TIDAK PERLU...
Tidak perlu ada sinar kerana itu hanya menyilaukan
Tidak perlu tunjukkan arah kerana pasti akan menyesatkan
Tidak perlu ada senyuman kerana semuanya memilukan
Tidak perlu ada tangisan kerana tidak akan ada gunanya
Teruslah berlari ikuti ke mana kaki akan membawa
Tetaplah terbang bersama semua impian
Hancurkan setiap tiang-tiang kebimbangan
Tatap lurus ke seberang lautan
Jauh di seberang sana pasti ada kehidupan
Bukan lautan bila ia hanya diam sahaja
Bukan lautan bila ia tidak mampu menenggelamkan
Bukan lautan bila ia tidak mampu memberikan keindahan...
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan