Popular Posts

Selasa, 6 Mac 2012

MAHABBAH SELAMANYA...



Cinta pertamaku adalah Allah swt
untuk manusia hanyalah silaturahim
maka aku harus menjaga risalah
itulah cinta kedua ku untuk Rasulullah saw
sehingga untuk sesama hanyalah amanah
itulah perjuanganku mengharap maghfirah


Bagiku berzikir adalah upaya
menjaga kesetiaan agar tidak punah
kerana aku tahu, iblis selalu berusaha
agar manusia semakin menjauh dari iman dan takwa
dan menjadikan jiwa agar selalu dahaga
maka aku tidak mahu iblis yang berkuasa
menelanjangi kesetiaanku terhadap yang Maha Kuasa
maka aku selalu berzikir, agar Allah tetap menjaga


Ku sampaikan hasrat cinta ini dalam solat
dan ku belai rasa cinta ini dalam doa
maka aku berzikir agar semakin dalam cintaku
lalu berkhalwat agar merasakan ehsan pada Allah
maka hatiku mampu mendengar…
apa yang Allah perintahkan
itulah hakikat kebenaran diri
yang harus ku raih selama hidup di dunia
agar aku selalu terjaga dalam kecintaan-Nya
iaitu manusia yang belajar untuk menjadi hamba-Nya
sehingga hadir “Mahabbah selamanya…”


Wallahu`alam


Jagalah Hati…


Wassalam

ZALIMKAH KITA...?



Suara hati yang tidak terdengar bising
kerana bunyi dunia yang membuas
kebenaran tidak lagi murni terjelma
hanya kilatan tipis yang menepi di jiwa
semua tersumbat oleh fatamorgana dunia
yang meresap ke dalam sel dan darah kita


Demikianlah kita, hamba-Nya yang zalim
senang bermain dengan kefanaan
maka kita selalu sibuk oleh ratapannya
yang selalu mengusik fikir di setiap saat
hingga akhirnya lupa terseret noda dan dosa


Padahal Allah swt  melihat kita
tetapi jiwa tidak lagi malu Pada-Nya
asalnya diri selalu menghamba di saat azan
tetapi diri tidak lagi setia di saat melangkah
itulah kita yang selalu lalai
walau tahu tentang kebenaran…
tetapi tidak teguh menjadi hamba-Nya
kerana dunia lebih terlihat wujudnya
maka Allah swt seakan hilang dari hati kita…




Wallahu`alam




Jagalah Hati…



Wassalam

Isnin, 5 Mac 2012

ALLAH HANYA DALAM FIKIRAN...



Wahai diri…
Seberapa banyak risalah yang kau terima
tetapi dirimu terus terbaring sahaja…
tubuhmu kurang layak di hadapan-Nya
kerana hanya berisi kecintaan dunia
hanya sedikit gerak sahaja, engkau tergugat
selebihnya engkau hanya mementingkan duniawi
seharusnya engkau bekerja mencari Rahim
tetapi kebanyakan masa engkau meminta Rahman


Kadangkala ucapanmu tentang-Nya, melebihi hatimu
tapi ternyata hatimu kosong melopong
tiada yang Haq, tiada pula keutuhan cinta kepada-Nya
engkau hanya mengusung tubuh saja
tapi tidak membawa kebenaran hatimu
kerana waktumu habis untuk fikiran dunia saja
maka engkau akan merugi kelak …
itulah kematianmu dari Hidup-Nya


Dimanakah Risalah dan Ilmu yang kau perolehi…!
seharusnya engkau berjuang mencari maknanya
tetapi sayang semuanya kau simpan dalam fikiran sahaja
sehingga jiwamu terus berlari di terang siang
mencari keteduhan ditengah kesenangan duniawi
itulah iblis sudah menggeruhkan iman mu
maka engkau tidak lagi cinta terhadap  Allah
kerana engkau lebih banyak memilih dunia
sebagai cara untuk menyelamatkan impian hidupmu…


Wallahu`alam


Jagalah Hati…


Wassalam

ADA KEINDAHAN DALAM HATI KITA....


Kebenaran hanyalah bayangan
bahkan lukisan di dinding sahaja
maka ramai orang yang menatapnya
malah berbincang tentang warna dan modelnya
tidak sedikit pula orang mencerca
atas gambar yang terpampang itu
kerana tidak sesuai dengan seleranya


Begitu riuhnya kita memandang kebenaran
Malahan sering terjebak oleh wujud diri yang berlebihan
begitu naïfnya kita menilai kebenaran
sehingga tidak lagi merujuk pada kedaifan zahirnya
itulah ragam dunia yang berhembus dalam jiwa manusia
sehingga kita sering lupa kepada hakikat diri di hadapan Allah
begitulah kita yang sering menafsirkan sebuah kebenaran
maka akhirnya tidak jarang menjadi perpecahan


Tauhid adalah inti kebenaran …
tetapi kita sering menatapnya sebagai lukisan dinding saja
sehingga kita sering terbatas menilai isyarat dan maknanya
kerana hanya keindahan luarnya sahaja yang dinilai !
padahal kebenaran adalah keindahan makna tanpa batas
yang hanya dimiliki oleh Sang Pelukisnya
maka hal yang bijak bila kita mengenal Sifat dan Keinginan Sang Pelukisnya
sehingga kita akan mengerti makna keindahan yang dimaksud
itulah ketauhidan, adalah Sketsa Hati yang harus dijaga
kerana Sang Pemiliknya  berharap agar hamba-hamba-Nya mengerti
sehingga merasakan keindahan  yang diberikan oleh Yang Maha Pencipta




Wallahu`alam



Jagalah Hati…



Wassalam.

Sabtu, 3 Mac 2012

MARI KITA RENUNGKAN...



Tersamar sahaja Ilahi di benak
selebihnya adalah kegetiran hidup
tentang kesempatan dan khayalan
kadangkala Allah dipanggil, saat sinar dunia meredup
maka Ilahi mulai nampak di setengah fikirannya
tetapi jiwa tetap tertutup untuk kerinduan kepada-Nya
maka hati pun semakin kering dari kehangatan rahmat-Nya
itulah manusia yang selalu melihat dunia sebagai kekasihnya
tetapi lupa terhadap yang Membuatnya…!

Ilmu kini telah menyeret kepada kekuasaan
untuk meraih kekuatan di bumi yang terbentang
semua kasih sayang tinggalah keinginan
tetapi telah hilang di dalam rumahnya iaitu  ”Hati”
manusia terus berebut mencari ruang yang tenang
biarpun teman terdampar, tapi fikiran mengabaikan
kerana jiwa hanya terisi oleh lautan amarahnya
maka hati pun lemah untuk mengingatkan…
Bumi kian dipadatkan oleh para pejuang nafsu
akidah hanyalah simbol saja…
itulah manusia yang telah melupakan Kudrat dan Iradat-Nya

Tutur kata adalah hasratnya
sebagai hamba fikirannya
tetapi perangainya tidak ada memiliki nilai akhlak yang hakiki
kerana tujuan hanyalah mencari keuntungan dirinya
Allah selalu diabaikan!
walaupun tahu Dia mengawasi dan mencatatnya
tetapi nafsu telah menyembunyikan rasa takutnya
maka hanya kesenangan dunia sahaja yang terfikirkan

Betapa dunia telah merubah rasa…
dari kesederhanaan menjadi keserakahan
akidah telah berubah bentuk
dari ketaatan menjadi kelalaian
Ilahi telah diajak untuk mengikuti keinginannya
bukan lagi keinginan Allah yang diikuti
ibadah selalu terlihat di tubuh sahaja
kerana makna lahiriah telah menjawab batiniah
itulah kepincangan akal
yang telah menjauh dari kesetiaannya dulu saat roh diturunkan
tidakkah kita ini zalim…
kerana telah mengotori hati yang seharusnya terjaga
marilah kita renungi…
sebelum kita tidak mampu bicara lagi…


Wallahu`alam
Jagalah Hati...

Wassalam

JANGAN PAKSA ALLAH MURKA...


Ya Allah… mungkin  ENGKAU  kecewa dengan sikap hamba-hamba Mu
banyak bercakap, tetapi tidak mendekati Mu
banyak berhias diri, tetapi bukan untuk Mu
banyak bersujud, tetapi tidak membawa hati pada Mu
banyak membaca, tetapi tidak mahu mendekati Mu
banyak mendengar, tetapi tidak kunjung datang ke rumah Mu
banyak berjanji, tetapi tidak jujur mencintai Mu
Ya Allah…pasti ENGKAU  kecewa dengan sikap kami !

Syiar dan dakwah terus berkumandang
Firman Mu  terus diucapkan dan didengar
syair kehidupan para tasawuf sering diungkapkan
makna hidup kian dikumandangkan
tapi ternyata, duniawi yang lebih disukai
menggantikan Mu dari dalam hati
Pasti ENGKAU kecewa dengan sikap kami !

Zikir hanyalah sepintas masa sahaja
diucapkan saat jiwa sedang menderita
kerana diri tergugat untuk meraih harap
mendekati Mu hanya kerana dunia
Solat tidak lagi berbekas makna dan rasa
hanya menyuruh tubuh sahaja untuk menghadap
sementara hati tetap sahaja tidak merasa
padahal seharusnya bertapa pada yang Maha Kuasa
itulah kami, hamba-hamba Mu yang tidak ingin menjaga
makna  Tauhid yang ENGKAU bawakan dalam raga
maka  ENGKAU pun  kecewa melihat sikap kami…
Naudzubillah wamindzalik


Wallahu`alam



Jagalah Hati...

Wassalam 

Jumaat, 2 Mac 2012

MASIHKAH KITA INGAT...?


Satu detik yang berlalu kita menyebut Nama-Nya
apakah satu detik ke hadapan Nama-Nya masih kita ingat...?
ataukah berganti oleh nama lainnya...?


Bagaimana dengan minit dan jam kemudiannya lagi, 
apakah masih ada  Nama-Nya yang kita ingat ?
ataukah  Tuhan lain telah merubahnya...?


Begitulah iblis tidak pernah lelahmenghalang jiwa dan akal kita
agar sentiasa melupakan  yang Maha Kuasa
hanya lima minit sahaja kita mengingat
dan dua puluh minit lainnya... 
selebihnya iblis yang menguasai kita
naudzubillah wamindzalik...


Para sahabat yang saya kasihi...
marilah kita menghisab diriagar tidak larut dalam buaian nafsu Dunia
peganglah semua  Isyarat Ilahi
iaitu ketakwaan dan mukhlisin
berjuanglah agar hati tidak lepas  Dari-Nya
hanya dengan zikirullah kita istiqamahkan


Semoga  Allah selalu kita ingat
ke manapun kita berjalan dan di manapun kita berada...
Amin Ya Rabbal Alamin.


Wallahu`alam.

Jagalah Hati...

Wassalam