpa penderitaan hati kerana dia melakukannya bertujuan mencari keredhaan Allah. Justeru, dia tidak kisahkan kepayahan dunianya dan tidak kecewa apabila dia diuji dengan sebarang kesulitan di dalam kehidupan.

Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan