MONOLOG 2...
walau jalan yang ku lalui penuh duri yang merentas kaki
walau ada kerikil tajam menyekat perjalananku ini
percayalah, aku masih tetap teguh berdiri hanya kerana Mu ya Robb...
semoga iman di dadaku tidak akan goyah oleh keadaan
walau tandus padang yang sedang aku diami
walau berat beban yang ada di jalan hidupku
aku akan terus berdiri melangkah hari-hari mendatang dengan penuh rasa sabar dan seribu kesyukuran
kerana aku masih lagi mampu bernafas untuk meneruskan jihad di jalan Mu...
Wallahu`alam
Jagalah Hati....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan