Rabu, 24 Julai 2013
BICARA RASA SEORANG WANITA...
Aku mencari tiap ketika
Yang sanggup menjaga ketika tiada daya
Yang sanggup menerima apa adanya
Yang sanggup menyapu air mata derita
Yang selalu berkata, "duka kamu adalah hidup saya"
yang selalu bersuara dikala pahit menjelma
yang sanggup mendengar bait – bait luka
paling ku damba..
yang selalu berjanji, sehidup semati sehingga ke syurga...
kamu tidak perlu kaya raya
kamu tidak perlu tampan bak bidadara
kamu tidak perlu mencintaiku sepenuh hati dan jiwa
aku tidak perlukan itu semua..
kerana aku bukan yang pertama bertakhta di jiwa
hatimu untuk DIA, rasul-NYA dan bonda
yang aku perlu dari kamu hanya berkata, "aku mencintaimu kerana ALLAH jua..."
aku yakin..bila kerana ALLAH bersemi cinta...
maka hidupku tidak akan sia – sia...
kerana setelah aku menerima diri mu wahai putera agama...
di tangan kamu bertakhta masa depanku akhirat dan dunia...
Sebagai pemimpin jalan ke syurga atau neraka...
Aku ingin menjadi permaisuri matimu selama lama...
bukan hanya terhenti sebagai permaisuri hidupmu di dunia....
Wallahu`alam
Jagalah Hati...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan