Popular Posts

Jumaat, 22 Jun 2012

MISTERI CINTA...




Sungguh suatu misteri, mengapa kita jatuh cinta. Juga suatu misteri, bagaimana itu terjadi. Bagaimana awal mulanya. Mengapa ada cinta yang terus tumbuh dan ada yang patah. Kita boleh menganalisis misteri ini dan mencari alasan-alasan serta penyebabnya, tetapi dengan begitu kita sebenarnya menyisihkan keindahan yang tersimpan dalam pengalaman tersebut.



Seperti halnya hidup ini bukan sekadar susunan tulang dan otot serta saraf-saraf dalam tubuh manusia, cinta pun bukan sekadar hasil dari minat, daya tarik, dan persamaan-persamaan yang dimiliki oleh dua insan. Dan seperti halnya hidup ini merupakan pemberian yang datang dan pergi pada waktunya sendiri, kedatangan cinta pun mesti dianggap sebagai pemberian misteri yang tidak dapat di soal selok-beloknya.



Setidaknya satu kali dalam hidup ini, anugerah cinta mendatangi kita dalam bentuk seutuhnya. Kita akan mengenggam dan menikmatinya dalam seluruh keindahan yang tidak terkatakan. Inilah yang kita semua impikan. Tetapi lebih sering terjadi cinta itu datang mengenggam kita, menikmati kita sesaat, lalu pergi lagi.



Terlalu sering kita mencuba meraih cinta itu dan memenjarakannya, menolak untuk melihat bahawa cinta adalah anugerah yang diberikan dengan sukarela dan juga boleh pergi begitu sahaja.



Kalau cinta tidak lagi bersemayam di dalam hati, atau orang yang kita cintai merasa roh cinta itu sudah berlalu, terkadang kita berusaha sepenuh daya untuk merebut kembali cinta yang sudah lepas itu, bukannya menerima anugerah tersebut apa adanya dan melanjutkan kehidupan. Pada saat itu kita menginginkan jawaban . “Why?” Kita ingin tahu apa yang salah dengan diri kita sehingga orang yang kita cintai tidak mencintai kita lagi. Kita berusaha memberikan makna di atas apa yang terjadi, tapi tidak ada erti apa pun di luar cinta itu sendiri.



Seandainya kita jatuh cinta pada seseorang dan orang tersebut tidak mencintai kita, bersikaplah baik pada diri kita sendiri. Tidak ada yang salah pada diri kita, hanya sahaja cinta tidak memilih untuk hinggap di hati orang yang kita cintai. Itu saja.



Jika seseorang jatuh cinta pada kita dan kita tidak mencintainya, bersyukurlah kerana cinta tetap datang mengetuk di pintu, tapi tolaklah dengan lembut anugerah yang tidak dapat kita balas tersebut.



Kita semua mampu merasakan kepedihan dan kebahagiaan yang sama. Kalau kita jatuh cinta pada seseorang dan orang itu jatuh cinta juga pada kita, lalu cinta memilih untuk berlalu, jangan cuba untuk meraihnya kembali, ataupun menilai siapa yang salah.



Biarkanlah berlalu. Pasti ada alasannya. Kita akan tahu pada waktunya, tapi biarlah waktu sendiri yang memilih saatnya.



Kita hanya mampu menerima saat cinta memasuki kehidupan kita dengan segala misterinya. Rasakan bagaimana cinta memenuhi diri hingga berlimpahan, lalu hulurkan tangan dan lepaskan dia.



Kembalikan dia kepada orang yang telah menumbuhkannya di dalam diri kita. Cinta mempunyai waktunya sendiri, musimnya sendiri, dan alasan-alasannya sendiri untuk datang dan pergi. Kita tidak boleh menyuap, memaksa atau memujuknya untuk tetap tinggal. Kita hanya dapat merangkulnya saat ia datang dan berkongsi rasa.


Tetapi jika ia memilih untuk pergi dari hati, tidak ada yang dapat kita lakukan. Berbahagialah ia datang dan tinggal sesaat dalam kehidupan kita. Kalau pintu hati kita biarkan terbuka, ia akan datang lagi, insya Allah…




Wallahu`alam




Jagalah Hati…



Wassalam

Isnin, 18 Jun 2012

WAHAI ORANG BERILMU...!





Wahai orang berilmu, amalkan ilmumu, berikan kelebihan hartamu, dan tahanlah kelebihan perkataanmu kecuali sedikit bicara kerana ia akan bermanfaat bagimu di sisi Allah nanti. 


Wahai orang berilmu, sesuatu yang kamu ketahui tetapi tidak kamu amalkan adalah pemotong hujah dan alasanmu di sisi Allah ketika kamu menemui-Nya.


Wahai orang berilmu, taat kepada Allah yang diperintahkan kepadamu sebenarnya telah menyibukkanmu dari maksiat kepada Allah yang dilarang untukmu.


Wahai orang berilmu, janganlah kamu menjadi orang kuat yang meneropong perbuatan orang lain, namun kamu sendiri manusia lemah dalam mengerjakan suatu amal untuk dirimu sendiri.


Wahai orang berilmu, janganlah apa yang dimiliki orang lain, membuatmu lupa terhadap apa yang kamu miliki.


Wahai orang berilmu, ajaklah bicara bersama para ulama, bergaulah dengan mereka dan dengarkanlah perkataan mereka dan janganlah kamu menentangnya. 


Wahai orang berilmu, agungkanlah ulama kerana ilmu mereka dan janganlah kamu menghormati orang-orang jahil  kerana kejahilan mereka. Namun jangan menjauhi mereka, tetapi dekatilah dan ajarkanlah mereka.


Wahai orang berilmu, janganlah kamu membicarakan suatu hadis di suatu majlis sehingga kamu betul-betul memahaminya, dan janganlah menjawab pertanyaan orang hingga engkau tahu apa yang diucapkannya kepadamu.


Wahai orang berilmu, janganlah kamu tertipu oleh Allah dan jangan pula kamu tertipu oleh manusia. Tertipu oleh Allah maksudnya meninggalkan perintah-Nya, dan tertipu oleh manusia maksudnya mengikuti hawa nafsu mereka. Takutlah kepada Allah dalam semua hal yang Dia mengajakmu takut terhadap diri-Nya, dan hindarilah manusia kerana fitnah mereka.


Wahai orang berilmu, cahaya siang tidaklah sempurna kecuali dengan matahari, begitu pula hikmah tidak sempurna kecuali dengan mentaati Allah swt.


Wahai orang berilmu, tanaman tidak baik kecuali dengan air dan tanah, begitu pula dengan iman tidak baik kecuali dengan ilmu dan amal.


Wahai orang berilmu, setiap musafir haruslah berbekal, dan ia dapatkan bekalnya apabila ia diperlukannya, begitu pula dengan setiap orang yang beramal, di akhirat akan ia dapatkan apa yang telah diperbuatnya di dunia apabila ia perlukan amal perbuatannya.


Wahai orang berilmu, Apabila Allah swt berkehendak mendorongmu dalam beribadah kepada-Nya, ketahuilah bahawa Dia ingin menampakkan karamah-Nya terhadapmu, maka janganlah kamu mengalihkannya kepada selain-Nya, sehingga kamu tinggalkan kemuliaan-Nya dan kamu dapatkan kehinaan hidup.


Wahai orang berilmu, Jika kamu memindahkan batu atau besi, itu lebih ringan bagimu daripada berbicara kepada orang yang tidak menerima pembicaraanmu, perumpamaan orang yang berbicara kepada orang yang tidak menerima pembicaraannya adalah seperti orang yang memanggil orang mati dan meletakkan hidangan untuk penghuni kubur…



Wallahu`alam



Jagalah Hati…



Wassalam

Isnin, 11 Jun 2012

ULANGTAHUN KELAHIRAN...




Pada waktu-waktunya
kita tidak pernah mengerti
pada lilin yang menyala
dengan hayat
dengan budi.


Kadang-kadang
kita tidak pernah sedar
sewaktu berada di taman maha luas
dengan kembang seribu warna
bahawa kita sering berjalan
ke pintu nostalgia
yang nanti akan melontarkan kita
dengan kerasnya
ke hari silam yang tidak terjangkau.


Akhirnya kita pun tahu
bila sesekali
ada percikan ombak jatuh di laman
bahawa inilah petanda
kita akan dewasa...


Jumaat, 1 Jun 2012

MEMBENCI SUAMI...




Setiap perkahwinan, walaupun dibina dengan cinta kasih, persefahaman dan penyatuan matlamat kehidupan, ia tidak mungkin bebas daripada mengalami badai taufan. Seperti musim yang berganti, ada yang baik dan ada pula yang kurang baik. Tetapi segalanya pasti berlalu. Hanya kita yang boleh memilih, hendakkan musim bunga atau musim kemarau. Begitulah pilihan suami dan isteri bagi menentukan kebahagiaan mereka bersama. Sikap dan tindakan yang dipandu oleh emosi semata-mata boleh menjejaskan perhubungan keduanya. Akhirnya timbullah pergaduhan, sakit menyakiti, ancam mengancam, benci membenci dan yang lebih merbahaya mengakibatkan perceraian.

Biasanya isteri cepat terangsang emosinya dengan perasaan marah, tidak puas hati, cemburu, merasa tidak dihargai suami, letih dan penat dengan kerja dan anak-anak yang mesti diuruskan menjadi faktor yang menaikkan suhu emosinya. Suami pula banyak bertindak secara rasional sebab lelaki diciptakan Allah swt dengan watak yang berlainan dengan wanita. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing sesuai dengan fitrah mereka. Jika anda seorang isteri yang penuh kasih kepada suami, tidak mustahil sesekali ada juga kebencian dalam hati anda terhadap suami. Mungkin kerana tingkah lakunya, sikap malasnya, tabiat buruknya dan lain sebagainya. Anda berasa tidak puas hati, merajuk, marah, mungkin benci dan anda tunjukkan di depannya.

Cara berkomunikasi yang anda lakukan mungkin tidak tepat sehingga menambahkan lagi luka yang telah bernanah. Leteran dan ungkit mengungkit bahkan memperbodoh-bodohkan suami membuatnya berasa tidak dihormati dan tidak dihargai segala jasanya. Alangkah sengsaranya berada dalam keadaan rumahtangga yang bergolak dan selalu berulang keadaan yang sama sepanjang perkahwinan. Tidakkah anda mengimpikan keharmonian yang kekal? Lupakanlah kebencian terhadap pasangan anda dan kembangkanlah senyuman paling menawan dan manis.

Tahukah anda apakah risikonya bila membenci suami?

1. Anda mungkin kehilangannya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Sekali sekala merajuk dan marah-marah boleh, tetapi jika selalu diulang perangai yang tidak elok itu, jangan harap suami akan bertahan dengan tabiat anda. Apabila anda berasa sangat ingin marah, ingatlah mungkin wanita lain yang lebih penyabar dan lembut hatinya akan mengganti singgahsana yang anda duduki sekarang. Bahkan para bidadari di syurga berdoa agar suami anda mendapatkan yang lebih baik dari anda. Demikianlah sabda Baginda saw. Daripada Muaz bin Jabal ra, Nabi saw bersabda, ”Seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat (bidadari) berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah menimpakan musibah kepadamu. Ketahuilah dia hanya sementara berkumpul denganmu sebentar lagi dia akan berpisah denganmu dan akan kembali kepada kami.” “(Riwayat al-Tirmizi)

2. Allah swt akan menggantikan anda dengan wanita yang solehah dan taat kepada suami. Firman-Nya yang bermaksud: “Robb-nya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, sama ada yang janda atau anak dara.” (QS Surah al-Tahrim: 5)

3. Ancaman Rasulullah saw tentang penghuni neraka yang kebanyakannya di kalangan wanita kerana dosanya kepada suami. Sabda Baginda saw, “Aku melihat ke dalam syurga, kebanyakan penghuninya daripada kalangan orang-orang fakir. Dan aku melihat ke dalam neraka, kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan.(Kerana mereka tidak bersyukur kepada suaminya)” (Bukhari dan Muslim)

Mengapa mesti ada pertengkaran, bertikam lidah dan kekasaran bahasa yang akhirnya diri andalah yang merasa paling sakit dan tersiksa kerana anda adalah wanita yang berperasaan halus dan lembut. Gurisan luka di hati akan terpendam selama-lamanya dalam ingatan anda. Lupakanlah dan berusahalah menjadi wanita yang sabar dan redha. Sesungguhnya segala masalah itu ada jalan keluarnya jika kita mahu merubahnya. Mengapa tidak mulakan perbincangan dan bertenang dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Saling memberi nasihat dengan ikhlas, bukannya mengkritik dengan bahasa yang kasar dan pedas. Kerana sesungguhnya apabila anda ikhlas menasihatinya, Allah swt yang akan menghantarkannya terus ke lubuk hati suami anda yang tercinta. Ubahlah sikap pemarah dan pembenci dengan banyak berzikir iaitu ingat pada Allah dan takut kepada-Nya.


Wallahu`alam



Jagalah Hati…



Wassalam.

Sabtu, 19 Mei 2012

UJIAN DAN HALANGAN...




Secara umum, kehidupan tidak akan pernah lepas dari halangan dan kesulitan. Ujian dan halangan akan datang silih berganti. Tetapi disebalik setiap ujian dan halangan itu tersembunyi kejayaan dan kebahagiaan yang besar.

Halangan akan membuat kita semakin pandai, tabah dan mahir ketika kita semakin menikmati masalah -masalah yang rumit. Jika kadar ujian itu dapat kita atasi, kita akan bahagia. Kita akan tertarik untuk mencuba pelbagai jalan penyelesaian baru...


Betapa indahnya Allah menciptakan kehidupan ini dengan segala kesulitan dan halangannya. Dia tidak pernah memanjakan kita dengan sekadar menikmati segala kemudahan kehidupan ini sahaja. Allah memberikan kebebasan kepada kita, sama ada kita akan menjadi orang yang berbahagia ataukah menjadi orang yang sengsara .Untuk dua tujuan itulah, Dia menguji kita dan memberi banyak halangan agar kita kuat dan tabah.


Jangan pernah menghindari halangan... melompatlah ke dalamnya dan takluklah ia. Nikmatilah permainannya. Jika halangan yang kita hadapi terlalu besar atau terlalu banyak, jangan menyerah. Kegagalan tidak boleh membuat kita lelah dan berputus asa. Sebaliknya , atur kembali strategi kita. Temukanlah lebih banyak lagi keteguhan, pengetahuan dan bantuan.


Jangan menciptakan kejayaan dan kemudian kita tidur nyenyak di dalamnya. Kita memiliki sumber daya, kemahiran dan kemampuan untuk mencipta kemajuan. Ingatlah bahawa Allah menyembunyikan nikmat-Nya yang luar biasa di sebalik setiap kesulitan dan halangan. Sementara syaitan mengalihkan perhatian kita dari kenikmatan itu dengan menimbulkan rasa khuatir, was-was, takut gagal, patah semangat dan tergesa-gesa dalam diri kita.


Belajarlah dari air bagaimana ia menerima lemparan batu. Ketika batu itu menyentuh permukaannya, ia membentuk lubang kecil di permukaan air sesuai ukuran batunya. Akan tetapi, beberapa saat kemudian permukaan air akan kembali seperti keadaannya semula. Batu tidak meninggalkan bekas sedikit pun tehadap permukaan air. Malahan masuknya batu ke dalam air akan menambah tinggi permukaannya.


Lihatlah layang-layang, jika ia tidak menentang angin, ia tidak akan mampu terbang di udara. Ia akan tetap melayang di udara selama masih menentang angin. Jika angin menerpanya lebih kuat, ia bergerak menggoyang ke kiri dan ke kanan kemudian naik ke atas. Sesekali ia akan berputar ke bawah membentuk lingkaran kemudian kembali naik ke atas.


Halangan dan kesulitan yang dihadapi seseorang adalah latihan yang akan memberinya kekuatan dan pengalaman. Seseorang yang tidak pernah menghadapi halangan, maka dia tidak akan pernah mengalami kemajuan.


Allah swt menjanjikan kebahagiaan bagi hamba-Nya yang beriman di dunia dan akhirat. Akan tetapi, Allah memberi syarat untuk meraihnya iaitu Mujahadah (Usaha). Allah tidak memberikan kebahagiaan secara "percuma". Dia hanya memberikannya kepada orang yang "lulus ujian".


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (At-Taubah:16)


Mereka yang meraih kebahagiaan dan kejayaan di dunia dalam "ketaatan" kepada Allah, Allah akan menyediakan nikmat yang lebih membahagiakan di akhirat nanti.


Mereka yang hidup sengsara dalam "ketidaktaatan" kepada Allah, mereka akan memperolehi  siksa yang jauh lebih menyengsarakan dari kesengsaraan yang telah mereka derita di dunia.


Akhirat adalah masa depan. Setiap orang pasti menginginkan masa depan yang lebih baik dan lebih membahagiakan dari masa sekarang. Hanya orang-orang yang melakukan perbuatan yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya (bermujahadah) sahaja yang dapat memperolehi kemajuan di masa depan, baik dunia mahupun akhirat.


Adapun orang-orang yang merasakan kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat mereka hidup sengsara dan tersiksa, merekalah orang yang mengalami kemunduran dan kerugian. Kebahagiaan yang mereka raih di dunia hanya fatamorgana kerana tidak membawa kebahagiaan bagi mereka di akhirat.


Kebahagiaan dunia yang sebenarnya adalah bila kebahagiaan itu memberikan manfaat yang lebih baik di akhirat.


Modal yang diperlukan untuk memulai suatu kemajuan adalah kemahuan, keberanian dan pengetahuan. Sedangkan kekuatan untuk mempertahankannya adalah kejujuran, komitmen, inovasi dan kesabaran.


Halangan dan kesulitan bukan untuk ditakuti atau dihindari, tetapi harus dihadapi. Halangan terkadang merupakan suatu yang mampu di nikmati sehingga ada sebahagian orang yang berfikiran matang menciptakan halangan untuk dirinya sendiri. Halangan itu membuat mereka menjadi diri yang kreatif dan inovatif kerana halangan merupakan suatu cara stimulasi yang memancing kreativiti berfikir dan kemampuan menemukan penyelesaian. 



Wallahu`alam



Jagalah Hati...



Wassalam

Rabu, 16 Mei 2012

FIKIRKAN SEJENAK...





Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tidak kena.. Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' sahaja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.


Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan Insya Allah... 


Jadi renungilah :- 


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja 


2. Ada kala kita rasa kita BUSY sangat , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'. 


3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tetapi rupanya kita BUSY BODY 


4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED dan OUT SPOKEN, tetapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN. 


5. Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS . 


6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA, tetapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA


7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MACAM TIDAK ADA KERJA' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT' 


Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .


Segera, tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik...? 


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja. Tidak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, carilah kerja membantu teman-teman yang lain.


Tidak dapat gaji lebih pun tidak mengapa, sebab pahala dapat, insya Allah... kita draw di Akhirat nanti... tetapi jika kita asyik dengki mendengki... nasiblah sebab telah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... 


Mengkritik tidak bererti menentang, bersetuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.




Wallahu`alam



Jagalah Hati...


Wassalam

Isnin, 14 Mei 2012

YA ALLAH... SUDILAH MEMANDANG KAMI...




Dengan nama Mu Ya Allah yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi hamba-hamba Mu...
Ingin aku berbicara dengan Mu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada... 


Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini... walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui tanpa aku bicarakannya kepada Mu...


Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku dari diriku sendiri kerana Engkau yang memiliki sekeping hati ini dan kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri...


Ya Rabbi...sudilah Engkau pandang wajahku...
Ya Rabbi... izinkan aku menghadap Mu berulang kali sehingga ke akhir hayatku... 


Aku tahu..
Aku sering menghadap Mu dengan wajah yang kelam dan tidak berseri...
Aku sering berhadapan dengan Mu tika jiwaku berkeluh kesah...
Aku mencari Mu hanya di waktu susah dan derita...
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakan Mu...
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untuk Mu...
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyak-banyaknya...


Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadap Mu...
Bersama dosa dan noda yang tidak terhitung banyaknya...
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu...
Dengan tipu daya dunia dan syaitan...


Ya Allah... 

Pandanglah aku dengan kasih sayang Mu...
Pandanglah aku dengan keampunan Mu...
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redha Mu...
Kerana aku benar-benar menagih syurga Mu dan aku takut neraka Mu...
Tapi... layakkah aku Ya Allah?...


Ya Rabbi...seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang...
Bagaimanakah... nantinya tika berhadapan dengan Mu…?
Sudikah... Engkau menerima hamba Mu yang hina ini…?
Bagaimanakah... keadaanku waktu itu…?
Hitamkah... wajahku bila berhadapan dengan Mu…?
Berserikah... dengan sinar cahaya wajah ini…?
Berlarikah... aku menuju Mu kerana rindu untuk menemui Mu…?
Atau menggigilkah... ketakutan kerana takut dan malu dengan Mu…?




Ya Allah... 

Aku bimbang...
Aku gusar dan takut Ya Allah...
Apabila memikirkan saat itu...
Kerana banyaknya dosa ku terhadap Mu... 


Ya Allah... 

Sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini...
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan...
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadap Mu...
Kadang-kadang aku terlupa…
Kadang-kadang aku sengaja...


Aku takut pada Mu Allah... 


Tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadap Mu…?
Aku sering berjanji di depan Mu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untuk Mu... 


Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa... 


Ya Allah....
Aku sering menangis kerana Mu… kerana takutkan azab Mu...
Namun aku ketawa semula di saat aku lupa tentang Mu...
Semudah itu Ya Allah...aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu...
Tapi Engkau Ya Allah...tetap memberi peluang untuk aku kembali pada Mu...
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...


Aku takut Ya Allah... 

Seandainya waktu aku tiba untuk kembali pada Mu...
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda...
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapan Mu kelak?...
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yang terbaik…? 


Ya Allah... 

Aku mohon sangat-sangat...
Sucikanlah hati aku dengan maghfirah Mu...
Agar tersenyum aku pulang mengadap Mu... 


Ya Allah... 

Terimalah taubatku sebagai taubat nasuha...
Agar bercahaya wajahku dengan nuur Mu bila bertemu dengan Mu nanti... 


Ya Allah... 

Pimpinlah aku dengan hidayah Mu...
Agar mudah jalanku ke Jannah Mu...


Ya Allah…  

Pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat dengan Mu...
Ku harap Engkau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapan Mu kelak... 


Ya Allah... 

Dengarkanlah rintihan dan permohonan hatiku ini...
Hadiahkanlah cahaya Mu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang oleh Mu... 


Amiin Ya Robb..

Aku bermohon sangat-sangat Ya Allah...Perkenankanlah...

Ya Allah… maafkan daku jika hatiku tidak sempurna mencintai Mu…



Wallahu`alam



Jagalah Hati…



Wassalam