Popular Posts

Ahad, 6 Mei 2012

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 7)





Hampir setahun berlalu.. Aku kini gemar berfacebook, seperti orang lain gak kot. Aku banyak meluahkan isi hati aku kat sana. Tulisan aku seolah-olah tersangat 'down' dengan apa yang menimpa. Yang membuatkan hati aku sedikit gembira, ada sorang friend yang sangatlah suka memberi motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan, musibah yang kita lalui mungkin jauh lebih kecil berbanding orang lain. Menurutnya, dia sendiri pun diuji dengan kedua-dua kakinya lumpuh. Mujurlah dia punya sahabat-sahabat yang selalu membantu dan memberikan sokongan.


Antara yang dia penah tulis, "selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah.."


Suatu hari ketika aku balik kampung bercuti, aku singgah KEjap ke rumah pakcik Hashim. Dalam borak-borak kosong tiba-tiba dia tanya pasal arwah. Sebak jugak aku rasa.


"Kau dah ada pengganti Izzah?", tanya dia.


"Entahlah pakcik, tak terfikir pun.. Saya rasa takde orang boleh ganti dia", aku jawab dengan nada yang lemah.


"Kalau Husna?",
pakcik Hashim tanya lagi.


"Hah! Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?", aku masih terkejut dengan pertanyaan tu.


Sambung pakcik, "Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2 orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!"


Urgh..


Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik Hashim. Tak tahu macam mana nak terangkan kat dia.. Yup, Izzah dan Husna memang kembar, seiras. Aku pun tak tahu kat mana beza dia orang. Pakaian pun sama. Mungkin itulah hasil didikan ayah dia orang. Yang lain aku tak pasti pulak. Percakapan ke, perangai ke..
Aku tak tahu. Ketika pernah bersemuka dengan kedua-duanya sewaktu hari pertunangan kami lebih 2 tahun lepas pun, memang takde beza. Cuma hari tu Izzah pakai grand sikit sebab dia yang nak tunang masa tu.. Huhu. Kalau family dia orang kata yang ni Izzah, yang tu Husna, aku memang terima bulat-bulat aje.


Tapi, bukan paras rupa yang menjadi sebab aku sukakan Izzah.
Walaupun ada orang lain yang seiras dia, mereka tetap bukan Izzah!


"Pakcik, mereka bukan orang yang sama. Izzah tetap Izzah. Saya sendiri tak tahu macam mana nak terangkan, kenapa saya suka dia. Tapi bukan semata-mata kerana rupa dia. Walaupun mungkin dia tak secantik dia dan Husna sekarang pun, saya tetap akan cintakan dia..


Saya tak tahu pakcik, tapi saya seperti dapat rasakan yang Izzah masih ada.. Dan saya takkan cari pengganti dia...", ringkas aku terangkan pada pakcik Hashim.


"Hahaha.. Kau cakap macam orang dah tak siuman! Kan dia dah tak ada.. Jangan siksa hidup kau macam ni sekali", kata pakcik Hashim sambil tersenyum kelat, dan raut wajahnya tampak agak kecewa.


Dia sambung lagi, "Tak apalah nak, pakcik tak halang. Bukan hak pakcik pun. Cuma pakcik kesian, Husna pun, tengok kau macam ni.. Menanti bunga yang dah lama mati!".


Rupanya Husna ada disebalik langsir dapur rumah. Aku terpandang dia. Kelihatan matanya kemerahan, namun cepat-cepat dia masuk semula ke dapur. Mungkin dia kecewa mendengar apa yang aku katakan tadi. Maafkan aku Husna.. Aku rasa tak mampu untuk menyintai orang lain, selain adik kau Izzah. Dan aku pun tak mahu kau cintakan aku atas dasar simpati, bukan ikhlas dari hati.


Takdir yang menentukan, pertemuan aku dan kalian berdua. Takdir jua yang menentukan, tiada jodoh aku dan antara kalian. Tapi walau cuma seketika pertemuan aku dengan arwah Izzah, bagiku sungguh bermakna!


Malam-malam aku kat kampung, aku akan online lagi.. Aku pun dah lupa, berapa kali aku pernah hantarkan surat kepada emel arwah Izzah. Tapi selepas tu, aku cuma menulis di facebook saja. Lantaklah siapa pun yang nak baca. Aku bukannya letak nama betul pun. Yang penting aku dapat luahkan saja apa yang terbuku dalam hati. Bila entah nak balik JB semula kerja..


Tetiba aku dapat satu mesej - daripada Husna. Dia nak jumpa aku! Uish, tak pernah-pernah pun sebelum ni. Mungkin dia nak dengar sendiri apa yang aku pernah cakapkan tempoh hari, tentang keputusan aku. Boleh aje kalau nak jumpa. Aku setuju.. Cuma jauh dalam hati, aku tetap bimbang bila nanti bertentang wajah dengannya. Maklumlah, dia tetap seiras arwah Izzah. Wajah itu pasti akan membuat aku jadi sayu.. "Ala, aku lelaki!! Sorok ajelah perasaan tu, buat muka biasa-biasa je!", pujuk aku dalam hati.


Keesokannya, kami bertemu. Dia datang bersama adik bongsunya. Mungkin dirasakannya adiknya takkan mengerti apa yang akan kami bincangkan..
Sekadar menemani. Dan memang betul, Husna nakkan kepastian tentang pendirian aku.


"Betul awak nak tunggu Angah (nama panggilan Izzah) sampai bila-bila?", tanya Husna. Pertanyaan yang aku dah agak.


"Em..", jawab aku ringkas.


"Tapi dia kan dah mati!", tiba-tiba Husna kelihatan emosional.


"Aku tak rasa dia dah mati..", balas aku.


"Betul ke memang tiada orang mampu ganti Angah? Apa lebihnya Angah??", pertanyaan susulan Husna yang juga sudah aku duga.


"Tak tahu.. Aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. Dan tiada orang yang boleh ambil tempat dia!", jawab aku sedikit tegas. Husna sudah pun lama mengalirkan air mata. Tapi aku tak pasti kerana apa. Serba salah pulak aku jadinya.


"Kalau pun Angah masih hidup, tapi dia cacat, dah tak cantik, awak masih nakkan dia??", tiba-tiba Husna bertanya lagi.


Namun kali ini aku tak mampu untuk terus menjawab. Soalan itu benar-benar buat aku tersentak. Rasa marah pun ada. Kenapa Husna sanggup tanya sampai macam tu sekali? Nafas aku cuba kawal sementelah ia tiba-tiba menjadi pantas. Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Bukan masih tiada jawapan, tapi aku betul-betul tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mulut Husna.


"Kenapa kau tanya camtu??", aku tanya balik dengan berbaur agak marah.


"Jawab ajelah! Kenapa tak jawab?", Husna membentak balik.


"....", aku masih tak mampu redakan perasaan marah bercampur geram..


"Kenapa Husna tanya macam tu?", aku bertanya semula soalan tadi. Tapi dengan nada lebih perlahan.


"Sebab awak kata, kalau dia tak cantik pun awak tetap cintakan dia, kan?", jawab Husna lemah.


Tanpa sempat aku nak jawab, Husna menyambung kata-katanya. "Husna minta maaf, Husna tanya sebab kecewa.. Husna fikir awak boleh terima Husna sebab wajah seiras dengan Angah. Tapi rupa-rupanya Angah lebih istimewa berbanding wajah dia...", terang Husna. Lalu dia terus berlari meninggalkan aku, tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Kemudian adiknya juga berlalu ke arah Husna.


Bersambung…

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 6)





Jenazah Izzah telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.


Hari-hari aku selepas itu juga berubah. Ketika itu aku dah pun tamat pengajian dan telah bekerja. Jadi aku bercuti agak lama untuk berada di kampung dan selalu menziarahi keluarga pakcik Hashim. Hanya itu yang mampu aku buat untuk memberikan semangat pada mereka. Seisi keluarga terutama Husna sangat terkesan dengan pemergian Izzah, apatah lagi pusaranya pun tiada di sini sebagai pengubat rindu. Kehilangan adik kembarnya sangat mengejutkan dia. Kami semua hanya mampu berdoa selalu agar roh arwah Izzah aman di dunia sana. Aku?


Aku rasa terkilan sangat, kerana kami tidak pernah berhubungan. Tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kami. Aku masih ingat, hanya 2 kali arwah tersenyum pada aku - ketika pertama kali berjumpa dalam bas, dan ketika dia menghidangkan minuman sewaktu aku mengajar tuisyen di rumahnya.


Ketika hari pertunangan pun, dia hanya menundukkan pandangan, langsung malu untuk bertentangan mata dengan aku. Begitu juga sewaktu menghantarnya 'kali terakhir' di lapangan terbang dulu.. Tiada senyuman, sekadar merenung kepadaku. Tapi, raut wajahnya tetap jelas dalam ingatan aku.


Aku sendiri tak sangka, yang aku tersangat memikirkan arwah. Hinggakan.. Aku menulis surat dan hantar ke emel dia! - walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membuka, atau membacanya..


Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat Hashim,


Maafkan aku kerana tetap menulis perasaanku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan pada siapa


Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita berdua
Tapi aku sudah buntu untuk melupakanmu


Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang perasaan itu


Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tidak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai wanita selainmu..


Salam sayang, dan kita tetapkan bersatu.


Tak lama selepas itu, keadaan menjadi semakin pulih. Aku pun dah kembali bertugas. Keluarga pakcik Hashim pun semakin baik keadaannya. Sejak peristiwa itu sampai sekarang, hal perkahwinan aku dan arwah Izzah langsung tidak disentuh. Mungkin pakcik Hashim tahu yang aku memang mengerti dan tiada apa yang boleh mengubah takdir.


Bersambung…

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 5)





Pernah jugak aku hantar emel kat Izzah. Tapi langsung tak berbalas. Facebook pun aku tak sure ada ke tak. Lepas 2 bulan aku dah geram apsal la minah ni poyo sangat. Aku tanye kabar aje pun. Ke dia memang tak suka kat aku? Akhirnya suatu hari dia balas, itu pun lepas 4 kali aku hantar emel! Yang last tu memang tulisan aku emo gile. Tensen. Tapi tulisan dia tu membuatkan aku sedar diri dan rasa bersalah sangat.


Nak tahu dia tulis apa? Ni aku dedahkan;


Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.


Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini


Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sembarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui


Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti


Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri


Tak perlulah bertanya setiap hari
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri


Wassalamualaikum.


Teettt!!! Malu giler rasa.. Hohoho. Tapi aku faham apa yang dia maksudkan. Dan aku lega dengan pendiriannya. Alhamdulillah. Lepas tu aku dah tak balas lagi. Sebab memang takde keperluan yang penting pun. Lepas hari tu, aku dengan kehidupan aku, dia dengan kehidupan dia. Cuma kekadang contact la ayah dia tanya kabor..


Namun, kita hanya merancang tapi semuanya ditangan Allah. Sebulan sebelum Izzah bakal menamatkan pengajiannya, aku mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan jalan raya! Pakcik Hashim yang hubungi aku. Tapi masa tu belum tahu sejauh mana keadaan Izzah. Kemudian banyak kali aku call pakcik Hashim semula tapi tak dapat. Jadi aku terus balik ke kampung berjumpa family mereka.


Alangkah menangis hati aku bila mereka mengesahkan Izzah telah meninggal dunia akibat kemalangan itu. Ya Allah, waktu itu aku rasa lemah sangat. Tapi apalah sangat kesedihan aku jika nak dibandingkan dengan pakcik Hashim sekeluarga. Sebelum ini aku sangat meyakini bahawa jodoh itu memang milik kami berdua. Kami akan tetap disatukan, tiada apa yang akan menghalang. Tak pernah terlepas untuk aku berdoa selepas solat agar kami dipelihara dan akan selamat diijab-kabulkan. Namun rupanya bukan itu jalan yang Allah sediakan buat kami.


Aku redha, tapi bukan sekejap waktu aku perlu untuk menerima semua ini seikhlasnya. aku selalu terbayangkan Izzah yang sangat terjaga agamanya, pakaiannya, tutur katanya, patuhnya dia kepada ibubapa, cantik - siapalah yang mampu mengganti..


Bersambung…

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 4)





Dipendekkan citer, malam esoknya aku pergilah rumah dia. Aku bawak adik aku Teh sekali, teman.. Malulah pergi sorang.


"Betul ke yang kau jumpa dalam bas tu Husna? Yang kau suka tu Husna? Tak silap orang?", tetiba dia tanya dengan muka serius. Aku ingat bab ni dah settle, rupanya ada lagi. Pertanyaan pakcik ni buat aku rasa lain macam sangat.


"Apa maksud pakcik?", aku tanya balik.


"Sekarang anak-anak pakcik takde kat rumah. Nisa pun ade dalam bilik, jadi biarlah pakcik terus-terang je.. Pakcik dengan makcik sebenarnya ada 4 orang anak.. Yang bongsu lelaki, dan yang lain semua perempuan dan comel-comel (sempat lagi); Ayatun Nisa', Ayatul Izzah dan yang sulung Ayatul Husna. Izzah dan Husna adalah kembar, seiras!"


"Husna baru aje abis buat Degree kat UiTM. Izzah pulak belajar doktor kat Ireland nuu (dengan wajah bangga). Ada lagi setahun setengah nak habis. Yang kau jumpa dalam bas dulu, yang bawak keluar air minuman dulu, itulah si Izzah.
Kebetulan dia balik cuti semester masa tu. Dia yang citer kat pakcik. Dan pakcik rasa kau tak pernah pun jumpa Husna. Tapi ntah macam mana nama Husna yang kau sebut.. Kesian Izzah.. Haha. Ni mesti dapat maklumat dari sumber yang meragukan nih. Hohoho.. Husna pun ade slow talk dengan pakcik, makcik.. Dia kata sebenarnya dia dah ada pilihan sendiri, itu yang dia reject kau dulu."


"So macam mana, kau nak Izzah ke Husna lagi", pakcik Hashim akhiri ceramah dia dengan pertanyaan yang buat aku rasa nak lari balik aje. Dah la aku pening lagi dengan penjelasan dia.. Ade kembar rupanya.


Pakcik Hashim sambung lagi, "Macam nielah, pakcik kan pernah cakap dulu, pakcik memang suka dengan kau ni. Jadi sebelum Izzah nak balik Ireland ni, pakcik ade tanya dia - kalau kami nak jodohkan dia dengan kau, nak ke tak? Tak kisah ke budak selekeh je, driver bas je?, bla bla bla sume pakcik tanya.. Pastu Izzah cuma jawab;


"Kalau abah dan ibu suka, Izzah follow jer. Yang paling penting adalah agama dia.. Kaya dan berpangkat belum tentu hidup bahagia.., kan?"


Owh.. Hatiku kembali berbunga-bunga. Wink2~ Misi tercapai! Dapat doktor gitu..


Dipendekkan citer, kami dan keluarga masing-masing setuju untuk mengikat tali pertunangan awal tahun nanti. Dan kahwin insya Allah selepas dia graduate (dan aku pun graduate sekalilah). Haah, aku belum lagi bagitahu family dia orang yang aku pun akan sambung pengajian awal tahun depan..
rileks laaa…


Baru tunang aje pun, nak uji dulu kesetiaan dia.
Mana tahu tengah-tengah jalan nanti hati dia berubah dan tak nak kawin dengan driver bas.. (janganlah doakan..) Tapi memang takkan kahwin dengan driver bas pun.


Brrr..


3 minggu selepas pertunangan, Izzah kembali ke Ireland. Itulah last kami jumpa. Jumpa aje la, berkata-kata sepatah pun tak. Sebab takde keperluan kot. Aku sendiri pun dah sambung pengajian masa tu. Tapi sebelum tu, aku dah citer hal yang sebenarnya kat pakcik Hashim - pasal pengajian aku.


Tanpa berselindung, aku pun citer la kat pakcik Hashim - aku ni student UTM, ambik senibina, sekarang study leave, ade lagi setahun, ni dah nak sambung balik, bla bla bla.. blur blur blur... Sampai sepatah pun dia tak menyampuk, excited bebenor!


Bila habis aku story, dia tanya nape tak bagitahu Husna masa merisik dulu? Aku pun citer, memang tanak bagitahu pun sebab aku tak nak dia pilih aku bersandarkan apa yang belum pasti (Degree), tapi biarlah sebab apa yang aku ada masa tu. Lagi pun teruk sangat ke kerja driver bas? Biarlah tak sebesar gaji engineer ke, cikgu ke, tapi tetap keje dalam aircond!
Bas aku dah ade aircond sekang.. Haha.


Aku memang nak uji Husna pun. Kalau dia sudi terima aku dalam keadaan aku seorang driver bas, pastu dengan agak selekehnya, maksudnya dia memang ikhlas. Kalau dia terima sebab aku bakal seorang arkitek, tapi ditakdirkan jatuh susah di kemudian hari, adakah dia sanggup bersama aku masa tu?? Ce jawab, ce jawab, ce jawab..


Tapi Alhamdulillah Allah berikan pada aku yang lebih baik - Izzah, yang sudi menerima aku seadanya. Cuma aku minta pakcik Hashim jangan bagitahu kat Izzah lagi benda ni.
Biar dia ingat aku masih driver bas.


Bersambung…

SEBUAH KISAH CINTA... ( EPISOD 3)





"Hahahaha.. Kau suka kat Husna ke? Pakcik ingat yang sorang lagi..", jawab pakcik Hashim setelah aku berterus-terang.


"Aik, sorang lagi yang mane? Takkan si Nisa kot? Budak lagi tu", bisik hati aku..


"Alhamdulillah, pakcik pun memang berkenan pun dengan kau ni. Cuma yalah, kami ni pihak perempuan, segan nak bertanya dulu. Insya Allah, nanti pakcik tanyakan pada Husna. Pakcik rasa dia pun takkan menolak..", kata pakcik lagi yang memberikan 1001 harapan pada aku. Kemudian dia citer la serba sikit pasal Husna - kat mana belajar, dan bla bla bla lagi..


Dalam hati takyah citer ar, hepi giler. Rasa nak peluk je pakcik Hashim kuat-kuat! Sempoi la pakcik. Jauh di sudut hati, aku syukur sangat pakcik Hashim sudi terima aku, walaupun sorang driver bas henti-henti je. Sekarang tunggu jawapan daripada Husna je!


Aku bagitau, kalau Husna setuju, aku nak minta mak ayah aku datang merisik dan bertunang hujung tahun ni.. 3 hari lepas tu, akhirnya keluar jugak keputusan daripada Husna.


Dan jawapannya adalah.. MENOLAK!!


Aku masih ingat, tarikh hari tu 11 November.. Suatu tamparan yang sangat hebat pada aku. Tipulah kalau aku kata, dulu aku yakin 100% Husna akan terima aku. Tapi aku sangat-sangat berharap dia akan terima... Arghh!!


Dan yang lebih memeritkan, alasan yang Husna beri adalah - kerana aku cuma driver bas je!
Ayah dia pun tidak menyangka akan keputusan Husna dengan alasannya itu. Tapi dia tak mahu memaksa. Jadi dengan berat hatinya semua ini disampaikan sendiri oleh pakcik Hashim kepada aku.


"Janganlah kecewa sangat nak, insya Allah ada yang lebih layak menanti kamu.."


Fuhhh...


2 minggu lepas kejadian tu, pakcik Hashim ajak keluar lepak-lepak kedai makan. Sambil tengok Arsenal lawan dengan Birmingham City. Nasib baik Arsenal menang malam tu, hepi sikit aku rasa. Pastu on the way balik, kami borak-borak la. Ni naik kete abah aku, pastu gi ambik pakcik kat rumah dia tadi. Nak kene hantar balik la ni..


"Cane sekarang, sedih lagi ke? frust lagi? Hahaha..", selambe je dia tanya. Pastu gelak-gelak lak.
Padahal yang perempuan tu anak dia sendiri, malu la aku. Adeh.


"Ishk pakcik ni, mane tak sedih.. Sedih giler, frust sampai dah tak lalu makan ni. Tadi pun saya order roti kosong je. Tengok, kan saye dah kurus sekarang!". Aku saja je jawab camtu, nak tengok respon dia. Muka nampak terkejut tu. Haha..


"Banyak la kau punya kurus. Memang dah lama kurus pun! Jangan nak salahkan anak aku pulak!", dia balas balik. Pastu kita orang gelak besar.. Haha, sempoi la pakcik ni.
Kan best kalu dia ada lagi sorang anak perempuan, still boleh jadi papa mertua aku.. bisik aku dalam hati. Hoho.


Dia sambung balik, "Ala, takpe la..
Bukan jodoh korang la tu. Tapi boleh pakcik tanya satu benda?"


"Apa pakcik?"


"Betul ke kau ni nak kerja driver bas sampai bila-bila? Aku tengok gaya kau macam orang berpelajaran tinggi. Nampak selekeh sikit ni pun sebab tak pandai bergaya je..", sempat lagi perli aku.
Tapi pertanyaan pakcik Hashim tu membuatkan aku kaget, terkejut.. Tak sangka dia akan tanya macam ni.


"Baik kau citer je direct kat pakcik, takyah nak buat muka pelik!", alamak dia tahu taktik aku. Macam boleh baca aje aku nak mengelak. Hoho. Ye la.. Mata orang tua takleh tipu.


"Hahaha, pakcik ni.. Saya dulu belajar biasa-biasa aje. Tapi tak nak ar citer, bukan citer menarik pun", aku cuba play safe.. Hoho. Pastu aku buat-buka muka tensen.., terus pakcik Hashim dah tak tanye lagi. (Yes!! taktik menjadi)


"Esok malam datang rumah pakcik okey, ade hal sikit..", tetiba pakcik Hashim pesan sebelum dia turun dari kereta. Tak sempat aku tanya dia terus masuk rumah. Psycho betullah pakcik nih. Pasal ape ntah…


Bersambung…

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 2)





Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. Siang pandu bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya aku mengajar adik-adik mengaji Quran. Alhamdulillah, adik aku seorang form 5 dan ada 3 orang kawan dia berminat belajar dengan aku. Semua perempuan, jadi senang sikit sebab adik aku pun perempuan. Nasib baik silibus zaman aku dengan sekarang tidak banyak beza sangat, cuma dalam BI aje. Kadang-kadang tu semput juga nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat dia orang, “err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.


Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing.
Kali ni wat rumah kawan yang ni, lain kali wat kat rumah kawan dia yang lain pulak. Fair la kan? 


Satu malam tu, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa. Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempak dengan kakak dia. Sebab dia tolong bawak keluar air minuman untuk kita orang. Nama ape ntah..
Pastu dia tegur aku, "abang (dia panggil aku abang lak - sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?" Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.


Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah. Takut tersalah orang kot. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan. 


"Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?" Aku ceritakan perkara yang sebetulnya.
Dia membalas dengan anggukan, senyum lalu bingkas masuk ke dapur. Agaknye malu lagi la tuu.. Pastu aku sambung mengajar seperti biasa.


On the way balik rumah, aku terus soal siasat adik aku.


"Teh (nama panggilan adik aku) kenal kakak Nisa tu? Tau nama dia tak?".


"Nisa tu kan member kamceng orang, mesti la kenal kakak dia. Nama dia... kak Husna, kot", adik aku citer.


"Ooo member kamceng Teh ke? Abang ingat member kambing.. haha", aku cuba melawak untuk tutup ke-excited-an aku.. Harap-harap adik aku tak perasan. Hahaha.


"Eeee loyar burok la abang ni.. Nape, suka akak Husna ke?", direct je adik aku tanya..


"Ishkk takde la..
Tapi, si Nisa tu tau ke abang ni driver bas? Teh penah citer kat dia pasal abang?"


"Tak penah citer pun, dia pun takde tanya. Cuma orang cakap abang terer Add Maths dulu, tu je."


"Okeh, good3! Teh jangan citer tau pasal abang, pasal pengajian abang, pasal keje driver bas tu sementara je.."


"Huh? Iyo laa.."


Lebih kurang seminggu lepas tu, aku terserempak lagi dengan si Husna tu. Kali ni dalam bas aku. Barulah aku ingat, dia la yang satu-satunya ucap "bang, time kasih ye" ketika bas rosak tempoh hari.. Ooooo! Kami cuma berbalas senyum je la, nak borak kang keadaan tak mengizinkan. Rasa tak nak je ambik duit tambang dia, nak belanja. Tapi nanti kalau penumpang lain nampak, kontroversi lak.


Malam tu aku dapat satu panggilan, suara macam pakcik aje. Ooo, ayah Nisa rupanya. Dia tanya aku boleh mengaji Quran kan? Alamak, tetiba lak pakcik nih.


Laaaaaa...


Rupanya dia nak minta tolong ajarkan anak dia Nisa tu mengaji dengan aku. Sebab biasanya Nisa pun mengaji kat masjid seminggu sekali. Kalau aku dapat ajar, makin selalu la Nisa mengaji nanti, kata ayahnya. Pertanyaan tadi tu gurauan je katanya. Huishh, ni mesti adik aku yang citer kat si budak Nisa tu. Jadi semenjak tu Nisa pun join la dengan adik-adik aku mengaji Quran malam-malam..


Dah hampir setengah tahun aku dok kat kampung ni.. Keje jadi driver bas, mengajar tuisyen, itu ini.. Alhamdulillah duit simpanan pun makin bertambah.
Dapat la tolong abah sikit beli keperluan rumah, belanja adik-adik..


"Simpan la duit kamu ni elok-elok.. Nanti nak sambung belajar esok-esok, senang sikit", kata mak bila aku nak hulurkan sedikit duit gaji aku. Huhu. Insya Allah aku simpan elok-elok. Walaupun dalam hati nak sangat beli iPad 4! Hahaha…

Tiba lagi giliran buat tuisyen kat rumah Nisa. Dah lama aku tunggu.. Haha. Dan seperti yang aku harapkan, Husna keluar lagi membawakan minuman. Cuma kali ni dia nampak lain sikit, senyum pun biasa-biasa je..


Aishh.. Aku ni dah salah niat nih. Datang sini nak mengajar ke nak tengok dia?? Ya Allah luruskanlah niat aku ini.. Amiin.


Ok la aku ngaku la, first time tengok dia aku dah mula sangkut a.k.a. minat. Orangnya sedap mata memandang, sopan je. Pakaian pun terjaga, labuh.
Dengar citer belajar pun hebat jugak. Family dia pun baik, mudah mesra.. Ape lagi nak? Tapi tak tau la dia sangkut tak kat aku.. Huhu.


Masa pantas berlalu.
Dah agak lama aku tak terserempak dengan Husna kat dalam bas. Tapi kat rumah dia ada aje. Mungkin tak terkebetulan kot. Aku pulak makin lama makin rapat dengan ayah dia. Oh lupe, aku panggil dia pakcik Hashim. Tak tau la, serasi kot. Minat kita orang pun sama, Formula 1 dengan bola sepak. Cuma minat team lain-lain. Haha. Kadang-kadang dia ajak aku keluar tengok bola sekali kat kedai makan. Dia kata kat rumah tak best, sebab takde anak lelaki dewasa. Anak bongsu dia aje lelaki. Tu pun baru darjah 4.


Pernah gak dia berseloroh dengan aku, "kau ni dah ada perancangan nak kawin ke? Umur makin bertambah. Muka hensem macam nie, dah ade calon ke?". Belum sempat aku jawab, dia sambung lagi, "kalau takde, anak pakcik pun ramai.. Ngahaha", katanya dengan muka selamba... Perghh! Terus aku tak terjawab. Aku tahu dia gurau-gurau aje pun.


Akhirnya setelah masa berlalu, adik aku, Nisa dan kawan-kawan seangkatan dia orang pun dah tak lama nak exam SPM..
Lagi seminggu. Masa tu pun dah takde tuisyen, sebab elok dia orang praktis sendiri. Itu pun aku cakap banyakkan rehat, tak payah lagi praktis banyak-banyak.


Jadi, tugas aku sebagai cikgu tuisyen pun kira selesailah. Cuma bawak bas dengan ajar mengaji Quran aje sekarang. Aku plan sampai awal tahun depan aje, sebab nak sambung balik tahun akhir aku kat UTM. Tapi sebelum tu, ada 2 perkara lagi tak settle…


Satu petang yang dingin beserta angin sepoi-sepoi bahasa (ayat novel), aku memberanikan diri mengajak pakcik Hashim keluar lepak-lepak. Dia kata lepak aje kat rumah dia, senang.. Tapi aku pulak yang segan. So aku ajak jugak dia keluar. Padahal aku nak tanya dia pasal Husna! Ngeh3...





Bersambung…

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 1)




Oleh kerana tersangat muak dengan kuliah di universiti, aku ambil keputusan untuk rehat sekejap- study leave. Aku pun tidak tahu untuk berapa lama.


Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan sudah malas belajar, tetapi aku betul-betul ingin lari sekejap… release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result semester lalu memang teruk tahap kronik, takyah citer ah..
Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Mahunya beliau tidak marah.. Tapi melihatkan aku ini memang dah nekad, mak akhirnya mengalah juga.


Jadi bermulalah hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari belajar, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi apa aku boleh buat??


Mula-mula ingat nak kerja di pasaraya, tetapi aku ni jenis cepat bosan..
Pusing satu pasaraya dua tiga kali pun dah rasa bosan. Nak kerja kat pam minyak pula sekarang dah tiada, semua layan diri. Jadi pelukis jalanan, tak cukup yakin lagi.. Ishk ishk ishk.


Lepas seminggu melepak kat rumah, akhirnya aku pergi minta kerja jadi driver bas SKMK (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu jugalah aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la kerja driver bas ni.
Tengok macam best aje. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap "tima kasih pakcik.." kat driver tiap kali mereka turun.. Rasanya jadi driver bas ni dihargai jugalah… hehe. Jadi apa salahnya aku try. Hmm..


Tapi susah juga rupanya nak memohon. Sebab aku tidak ada pengalaman. Tapi kebetulan syarikat kekurangan pemandu, jadi dia orang beri juga peluang pada aku temuduga. Lepas temuduga, Alhamdulillah aku lepas. Pastu aku ambil ujian JPJ, Alhamdulillah sekali aje terus lepas. Jadi untuk permulaan ni, aku cuma pandu bas yang dah agak lama, dan laluan yang pendek aje, dari Kampung Sabak ke bandar Kota Bharu - bas no. 8. Dalam masa yang sama, aku ulangkaji balik buku Matematik Tambahan. Sebab plan nak buat kelas tuisyen persendirian sebelah malam.. Sekali dua seminggu pun ok gak kalu ade yang berminat. Subjek kegemaran nih mase sekolah!


Okeh, citer bas balik.. First time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha. Senyum je manjang.. Hari first la bas aku hilang side mirror, sebab langgar bucu lampu isyarat. Adeh. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji tak tinggi, terpakse bawak bas jek.”
Ah lantaklah.


Rupanye tak la menyeronokkan sangat bawak bas nih.
Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah dengan penumpang. Kadang-kadang berenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, takleh nak cakap ape la. Nanti dikatakan anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajelah!


Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku tak dapat nak turun tengok enjin kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.


Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising. Merungut-rungut.. Panas la sikit sebab tingkap tutup. Penumpang lak dok borak-borak sesama diorang je.. Kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku. Mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je. Takpelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…


Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “dah lame ke bawak bas, bang?”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik..".


Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.


“Oo.. Kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.


Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.


Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang..
Tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.


Bersambung…